Pesanan Syed Mokhtar Kepada Orang Melayu


KISAH TAN SRI pesanan SYED MOKHTAR ALBUKHARI
“SAYA pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.
“Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.
“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
“Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.
“Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.
“Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.
“Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. ” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)
So….SUSUN KEWANGAN DULU.
Tengok kepada apa yang paling basic pada Pyramid Kewangan. Dah buat pesanan syed mokhtar ?
PESANAN SYED MOKHTAR AL-BUKHARY KEPADA USAHAWAN
1. FOKUS sebelum mempelbagaikan perniagaan.
2. Kejayaan perlukan MASA.
3. JANGAN mudah putus asa.
4. Bersedia untuk DIBANTU.
5. YAKIN pada diri sendiri.
6. Berniaga untuk beri MANFAAT kepada kpd org lain.
7. Berniaga untuk AKHIRAT.
Semoga ALLAH rahmati perjuangan kita berniaga.
Belajar, belajar, belajar dan terus belajar.
Kita usaha, kita yg dapat.
Takda siapa boleh bantu kita sekiranya kita sendiri taknak bantu diri kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.
Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.
Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.
Perniagaan
Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.
Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.
Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.
Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.
Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.
Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya, katanya.
Kejayaan
Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.
Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.
Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,” katanya.
Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,” katanya.
Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.
Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.
Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan, katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya berpusing- pusing (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap… macam mana boleh macam ini, katanya.
The post Pesanan Syed Mokhtar Kepada Orang Melayu appeared first on ANGGUR.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anggur.uk/pesanan-syed-mokhtar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Istana Syed Mokhtar Fakhri Yassin Cooking Somethin

Hotel Istana Syed Mokhtar Fakhri Yassin Cooking Somethin

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 322 hits
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary plan to He did so on and With shares extremely low and no premium in valuation it is only natural to do so It is no big a news There is not much of a buzz too on the too It is only expected for Hotel Istana wh...
Filem Melayu Sampah

Filem Melayu Sampah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 411 hits
SEBAB TU SAYA TAK TONTON FILEM MELAYU FILEM MELAYU SAMPAH DAH LAMA AKU STOP SUPPORT FILEM MELAYU TAKDE KUALITI Kalau korang selalu berfikiran macam ni maknanya korang ialah orang yang suka blame the whole thing sedangkan yang buat taik hany...
Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 574 hits
Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar ketika perlaksanaan PDPR bersama kanak kanak prasekolah Modul ini mengajarkan kanak kanak mengenai cara menjaga kebersihan dir...
Hancur Lah Negara Hancurlah Masa Depan Orang Melayu Dulu

Hancur Lah Negara Hancurlah Masa Depan Orang Melayu Dulu

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 273 hits
Because orang Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini Here is some trivia about our population Rank Ethnic Group Share of Population1 Malay 50 1 2 Chinese Malaysians 22 6 3 Non Malay Bumiputera Indigenous 11 8 4 Indian Malaysians 6...
Isle Terbelakah Di Bawah Kerajaan Melayu Isle

Isle Terbelakah Di Bawah Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 279 hits
HAMZAH RIE NARamai yang bangga dahulu bila din rampas kuasa termasuk orang orang PH yang akal separuh tiang Kata mereka alhamdulilah melayu Islam yang tadbir Negara ini akan dilimpahi rahmat Allah Negara ini bakal diberkati seperti negara j...
Drama Melayu 2021

Drama Melayu 2021

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 318 hits
Senarai drama drama tempatan tahun 2021 daripada rangkaian televisyen dan penstriman video Tekan atau klik pada pautan untuk info lanjut DRAMA MELAYU 2021 TV3 AKASIA Bidadari SaljuRahimah Tanpa RahimTak Sempurna MencintaimuSabarlah Duhai Ha...
Melayu Islam Pecah Lagi

Melayu Islam Pecah Lagi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 311 hits
Dalam politik sesama Melayu Islam berpecah sudah lama Cuma dulu lebih kepada perselisihan pandangan dalam sesuatu isu Sekarang penyokong rasuah tegar cuba tegak benang yang basah puak ini lebih teruk dari dulu Bukan sekadar rasuah tegar mer...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Syarikat Rakam Gambar Pekerja Mengular Dalam Tandas

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Senarai Nama Panglima Atm

Infaq Kasih X Usim Living Lab Perkasa Program Csr Wtckl

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Alyph Siapa Yang Ajar Chord

Aepul Roza Feat Sharul Kamal Terapi Percuma Chord

Fabio Asher Tanpa Balasmu Chord