Peserta Akademi Qurra Keliru Taranum Tilmiz Faridzuan Tilmizah Syafiyah Tersingkir





Program realiti Akademi Qurra’ peringkat suku akhir pada minggu lalu tanpa diduga telah membuat satu lagi kejutan apabila Tilmiz Faridzuan dan Tilmizah Syafiyah tersingkir.

Penyingkiran dua peserta yang tidak pernah berada di kedudukan tercorot selama ini jelas menunjukkan pihak penerbitan rancangan Akademi Qurra’ TV AlHijrah mengambil serius dan meneliti setiap teguran juri tetap dan juri jemputan terhadap perkembangan serta persembahan bacaan peserta dari minggu pertama hingga ke minggu keenam.


Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata, pihak produksi senantiasa memantau perkembangan tilmiz dan tilmizah bermula dari episod pertama hingga ke episod keenam.





“Kesemua peserta sudah mempunyai asas taranum yang baik sebelum menyertai Akademi Qurra’. Sudah semestinya, kita mengharapkan persembahan, pemahaman serta konsentrasi yang amat tinggi sewaktu mereka melontarkan bacaan al-Quran dengan keindahan taranum.

“Sudah minggu keenam. Hanya berbaki dua minggu sahaja lagi sebelum rancangan ini melabuhkan tirai. Jadi, kita mengambil serius komitmen para tilmiz dan tilmizah. Hanya peserta terbaik sahaja akan di bawa ke pentas akhir,” katanya.





Dengan penyingkiran Tilmiz Faridzuan dan Tilmizah Shafiyah, ini bermakna tujuh peserta akan ke pentas separuh akhir iaitu Tilmiz Akasyah, Tilmiz Zuhdi, Tilmiz Saifullah, Tilmiz Fahmi, Tilmizah Maghfirah, Tilmizah Nazhirah dan Tilmizah Nooraini.

Episod keenam minggu lalu yang bertemakan Keluarga al-Quran turut menyaksikan juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman memberikan teguran buat Mudarris dan Mudarrisah agar memberi penekanan dan perhatian kepada taranum sikah. Menurutnya, kebanyakan peserta masih tercari-cari, tercampur serta keliru dengan taranum sikah dan taranum lain terutamanya taranum jiharkah.


Pada saingan yang berlangsung minggu lalu, Tilmizah Maghfirah telah mengatasi lapan peserta apabila berada di kedudukan teratas dengan memperoleh markah sebanyak 91 peratus. Manakala, Anugerah Alunan Terindah pula dimenangi oleh Tilmiz Akasyah yang berada di bawah bimbingan Mudarris Ammar.





Episod ketujuh Akademi Qurra’ iaitu episod separuh akhir akan berlangsung Sabtu ini, 11 Mac 2023, jam 9 hingga 11.30 malam secara langsung di TV AlHijrah. Siaran ulangan boleh ditonton pada setiap Ahad, jam 3 petang.

source https://www.thereporter.my/2023/03/peserta-akademi-qurra-keliru-taranum.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/03/peserta-akademi-qurra-keliru-taranum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Akademi Qurra

Tiada Penyingkiran Minggu Kelima Akademi Qurra

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 173 hits
KUALA LUMPUR Tiada penyingkiran peserta program realiti Akademi Qurra terbitan TV AlHijrah pada minggu kelima malam ini Ini bermakna kesembilan peserta iaitu Tilmiz Zuhdi Tilmiz Faridzuan Tilmiz Akasyah Tilmiz Saifullah Tilmiz Fahmi Tilmiz
Bertih Jagung Mawar Berduri Tersingkir Di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 9 Minggu 10

Bertih Jagung Mawar Berduri Tersingkir Di Konsert Mingguan The Masked Singer Malaysia 3 Minggu 9 Minggu 10

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 409 hits
BERTIH JAGUNG Nur Fazelah Zizie Mad Tahil atau lebih dikenali sebagai ialah seorang penyanyi wanita Malaysia Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada 2009 Selain itu beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia D...
Asas Solat Berjemaah Ramai Orang Masih Keliru

Asas Solat Berjemaah Ramai Orang Masih Keliru

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 358 hits
1 Kalau Imam bangun jangan ikut Sapa ikut batal solat Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa 2 Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri kena ikut Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula Kalau ...
Daftar Lengkap Peserta Pemilu 2024 Ingat Nomor Urutnya

Daftar Lengkap Peserta Pemilu 2024 Ingat Nomor Urutnya

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 330 hits
Komisi Pemilihan Umum telah menetapkan peserta Pemilu 2024 lengkap dengan nomor urut partainya
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah