Petaka Banjir Ini Serlah Tidak Upaya Pm Tadbir Negara Anwar


 
Saya kesal dengan sikap dan cara negara ini dipimpin tatkala rakyat berbilang kaum sedang dirundung malapetaka banjir setelah hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada hujung minggu yang lalu.
Setakat hari ini, 17 mangsa telah dilaporkan maut di Selangor dan 8 mangsa di Pahang, manakala lebih 60,000 lagi kehilangan tempat tinggal tanpa ada tanda-tanda jelas berhubung keadaan rumah dan tahap kelangsungan hidup seusai banjir surut.
Kelemahan-kelemahan utama berhubung tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana kini terpampang jelas.
Tindakan lembab dari kerajaan persekutuan terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditambah pula dengan penyelerasan yang kucar kacir dengan pihak kerajaan serta dengan agensi-agensi tempatan ternyata merumitkan krisis ini kepada rakyat dan menjadikan ia satu malapetaka tadbir urus juga.
Kelewatan dalam menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memungkinkan beberapa pegawai untuk bertindak dengan inisiatif sendiri dalam membantu warga yang terkesan.
Penyelerasan yang lemah antara pasukan sukarelawan dan angkatan tentera hanya menambah kekeliruan dan kekecewaan.
Krisis ini adalah mimpi buruk yang nyata kepada Perdana Menteri tatkala malapetaka tadbir urus ini melatari 100 hari pentadbirannya. Kegagalan demi kegagalan dalam mengurus bencana ini hanya menonjolkan tahap keupayaan sebenar kerajaan yang dikemudi beliau.
Kerajaan dan pimpinan yang gagal menonjolkan kebersamaan dengan rakyat sedari awal bencana ini, tidak akan mampu memberi keyakinan kepada kita semua bahawa mereka juga mampu melonjakkan negara ke arah pemulihan dari musibah ini, termasuk masalah wabak yang masih mengganas.
Saya kagum dengan semangat kekeluargaan sebenar yang telah ditonjolkan rakyat berbilang kaum tatkala pemimpin-pemimpin utama kerajaan sibuk bermesyuarat.
Sewaktu saya turun mengagihkan bantuan kepada rakyat yang terkandas, saya turut mendengar dan menyaksikan sendiri babak-babak yang luarbiasa yang memaparkan sikap belas dan keprihatinan yang tinggi.
Saya turut berkongsi kekecewaan mereka berhubung kelemahan kerajaan dalam krisis ini.
Perubahan iklim dan tahap kesedaran kita yang lemah terhadap peranan dan kepentingan alam sekitar akan menyaksikan peningkatan yang amat dahsyat terutamanya dalam aspek keberlakuan bencana alam di masa hadapan.
Kita tidak mampu untuk memikir dan menyiasat apa yang menjadi punca kelemahan kita hujung minggu yang lalu.
Perdana Menteri sekarang ini mesti ambil tindakan untuk segera menubuhkan jawatankuasa diraja termasuk jawatankuasa Parlimen dalam menambahbaik tahap kesiapsiagaan bencana.
Dalam masa yang sama, kerajaan dituntut untuk membantu rakyat mendapatkan semula rumah mereka yang dibadai banjir dan tidak memandang remeh soal pemulihan sesudah banjir.
Kerajaan mesti punyai sikap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang tinggi kepada orang ramai dan mesti mengadakan sidang media harian bagi mengemaskini situasi semasa banjir dan langkah menyelamat.
Saya juga ingin mendesak kerajaan persekutuan untuk membetulkan ketempangan dalam Majlis Keselamatan Negeri Selangor di mana Menteri Besar mesti dikembalikan kuasa dan peranannya dalam mengemudi krisis ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelbagai inisiatif dan peruntukan bantuan RM100 juta yang telah digerakkan Kerajaan Negeri Selangor kepada mangsa-mangsa banjir.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang/Pengerusi PH.
21 Disember 2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/petaka-banjir-ini-serlah-tidak-upaya-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 396 hits
Ramai yang mengeluh dan menuding jari pada kerajaan berhubung kelembapan bertindak awal terhadap mangsa dan situasi banjir Apakah jabatan kajicuaca gagal memberi amaran awal atau Menteri Dan pM sendiri sebok dan fokus pada kerusi politik ma...
60 583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara Jkm

60 583 Mangsa Terjejas Banjir Di Seluruh Negara Jkm

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 352 hits
Oleh KUALA LUMPUR Sebanyak 17 164 keluarga membabitkan 60 583 individu terjejas akibat banjir di tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari tadi Angka itu dikongsikan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menjelaskan 389...
Skmm Jangan Anti Demokrasi Kritikan Banjir Tidak Gugat Keselamatan Negara

Skmm Jangan Anti Demokrasi Kritikan Banjir Tidak Gugat Keselamatan Negara

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 284 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyampaikan ucapan takziah buat 41 orang mangsa bencana banjir di seluruh negara dan sangat kesal dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan menangani krisis yang menyebabkan ramai yang tidak mendapat bantuan sem...
Mahasiswa Keadilan Harapan Lancar Misi Bantuan Banjir Ke Seluruh Negara

Mahasiswa Keadilan Harapan Lancar Misi Bantuan Banjir Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 274 hits
Mahasiswa KEADILAN bersama Mahasiswa Harapan telah melancarkan Misi Banjir sejak hari pertama bencana itu melanda pada 18 Disember lalu Menurut Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia Syamil Luthfi pergerakan itu telah menghantar bantuan kepad...
Pejabat Anwar Jadi Pusat Kumpul Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

Pejabat Anwar Jadi Pusat Kumpul Sumbangan Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 512 hits
Oleh FAZLI RADZI December 25 2021Bencana bah besar paling buruk melanda Selangor menyaksikan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pusat pengumpulan barangan yang akan diagih kepada mangsa banjir Pejabat Presiden PKR di Petaling Jaya kin...
Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

Khairuddin Sedia Berdebat Buktikan Anwar Tidak Layak Memerintah Negara Malayaia Post

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 275 hits
MALAYSIA POST KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bersedia berdebat dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bila bila masa untuk membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak layak memerintah negara Menuru...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik