Pesanan Untuk Muhyiddin Harga Diri Adalah Harga Mati Tunggu Apa Lagi




 Penolakan cadangan darurat oleh Yang Dipertuan Agong, selain suatu sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia juga merupakan suatu detik yang menjadikan moral Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan kabinet sudah hancur berkecai.
Atas kapasiti Perdana Menteri selaku penasihat kepada Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan, kebiasaannya nasihat daripada Perdana Menteri tidak pernah tidak diterima.
Tambahan lagi, nasihat itu adalah berkaitan perkara besar iaitu untuk mengisytiharkan darurat dalam negara dan bukannya untuk memohon perkara kecilan seperti membina jambatan atau menghias taman.
Tetapi, dengan ianya ditolak oleh Agong jelas memperlihatkan keputusan kabinet berkaitan darurat itu tidak relevan dan seperti pihak Istana dapat menyelami ada maksud lain terselindung di sebaliknya.
Oleh kerana ini merupakan sejarah dan tidak pernah keputusan kabinet ditolak oleh Agong sebelum ini, mudah kata, Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet sudah tiada maruah lagi sekarang ini jika tidak segera meletakkan jawatan.
Maruah itu sepatutnya ditebus dengan Muhyiddin dan semua anggota kabinetnya mesti meletak jawatan tanpa perlu menarik nafas lebih daripada sekali.
Meski dilaporkan Muhyiddin memang berhasrat untuk meletakkan jawatan dalam perbincangan di rumahnya malam tadi, tetapi dikatakan dibantah oleh beberapa menteri yang bimbang nyawa politik mereka akan putus di tengah jalan, tetapi kekalnya beliau menerajui kerajaan hanya membuatkan harga dirinya semakin melayang ke udara.
Kata orang tua-tua dulu, harga diri adalah harga mati dan ia tidak boleh sama sekali untuk dikompromi.
Sebab itu, orang yang ada maruah dan harga diri, jawatan hanya picisan bagi mereka dan bukan segala-galanya dalam kehidupan.
Lagi pula, dengan terus menerajui kerajaan yang dilihat rakyat sebagai tiada lagi maruah dan harga dirinya, tiada apa-apa lagi yang dimampu dilakukannya selepas ini?
Apabila Agong menolak cadangan darurat yang diluluskan kabinet, bahkan ketika mengadap di Kuantan Jumaat lalu, Muhyiddin turut membawa beberapa menteri kanannya, ia adalah gambaran bahawa kabinet ini tidak lagi diyakini serta dipercayai mampu membuat keputusan yang baik untuk negara.
Bagaimana selepas ini Muhyiddin mampu mengangkat muka di hadapan Agong untuk mempersembahkan sesuatu perkara?
Kalau isteri hilang kepercayaan serta keyakinan pun seseorang suami itu boleh susah hati dibuatnya, apakah Muhyiddin tidak berasa apa-apa apabila Agong selaku ketua negara dilihat tiada lagi kepercayaan dan keyakinan terhadap kabinetnya?
Lebih daripada itu, dengan titah Agong, selain menolak darurat, turut menyarankan agar Belanjawan 2021 diteruskan seperti dijadualkan, ia juga petanda bahawa baginda mahu kemelut politik tidak diselesailan melalui perisytiharan darurat, sebaliknya oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat itu sendiri.
Meskipun Agong mengakui Belanjawan 2021 adalah penting, khususnya untuk melawan Covid19 dan memulihkan ekonomi negara, baginda tidak pula menyentuh mengenai penolakan atau usul tidak percaya terhadapnya.
Bermakna, urusan Parlimen dan belanjawan adalah urusan Ahli-Ahli Parlimen memikir serta memutuskannya dan pihak Istana tidak mahu campurtangan mengenainya.
Ini adalah kebijaksanaan Agong yang mahu politik dan Istana dipisahkan, jauh sekali untuk membenarkan pihak Istana dipergunakan bagi kepentingan politik pihak eksekutif.
Sedemikian itu, Sidang Parlimen bermula 2 November yang disusuli dengan pembentangan belanjawan pada 6 November adalah titian genting untuk hayat politik Muhyiddin seterusnya.
Memang tidak salah untuk terus memilih jalan hidup tidak bermaruah, malah tiada yuran pun akan dikenakan terhadapnya, tetapi jika dalam pengundian belanjawan pun dikalahkan juga, kehinaan akan bertempek sekali lagi menimpanya.
Ia bukan saja menjadikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah yang cadangan kabinetnya ditolak Agong, kemudian akan menjadi yang pertama juga dalam sejarah belanjawan negara tidak berjaya diluluskan.
Apakah kehinaan seperti itu yang ditunggu oleh Muhyiddin sehingga susah benar hendak meletak jawatan? (Shahbudindotcom 26/10/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/pesanan-untuk-muhyiddinharga-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Jadilah Lelaki Sejati Dan Punya Maruah Dan Harga Diri

Muhyiddin Jadilah Lelaki Sejati Dan Punya Maruah Dan Harga Diri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 251 hits
Secara prinsip dan dari sudut moral Muhyiddin Yassin ketika ini sudah pun hilang sokongan majoriti untuk terus duduk di kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Bukan saja makhluk di bumi tahu mengenainya malah penghuni di langit pun menyedari ...
Hiburan Beli Kereta Mewah Harga Rm 290 000 Haqiem Rusli Anggap Sebagai Reward Diri Sendiri

Hiburan Beli Kereta Mewah Harga Rm 290 000 Haqiem Rusli Anggap Sebagai Reward Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 479 hits
Penyanyi yang namanya kini semakin meningkat naik Haqiem Rusli dilaporkan baru sahaja membeli kereta mewaj berjenama Mercedes Benz GLC200 yang berharga lebih kurang RM290 000 Haqiem yang ditemui media berkata pembelian kereta berkenaan dian...
Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

Keputusan Muhyiddin Pendek Akal Pentingkan Diri Sendiri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 266 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk menimbang semula keputusan mencadangkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk melaksanakan perintah darurat seperti yang dilaporkan agensi agensi berita ketika ini Presiden PKR Datuk Seri A...
Analogi Sebuah Harga Diri

Analogi Sebuah Harga Diri

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 301 hits
24 99 AU Dollarss sekeping di sini Di sana ibarat tiada yang memandang lah pula Begitulah apabila kau diletak di tempat yang betul Kau akhirnya dinilai dan dihargai dengan adil dan betul
Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

Gagal Meyakinkan Agong Muhyiddin Mahu Undur Diri Kata Sumber

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 316 hits
MALAYSIA DATELINESetelah gagal meyakinkan Yang di Pertuan Agong untuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan Sejurus sahaja YDPA bertitah meno...
Muhyiddin Kini Di Jalan Mati Seluruh Negara Bergema Mahunya Berhenti

Muhyiddin Kini Di Jalan Mati Seluruh Negara Bergema Mahunya Berhenti

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 232 hits
Cubaan Muhyiddin Yassin untuk mendapat perkenan Agong bagi mengisytiharkan darurat yang telah dipersetujui kabinet nampaknya tidak kesampaian Majlis mengadap Agong di Istana Abdulaziz Kuantan selama lebih dua jam petang semalam tidak berjal...
Muhyiddin Tunggu Apa Lagi Letak Jawatanlah

Muhyiddin Tunggu Apa Lagi Letak Jawatanlah

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR 26 OKT Sepatutnya Muhyiddin Yassin tidak perlu memikirkan apa lagi perancangan baru tetapi terus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja permohonannya untuk mengisytiharkan darurat ditolak oleh DYMM Seri Paduka...
Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

Pendek Akal Dan Penting Diri Muhyiddin Jangan Jadi Kerajaan Diktator Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 313 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan darurat memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator Dakwa ketua pembangkang dia bimbang dengan laporan berita yang mengandaikan kerajaan mahu menjadikan Covid 19 ...
Kocak Toyota Fortuner Tak Punya Harga Diri Di Daerah Ini Cuma Dipakai Buat Angkut Tanah

Kocak Toyota Fortuner Tak Punya Harga Diri Di Daerah Ini Cuma Dipakai Buat Angkut Tanah

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 244 hits
Bagi sebagian orang mempunyai kendaraan roda empat merupakan kebutuhan tersendiri Tak hanya itu banyak sebagian di antaranya berlomba lomba untuk mengoleksi mobil mewah demi gengsi Di Indonesia salah satu kendaraan SUV yang umum ditemui ada...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp