
REMAJA bawah umur turut terbabit pesta liar.Menurutnya, serbuan kedua turut dilakukan di sebuah unit kediaman berhampiran di kondominium sama, dua jam kemudian.Hasil serbuan kedua, polis menahan 12 individu membabitkan lapan lelaki dan empat perempuan yang turut menyertai pesta liar.“Dalam serbuan itu, polis menemui sejumlah pil ekstasi, ketamin dan air ketum,” katanya.Sumber itu berkata, remaja berusia 12 tahun berasal dari Batu Caves, Selangor, tidak lagi bersekolah, manakala remaja berusia 17 tahun dari Sabak Bernam, Selangor, adalah peniaga pasar tani.“Siasatan mendapati dalang atur acara pesta liar itu menyewa satu unit kediaman dengan bayaran RM330, manakala satu lagi kumpulan menyewa RM230 sehari. Bagaimanapun tiada bayaran khas dikenakan ke atas peserta lain.“Semua 48 individu terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju untuk menjalani ujian air kencing. Majoriti daripadanya positif dadah,” katanya.Menurutnya, semua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail yang dihubungi mengesahkan tangkapan dilakukan namun enggan mengulas lanjut.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |