Pesara Pbt Rugi Rm682 000 Ditipu Macau Scam


Kepala Batas: Seorang pesara pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kerugian RM682,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam, yang mendakwa terdapat pendaftaran talian judi dalam talian haram atas nama wanita itu, dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 69 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini, selepas mendapati wang dalam akaun miliknya telah berkurangan sebanyak RM682,000, berikutan mengikut arahan individu kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM), yang cuba membantu menyelesaikan kes warga emas tersebut.
“Menurut mangsa, dia pada mulanya menerima panggilan pada awal Mac lalu dari seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat ACP, daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, dan memaklumkan wanita tersebut telah terlibat dalam jenayah, kerana terdapat pendaftaran talian judi dalam talian haram atas namanya.
“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pegawai penyiasat kes berpangkat Sarjan, sebelum polis berkenaan memaklumkan butiran mangsa dalam siasatan lanjut dan memintanya berurusan dengan pegawai dari BNM yang akan hubungi mangsa dalam masa terdekat, bagi memberi penjelasan serta bantuan,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.
Katanya, wanita itu memaklumkan dia kemudiannya dihubungi seorang lelaki yang mendakwa pegawai dari BNM, dan meminta mangsa memindahkan semua wang simpanannya ke dalam satu akaun sahaja milik pesara tersebut, dengan alasan bagi memudahkan urusan siasatan akaun serta kesnya.
Noorzainy berkata, lelaki itu turut memberitahu wanita tersebut yang kes berkenaan perlu diselesaikan segera dan mengugut mangsa sekiranya tidak berbuat demikian, beliau akan ditangkap serta direman untuk siasatan kes itu.
Berikutan takut ditangkap, wanita itu mengikut arahan suspek termasuk memberi laporan pergerakannya setiap hari menerusi panggilan diterima mangsa, serta memberikan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbitnya kepada sindiket tersebut yang berlarutan hingga 27 Mei lepas, katanya.
“Mangsa kemudiannya berasa pelik kerana sejak 28 Mei hingga semalam, tiada panggilan diterima dari pegawai BNM seperti kebiasaan, sebelum dia menghubungi pihak bank untuk bertanyakan baki wang dalam akaunnya dan dimaklumkan telah dipindahkan ke akaun lain setiap hari sedikit demi sedikit,” katanya.
Menurutnya, mangsa cuba menghubungi lelaki itu namun tidak dapat, malah nombor tersebut juga tidak boleh dihubungi, sebelum wanita itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan hari ini.
Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sindiket tersebut, termasuk pemilik akaun yang digunakan suspek, untuk memindahkan wang dari akaun mangsa dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
“Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket, dan jangan sesekali mudah panik dengan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil yang tidak dikenali, sebaliknya hubungi pihak polis atau organisasi yang terlibat, untuk sebarang pengesahan,” katanya.
— BERNAMA
The post Pesara PBT Rugi RM682,000 Ditipu Macau Scam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/03/pesara-pbt-rugi-rm682000-ditipu-macau-scam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Woman Claims Loss Of Rm860 000 In Macau Scam

Woman Claims Loss Of Rm860 000 In Macau Scam

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 277 hits
The woman claims she made 75 money transfer transactions after calls by a man impersonating a police officer KUANTAN A trader has lodged a police report that she lost RM859 500 to a Macau scam after she was tricked by a person impersonating...
Retiree Loses Rm682 000 To A Bank Negara Officer In Lengthy 3 Month Scam

Retiree Loses Rm682 000 To A Bank Negara Officer In Lengthy 3 Month Scam

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 306 hits
The scammers threatened the victim that she would be arrested if she refused to cooperate small Cover image via CNN span span amp AFP Malay Mail span span small A local council retiree in Penang lost a whopping RM682 000 of her savings to a...
Pelajar Rugi Lebih Rm86 000 Ditipu Sindiket Pelaburan

Pelajar Rugi Lebih Rm86 000 Ditipu Sindiket Pelaburan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Seorang pelajar membuat laporan polis selepas ditipu seorang kenalan di internet berhubung tawaran pelaburan emas tidak wujud sehingga kerugian lebih RM86 000 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Superintendan Mohd Wazir ...
Penganggur Rugi Rm13 000 Tuntut Hadiah Istimewa

Penganggur Rugi Rm13 000 Tuntut Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 334 hits
KUANTAN Seorang penganggur mengalami kerugian RM13 000 semata mata ingin mendapatkan hadiah istimewa daripada kenalan Facebook yang baru dikenalinya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata...
Lesap Rm66 695 Ditipu Parcel Scam

Lesap Rm66 695 Ditipu Parcel Scam

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 270 hits
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pengurus mendakwa ditipu lebih RM66 695 oleh individu tidak dikenali Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUANTAN 24 Mei Teruja untuk menerima bungkusan hadiah berisi pelbagai barangan berjenama menyebabkan se...
Lisa Blackpink Rugi Rm3 5 Juta Selepas Ditipu Oleh Pengurusnya

Lisa Blackpink Rugi Rm3 5 Juta Selepas Ditipu Oleh Pengurusnya

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 1026 hits
Penipuan tidak berlaku kepada orang kebanyakan sahaja Terbaharu seorang bintang K Pop kegemaran semua orang Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa Blackpink telah ditipu sebanyak 1 bilion won iaitu bersamaan dengan RM3 5 juta oleh ...
Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 441 hits
Linda Rafar baru baru ini dilaporkan telah jatuh ditimpa tangga apabila laman sosial miliknya telah digodam oleh pihak bertanggungjawab Lebih malang lagi dia juga telah kehilangan hampir 900 000 pengikut di Instagram dan Facebook Menurut Li...
3 Men Were Caught Cycling From Ampang To Jelebu Now They Each Have To Pay Rm1 000 Fine

3 Men Were Caught Cycling From Ampang To Jelebu Now They Each Have To Pay Rm1 000 Fine

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 514 hits
Police and Rela personnel found the trio to be involved in interstate travel without permission amidst CMCO small Cover image via New Straits Times span span amp Google Maps span span small On the morning of Thursday 21 May three cyclists d...
Bantu Masyarakat Satgas Bumn Dki Jakarta Siapkan 20 000 Nasi Bungkus Per Hari

Bantu Masyarakat Satgas Bumn Dki Jakarta Siapkan 20 000 Nasi Bungkus Per Hari

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 216 hits
PT JIEP selaku koordinator Satgas Bencana Nasional BUMN Provinsi telah mengoordinir perusahaan perusahaan BUMN untuk menyediakan bahan baku masakan yang dibuka oleh satgas DPR
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel