Kepelbagaian agama dan budaya dalam negara kita yang tercinta sudah semestinya sesuatu yang wajar dibanggakan. Atas dasar menghormati dan menyanjungi adat dan susila sesuatu kaum, setiap dari kita harus meneladani sikap seperti apa yang ditonjolkan oleh Merrywati Manuil.
MERRYWATI sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat. FOTO Ihsan Pesaka
"Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan," katanya menerusi status media sosial miliknya.
"Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.
"Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom," katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |