Pesta Emas Habib 2022 Tawar Pelbagai Rekaan Emas Untuk Pelanggan


PESTA EMAS HABIB 2022 TAWAR PELBAGAI REKAAN EMAS UNTUK PELANGGAN | Assalammualaikum semua! Ramai menantikan jualan hebat dari HABIB JEWELS. Sudah kah anda mendapatkan koleksi idaman? Jangan ketinggalan untuk hadir ke semua cawangan HABIB bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2022. Masih sempat untuk membeli untuk insan tersayang atau untuk koleksi peribadi!
Emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai, baik dijadikan sebagai perhiasan, pelaburan mahupun sebagai hadiah untuk yang tersayang. Rakyat Malaysia kini semakin cakna mengenai kenaikan dan penurunan harga emas, di mana perkara ini sering menjadi topik di media massa dan media sosial. Meskipun kelihatan trend harga emas meningkat, orang ramai menjadi lebih yakin untuk melabur dan berlumba-lumba membeli barangan kemas.PESTA EMAS HABIB 2022Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang telah menapak di Malaysia lebih daripada 60 tahun, HABIB menjadi antara rujukan utama bagi mereka yang berminat untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai logam bernilai iaitu emas. Justeru, HABIB melancarkan Pesta Emas yang berlangsung sepanjang bulan Jun tahun ini di semua bilik pameran HABIB untuk memberi lebih pendedahan kepada para pelanggan khususnya kepentingan dalam memiliki logam berharga ini



Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, “Menjadi antara komoditi perdagangan dan kalis inflasi, logam berharga ini pastinya tidak rugi jika dibeli untuk simpanan masa hadapan ataupun untuk dijadikan perhiasan. ‘Alah membeli, menang memakai’. Peribahasa ini amat sesuai ditujukan kepada pencinta emas yang membelanjakan wang untuk membeli emas. Sebagai pelaburan yang boleh digayakan, ianya menjadi salah satu sebab permintaan terhadap barangan kemas emas mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari golongan kaum hawa. Bukan itu sahaja, emas juga turut mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam kalangan lelaki di mana mereka mengumpul jongkong emas untuk dijadikan sebagai pelaburan”.

Emas 999 atau dikenali sebagai emas puluh mempunyai kandungan emas tulen 99.9% yang membuatkan ia mudah ditempa. Disebabkan sifat emas 999 yang lembut, ianya jarang dijadikan barangan kemas kerana rekaannya mudah bertukar bentuk dan senang kemek ataupun bengkok, namun ia masih boleh didapati. Emas ini juga tidak digalakan untuk rekaan bertatahkan berlian dan batu permata kerana sifatnya yang lebih lembut untuk mengikat berlian dan batu permata. 
Campuran aloi seperti perak, zink, kuprum dan nikel adalah diperlukan bagi menambahkan ketahanan dan kekuatan barangan kemas, yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Campuran aloi inilah yang akan menentukan jenis emas seperti emas 999 (24K), 916 (22K), 750 (18K) dan 375 (9K).

Seterusnya kenaikan kadar inflasi secara global telah memberi kesan kepada kenaikan harga emas. Oleh kerana itu, orang ramai memilih emas sebagai medium pelaburan yang lebih menguntungkan disebabkan sifat logam berharga ini yang kalis inflasi. Di saat kenaikan harga barangan lain, emas menjadi jalan keluar kepada orang ramai sama ada untuk dibeli ataupun dijual semula bagi mendapatkan wang ringgit buat belanja harian. Jongkong emas mahupun barangan kemas, kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri yang boleh mendatangkan keuntungan pada suatu jangka masa yang panjang

KOLEKSI-KOLEKSI BARANGAN KEMAS EMAS  
HABIB menawarkan pelanggan dengan pelbagai koleksi emas seperti koleksi barangan kemas emas bermula dari 999 sehingga 375 serta jongkong emas 999 pelbagai berat bermula dari 1-gram, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm sehingga 1-kilogram yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) iaitu satu badan yang bertanggungjawab untuk memastikan jongkong emas yang dijual adalah daripada sumber yang dipercayai. Di samping itu juga, HABIB turut menampilkan koleksi terhad syiling wafer emas 999 seberat 0.2-gram dengan pelbagai motif yang unik




Buat penggemar barangan kemas emas, rekaan klasik dan ‘evergreen’ seperti sauh lama, rantai pintal, jagung dan biji sawi dari koleksi emas 916 sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan. Kelebihan pada koleksi emas ini, rekaannya dibuat lebih padu di mana ianya tidak mudah kemek dan dapat diwarisi turun temurun. Hampir keseluruhan koleksi ‘evergreen’ emas 916 diperbuat menggunakan emas kuning membuatkan ia menyerlah dan berseri. 
Tidak hanya itu, rekaan moden dari emas 916 turut mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan HABIB. Rekaan yang lebih versatil dengan menggabungkan dua warna emas kuning dan emas putih serta bersaiz lebih besar namun ringan pada berat menjadikan rekaan moden digemari ramai

KOLEKSI ORA ITALIA 916 HABIBSelain itu, buat mereka yang menginginkan rekaan yang unik dan eksklusif, koleksi Oro Italia 916 HABIB adalah pilihan yang tepat. Keunikan koleksi Oro Italia 916 bukan sahaja ianya dihasilkan di negara Itali tetapi setiap rekaannya menggunakan hasil tangan dan mesin yang berteknologi tinggi. Koleksi Oro Italia 916 ini juga dibuat dengan penuh ketelitian mengikut standard piawaian yang tinggi dengan rekaannya yang begitu kreatif dengan perlaksanaan proses yang lebih moden





Proses ‘cataphoresis lacquer’ dapat mengubah warna emas pelbagai warna tanpa mengubah berat emas tersebut. Selain dari emas kuning, putih dan merah jambu yang sering kita dapati di kedai lain, proses ini dapat menghasilkan emas berwarna merah, hijau, ungu dan biru dengan masih mengekalkan kualiti emas 916 ataupun 22 karat. 
Lebih istimewanya, potongan berlian yang terdapat pada permukaan koleksi Oro Italia 916 ini menjadikan koleksi ini kelihatan seperti dihiasi dengan butiran berlian dan menyerlahkan lagi kilauan rekaannya. Permintaan terhadap koleksi ini sangat menggalakkan, justeru HABIB memastikan koleksi ini boleh dimiliki dengan pelbagai saiz, yang mampu memenuhi citarasa segenap usia bermula dari koleksi kanak-kanak sehinggalah dewasa

TIPS PENJAGAAN EMAS HABIB JEWELS
Melihat kepada kepelbagaian rekaan barangan kemas yang terdapat di pasaran, HABIB berkongsi tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar sentiasa kelihatan berkilau seperti:

Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauan.Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.Di samping membeli emas, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk barangan emas seperti;

Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan di samping membeli-belah, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma dan pantas.Tambahan pula, HABIB turut menawarkan perkhidmatan lain seperti mengubah saiz barangan kemas seperti cincin yang telah terlalu kecil untuk dibesarkan, ataupun rantai tangan yang perlu dipanjang ataupun dipendekkan.Pelanggan yang ingin membuatkan barangan kemas lama kelihatan seperti baharu, proses penyaduran elektrik ‘electroplating’ dan mengilap turut ditawarkan, serta perkhidmatan mengukir dan menindik telinga juga terdapat di HABIB.
HABIB JEWELS | INSTAGRAM | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/06/pesta-emas-habib-2022-tawar-pelbagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 251 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Pbakl 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku

Pbakl 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 220 hits
Hari Sabtu yang cukup memenatkan sebab DH ada shooting fragmen kat Banting Walau tak keluar daerah tapi bila DH tak de tu memang menambahkan kerja Mana taknya kena ke pasar sendirian atau dengan anak anak ni tak sama kalau DH tak ada Lebih ...
Cara Mohon Bantuan Warga Emas Rm500 B40 2022

Cara Mohon Bantuan Warga Emas Rm500 B40 2022

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 241 hits
Berita baik buat semua rakyat Malaysia kerana melalui belanjawan 2021 yang lalu Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan din...
Terkini Risda Buka Pelbagai Jawatan Pengambilan Tahun 2022 Gaji Bermula Rm1 280 Rm9 618 L Tarikh Tutup 5 Jun 2022

Terkini Risda Buka Pelbagai Jawatan Pengambilan Tahun 2022 Gaji Bermula Rm1 280 Rm9 618 L Tarikh Tutup 5 Jun 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 430 hits
TERKINI RISDA Buka Pelbagai Jawatan Pengambilan Tahun 2022 Gaji Bermula RM1 280 RM9 618 l Tarikh Tutup 5 Jun 2022 RISDA telah membuka jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong ...
Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 187 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim...
Jadual Bayaran Pencen Tahun 2022

Jadual Bayaran Pencen Tahun 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 281 hits
Jadual Bayaran Pencen Tahun 2022 Bayaran pencen diberikan kepada pesara kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka dan juga sebagai satu penghargaan pesara tersebut sepanjang berkhidmat dengan kerajaan Semoga pemberian pencen ...
Bps Inflasi Mei 2022 Capai 0 4 Persen

Bps Inflasi Mei 2022 Capai 0 4 Persen

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 180 hits
Badan Pusat Statistik mencatat inflasi Mei 2022 mencapai 0 4 persen lebih rendah dibanding April 2022 sebesar 0 95 persen Sementara itu inflasi tahun kalender sebesar 2 56 persen sedangkan inflasi tahun ke tahun sebesar 3 55 persen
Cek Fakta Tidak Benar Foto Gunung Merapi Erupsi Besar 30 Mei 2022 Simak Faktanya

Cek Fakta Tidak Benar Foto Gunung Merapi Erupsi Besar 30 Mei 2022 Simak Faktanya

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 183 hits
Foto Gunung Merapi erupsi besar mengeluarkan awan panas yang diklaim terjadi pada Senin 30 Mei 2022 adalah tidak benar Faktanya foto tersebut diambil saat Merapi meletus pada 11 Mei 2018 lalu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi