Peta Saluran Paip Gas Malaysia Kronologi Kebakaran Paip Gas


Kronologi Kebakaran Paip Gas di Putra Height & Peta Saluran Paip Gas Malaysia Untuk Maklumat Anda
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kebakaran besar yang berlaku disebabkan oleh kebocoran paip gas di Putra Height. Kebakaran ini walau tidak meragut sebarang nyawa, telah menyebabkan kecederaan dan kerugian kepada penduduk sekitar yang ada pada ketika itu. 
Berikut kami kongsikan kronologi kes kebakaran ini dan peta saluran paip gas di seluruh Malaysia untuk pengetahuan anda. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lagi. 
Kronologi Kebakaran Saluran Gas Pada 1 April 2025 yang lepas, bersamaan dengan 2 Syawal, negara kita dikejutkan dengan satu kebakaran besar yang telah berlaku di kawasan Putra Height, Subang Jaya, Selangor. 
Kebakaran yang berlaku disebabkan kebocoran paip gas yang disebabkan oleh kerja-kerja kontraktor ini cukup besar sehingga dapat dilihat sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.
Seramai 78 anggota dan 22 aset JBPM  telah digerakkan ke kawasan kejadian bagi memadam api kebakaran tersebut. 
Jumlah mangsa yang terjejas akibat kebakaran ini adalah seramai 112 mangsa dengan 63 mangsa yang cedera telah dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya. 190 kediaman telah terjejas dan mengalami kerugian disebabkan kebakaran ini. 
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan kebakaran besar yang disebabkan oleh kebocoran paip gas ini, anda boleh lihat pada infografik kronologi kebakaran yang disediakan oleh BERNAMA ini:
Peta Saluran Paip Gas Malaysia Bagi anda yang ingin mengetahui tempat terletaknya pipeline atau saluran paip gas di Malaysia, berikut merupakan peta saluran paip gas Petronas Gas Bhd di seluruh Malaysia bermula dengan yang paling besar iaitu di Semenanjung sehinggalah saluran paip di laut:
Salah satu sistem saluran paip terbesar dan paling penting yang dimiliki oleh Petronas ialah Peninsular Gas Utilisation (PGU), yang bermula dari pantai timur dan merentasi hampir seluruh Semenanjung Malaysia.
Saluran Paip Gas di Semenanjung Malaysia Berikut merupakan saluran paip gas di kawasan semenanjung:
Kerteh, Terengganu Kawasan ini merupakan kawasan titik permulaan untuk saluran paip gas PETRONAS. Ia merupakan kawasan saluran terbesar. Gas yang diproses dari platform luar pesisir akan dihantar ke sini terlebih dahulu sebelum diagihkan. Segamat, Johor Merupakan kawasan pengagihan gas ke selatan tanah air. Gurun, Kedah Menghubungkan kawasan utara dan membekalkan gas ke kawasan perindustrian di Kedah dan Pulau Pinang. Lembah Klang Kawasan yang bertanggungjawab dalam mengedarkan gas dari titik permulaan ke pusat perindustrian utama seperti Shah Alam, Klang, dan Petaling Jaya. Serdang, Selangor Menjadi nod pengedaran untuk kegunaan domestik dan perindustrian di sekitar kawasan ibu negara. Saluran Paip Gas Sabah Sabah mempunyai beberapa saluran paip utama yang menghubungkan sumber luar pesisir ke loji pemprosesan dan bandar utama:
Kimanis ke Kota Kinabalu Saluran paip gas dari platform luar pesisir ke Loji Pemprosesan Gas Kimanis dan terus ke Kota Kinabalu. Saluran Paip Minyak mentah dari Gumusut-Kakap ke Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) Platform Gumusut-Kakap menghasilkan minyak mentah yang disalurkan ke terminal di Kimanis. Saluran Paip Gas Sarawak Sarawak adalah antara negeri pengeluar gas asli terbesar di Malaysia dan menempatkan banyak infrastruktur pipeline milik Petronas:
Bintulu Menjadi lokasi Pipeline Petronas untuk Malaysia LNG (MLNG), yang memproses gas asli dari pelantar luar pesisir untuk dieksport ke seluruh dunia. Saluran Paip dari Tanjung Kidurong ke Samalaju Industrial Park Menyokong kawasan perindustrian berat seperti pemprosesan logam dan bahan kimia. Saluran Paip dari offshore Sarawak ke loji pemprosesan Petronas di Bintulu dan Miri Gas dari kawasan seperti SK316 dan SK408 disalurkan ke Bintulu untuk pemprosesan dan penstoran. Saluran Paip Gas Laut Petronas juga mengendalikan banyak pipeline bawah laut yang menghubungkan pelantar minyak dan gas luar pesisir ke daratan.
South Acis Gas Pipeline (SAGP) Menyalurkan gas dari Medan Gas South Acis ke daratan di Kerteh. Baronia ke Saluran Paip Bintulu Pipeline bawah laut yang membawa gas dari medan Baronia ke loji MLNG di Bintulu. Kinabalu Oil dan Gas Field ke Labuan Menghubungkan hasil minyak dan gas dari medan Kinabalu ke pusat pemprosesan di Pulau Labuan. Sumber: PETRONAS
Prosedur Keselamatan Yang Perlu Diambil Bagi para kontraktor yang bakal melakukan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan berdekatan dengan kawasan saluran paip gas ini, anda perlu dan WAJIB mengikuti kesemua prosedur keselamatan di bawah, bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi:
Kenal pasti sama ada kawasan kerja tersebut merupakan kawasan saluran paip gas atau tidak terlebih dahulu.  Dapatkan kebenaran dari pihak bertanggungjawab sebelum melakukan kerja-kerja penggalian. Seperti PETRONAS, MBPJ dan sebagainya.  Maklumkan pada pihak utiliti tempatan akan kerja-kerja yang akan dilakukan beberapa hari sebelum melaksanakan kerja-kerja penggalian.  Jika sewaktu melakukan kerja-kerja penggalian anda mendapati terdapat kebocoran atau kerusakan,segera matikan sebarang peralatan bermotor atau berkuasa dan pergi dari kawasan tersebut.  Hubungi pihak bertanggungjawab bagi mengetahui tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan. Baca juga: Kebakaran Putra Heights : Punca, Kronologi & Perkembangan Terkini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/peta-saluran-gas-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peta-saluran-gas-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama Petronas Gas Akan Tanggung Rugi Kira Kira Rm25 Juta

Hiburan Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama Petronas Gas Akan Tanggung Rugi Kira Kira Rm25 Juta

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 142 hits
Melalui laporan kebakaran susulan bocoran gas yang berlaku di Putra Height beberapa hari lalu bukan sahaja memberi kesan kepada 305 mangsa tetapi turut memberi impak yang besar buat Petronas Gas Bhd Petronas Gas akan tanggung rugi RM18 juta...
Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 194 hits
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia Mangsa insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Putra Heights Puchong Selangor telah dilaporkan berlaku pada 1 April 2025 jam 8 10 pagi telah menerima rawatan yang s
Tiada Individu Yang Terkorban Dalam Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights

Tiada Individu Yang Terkorban Dalam Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 103 hits
SEBENARNYA Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Tiada individu yang terkorban dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 2 April 2025 seperti yang ditularkan di media sosial Beliau turut memaklumk
Kebakaran Saluran Paip Gas Di Subang Jaya Masih Berterusan Penduduk Sedang Dipindahkan

Kebakaran Saluran Paip Gas Di Subang Jaya Masih Berterusan Penduduk Sedang Dipindahkan

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 85 hits
Malaysiakini nbsp Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini dalam proses memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height Subang Jaya Selangor Penolong Pengarah Bahagian O...
Hiburan Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Proton Derma Rm250 000 Aktifkan 6 Pusat Servis

Hiburan Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Proton Derma Rm250 000 Aktifkan 6 Pusat Servis

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 102 hits
Sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights baru baru ini Proton Holdings Bhd telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM250 000 Sumbangan ini bertujuan untuk melengkapi bantuan kewangan kerajaan serta memenuh...
Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

Aktiviti Toqqi Lawat Mangsa Kebakaran Paip Gas Di Dewan Masjid Putra Heights Ppim 03 04 2025

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 122 hits
3 April 2025 Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi mengadakan lawatan ke Dewan Masjid Putra Heights untuk meninjau keadaan mangsa kebakaran paip gas serta memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas akibat insiden ini
Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Ada Aduan Tapi Kontraktor Ada Permit Amp Ikut Sop Mbsj

Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights Ada Aduan Tapi Kontraktor Ada Permit Amp Ikut Sop Mbsj

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 83 hits
Majlis Bandaraya Subang Jaya mengesahkan bahawa kerja kerja penggalian paip kumbahan berhampiran lokasi letupan paip gas di Putra Heights dijalankan dengan permit yang sah dan mengikut semua prosedur ditetapkan Memetik laporan Kosmo Online ...
Lima Warga Pakistan Terima Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

Lima Warga Pakistan Terima Penghargaan Selepas Selamatkan Mangsa Kebakaran Paip Gas

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 98 hits
KUALA LUMPUR 10 April Tindakan berani lima warga Pakistan meredah sungai demi membantu penduduk yang terkesan dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights Subang Jaya bukan sahaja tular di media sosial malah mendapat penghargaa...
Luahan Seorang Mangsa Kebakaran Paip Gas Yang Minta Didengar

Luahan Seorang Mangsa Kebakaran Paip Gas Yang Minta Didengar

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 81 hits
Nahas Putra Heights Suara seorang mangsaHarapandailyLIM KEAN BOONDatuk Bandar Subang Jaya menyatakan bahawa projek pembinaan deretan kedai itu telah mendapat kelulusan Namun sepanjang pengalaman saya dalam bidang pembinaan setiap kali kami ...
Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan