Pesanan Mursyidul Am Pas


 

Apabila agamawan Haron Din meninggal dunia pada September 2016, Allahyarham waktu itu adalah mursyidul am PAS. Haron sememangnya terkenal hebat. Oleh itu apabila PAS mencari penggantinya tentulah pilihan parti seorang yang paling tidak, mesti sama hebatnya dengan Haron. Muncul Hashim Jasin, yang dilantik mursyidul am sebulan selepas Haron meninggal dunia.
Hashim ‘had big shoes to fill’. Namun, beliau tidak kurang hebatnya lantas dhormati. Bercakap mengenai pendidikan, Hashim adalah antara 10 pelajar Malaysia yang mendapat tajaan kerajaan Iraq untuk melanjutkan pelajaran ke Baghdad pada 1964. Beliau belajar di Universiti Baghdad dalam jurusan perundangan Islam dan bahasa Arab. Dalam politik Hashim pernah menjadi Ahli Parlimen untuk Arau dan Adun Sanglang, Perlis. Apa yang ingin saya sampaikan ialah kata-kata beliau selaku mursyidul am PAS ‘carry weight’ dan seharusnya didengar oleh PAS dan juga Bersatu sekutunya dalam Perikatan Nasional.
Baru-baru ini Hashim memberi nasihat seperti dilapor FMT 13 Julai lalu. Pemimpin PAS dan Bersatu kata beliau perlu berlapang dada dengan meletakkan matlamat penubuhan PN sebagai perkara asas berbanding memikirkan kepentingan jangka pendek seperti pemilihan calon PRK DUN Nenggiri di Kelantan 17 Ogos ini.
Nasihat atau peringatan itu diberi berikutan pertikaian ahli PAS dan Bersatu berhubung isu siapa calon PN di Nenggiri. Bagi Bersatu kerusi Nenggri dimenangi calon mereka pada PRN tahun lalu. Oleh itu kata Bersatu mereka berhak bertanding semula di kerusi itu.
Orang PAS pula mengingatkan Bersatu, calon parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu bertanding di Nenggiri waktu itu adalah atas tiket PAS dan menang pun dengan menggunakan simbol PAS. Interpretasinya ialah ‘technically’ pengundi Nenggiri memilih PAS. Tidak boleh dinafikan PAS kuat di Kelantan dan logo bulan sangat ‘familiar’ buat orang Kelantan.
Wakil Bersatu waktu itu ialah Mohd Azizi Abu Naim, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, kemudiannya mengumumkan sokongan terhadap PMX. Baru-baru ini speaker DUN Kelantan mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi Nenggiri susulan perlucutan Azizi sebagai ahli Bersatu.
Azizi bertukar haluan digunakan PAS untuk menuntut hak bertanding di Nenggiri. Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad memberitahu FMT, pengundi bimbang jika ahli Bersatu dipilih jadi calon dan mereka mengundinya, calon Bersatu itu akan melakukan apa yang calon Bersatu dahulu buat. Yakni alih sokongan lagi.
Oleh itu, PAS Gua Musang menyerahkan tiga nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan PAS sebagai calon parti di Nenggiri.
Ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Nor bertindak balas. Katanya soal keyakinan atau kebimbangan pengundi ‘sebenarnya tidak berbangkit’. Lalu beliau mengingatkan PAS akan ‘rekod’ masa lalu di mana orangnya bertukar haluan. Kamaruddin mengaitkan bekas pemimpin PAS termasuk Mohamad Sabu.
Untuk mengatakan keadaan panas dan tegang antara PAS dan Bersatu di Kelantan akibat isu ini ‘is stating the obvious’. Namun dalam kehangatan suasana, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Bersatu akan mewakili PN pada PRK Nenggiri selaku penyandang kerusi berkenaan.
Rasanya keadaan masih panas sehingga mendorong mursyidul am tampil dengan nasihatnya. 
Kena letak matlamat penubuhan perpaduan kita di tempat asal supaya jangan rosak kerana kalau bergaduh di peringkat PRK kesannya akan membawa kepada PRU16 nanti pada seluruh negara, kata Hashim kepada FMT.
‘Wise words from a wise old man’. Hashim berusia 84 tahun. Adakah PAS khususnya di Kelantan akan dengar nasihat beliau? Yang saya pasti mereka akan akur dengan keputusan diumum Tuan Ibrahim. Sebenarnya mereka tidak punya pilihan kerana keputusan sudah dibuat. Dan jangan lupa PAS ada amalan wala’ mereka.
Diakui banyak kata-kata kesat sudah dan masih dilempar oleh PAS dan Bersatu. Serangan Kamaruddin memang mengguris hati PAS. Sama ada PAS akan menggerakkan jenteranya membantu calon Bersatu dengan jiwa dan raga ‘remains to be seen’.
Pandangan peribadi saya peluang PN di Nenggiri lebih cerah jika calonnya orang PAS. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/pesanan-mursyidul-am-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maufakat Nasional Wajar Dibentuk Mursyidul Am Pas

Maufakat Nasional Wajar Dibentuk Mursyidul Am Pas

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 139 hits
1 Muafakat Nasional wajar dibentuk semula menuju PRU16KANGAR Muafakat Nasional wajar dibentuk semula dengan wajah baru menuju PRU16 agar Penyatuan Ummah antara orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara akan mengukuhkan lagi kedudukan po...
Menang Di Sg Bakap Kenapa Pas Semakin Sombong Terhadap Bersatu

Menang Di Sg Bakap Kenapa Pas Semakin Sombong Terhadap Bersatu

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 135 hits
Menang di Sg Bakap Kenapa PAS semakin sombong terhadap Bersatu Pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru dan sg Bakap baru berakhir Di KKB Bersatu bertanding dan kalah Di Sg Bakap PAS bertanding dan menang Duanya sama Negeri di perintah oleh PH den...
Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

Pas Dan Umno Boleh Kerjasama Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 161 hits
PAS dan Umno BOLEH kerjasama dengan syarat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be AEmnmFzAlfw src in org https www youtube com embed AEmnmFzAlfw wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com em...
Will 4d Gaming Be Reinstated In Pas Ruled States After Kedah Court Rules As Unconstitutional License Ban

Will 4d Gaming Be Reinstated In Pas Ruled States After Kedah Court Rules As Unconstitutional License Ban

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 198 hits
A DECISION by the Alor Setar High Court on June 20 to grant 4D gaming operators six judicial review applications targeting the Kedah state administration s decision to ban their operations could well set a precedent that leads to the potent...
Mmmm Tak Payah La Sampai Bila Pas Nak Tumpang Orang Sentiasa

Mmmm Tak Payah La Sampai Bila Pas Nak Tumpang Orang Sentiasa

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 83 hits
MSOMB Terengganu Samsuri Mokhtar bersama PM Anwar Ibrahim mereka bersama ketika Anwar melawat Terengganu hari ini Samauri adalah antara sosok yang disebut sebut atau diletakkan oleh Pas untuk jadi Perdana Menteri Apa kata sebelum sampai ke ...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar