Pesanan Kepada Guru Guru Baru Posting


Ramai betul dapat posting kali ni. untuk KV sahaja 400 orang. SMK, SK tak pastilah. Saya cuma nak berkongsi sedikit info kewangan kepada guru-guru baru yang mana selalunya akan jadi 'mangsa'. 
1. Takaful Kesihatan
Soalan saya, kawan-kawan dah ada approach ke? Haha, biasa. Untuk makluman guru-guru baru, kita dibawah KPM ni ada satu unit yang juga menyediakan servis yang sama iaitu dipanggil Cuepacs Care. Sebenarnya Cuepacs Care ni diuruskan oleh Zurich Takaful dan FWD Takaful. Kedua-duanya adalah syarikat takaful juga. Cuma sebagai penjawat awam hanya kita ada kelebihan untuk mendaftar bawah Cuepacs Care. Pakejnya sangatlah berbaloi. Sekitar RM130 untuk 4 sekeluarga. 
Ramai antara guru-guru baru terjerumus dalam komitmen membayar takaful kesihatan sehingga RM200 sebulan per individu hanya untuk sejukkan hati rakan-rakan. Ya, memang betul coverage pakej mereka sehingga 1 juta. Tapi sebagai penjawat awam, kita ada banyak kelebihan yang ditanggung kerajaan. Institut Jantung Negara, kita dapat pengecualian, pusat dialisis kita ditanggung, rawatan kanser juga kita ditanggung. Tidaklah kita meminta untuk sakit, cuma nk beritahu, ini kelebihan kita. Jadi jangan nak bukitkan kelebihan gaji kita dengan kawan-kawan dengan membuktikan kau mampu bayar beratus bulan-bulan. Tunggulah sehingga ada anak-anak kau tengok komitmen meningkat dengan mendadak. Masa tu nak tukar company dah tak boleh, mungkin dah sangkut dengan sakit. Tukar Cuepacs Care pun dikelola oleh syarikat takaful jugak. Health screening mereka sama saja.
2. Beli rumah di kampung
Yang ini biasa, sebab vibe "memiliki aset seawal usia" adalah trend sekarang. Tapi ramai yang jarang bercerita, beli rumah awal perkhidmatan, selepas 20 tahun baru berjaya pindah. Akhirnya bina rumah lain kerana design ketinggalan zaman, rumah rosak sebab dijadikan rumah sewa, lokasi yang lebih baik dan banyak lagilah faktor. Ya, memanglah sekurang-kurangnya telah punyai aset, tetapi beberapa tahun awal perkhidmatan telah dikorbankan untuk membayar rumah yang tidak didiami. 
Syarat untuk memiliki rumah pertama perlu letakkan beberapa faktor:
-- Mampu bayar kedua2 tempat. Jika sekarang menyewa, mampu tak untuk bayar kedua-dua lokasi?  
-- Sudah melepasi umur 30. Premium takaful rumah akan menjadi lebih mahal ketika ini. Ada yang baru posting mungkin sudah melepasi umur ini.
-- Sudah mencapai 10 tahun pertama perkhidmatan, maka waktu ini pelaburan terhadap sebuah aset pertama sangat digalakkan.
--  Lokasi rumah nk dibeli. Kalau nilai hartanah mmg cepat naik, mungkin  kawasan bandar atau pinggir bandar, boleh saja beli. Kalau kawasan kg,  tiada beza beli sekarang atau beli masa dapat balik kg. Kenaikan gaji  akan seiring dgn harga tanah ketika itu.  'Golden handshake' bagi setiap penjawat awam pun cukup banyak.
"Alah beli sahaja rumah sekarang, kalau tak duduk boleh buat homestay" Kata seseorang yang kampungnya di bandar besar dan sentiasa ada pelancong yang menginap. 
Jika betul mahu mempunyai aset, pelaburan aset yang betul adalah pada sebidang tanah. Dan pada hakikatnya, nilai yang naik bukan rumah, tetapi tanah. Selepas berbelas tahun perkhidmatan, boleh kembali pada tanah yang dibeli seawal  perkhidmatan. Dengan gaji yang lebih besar, boleh upah architect untuk pelan rumah yang hebat, upah pula interior design yg kreatif.
Apa pun berbalik pada kemahuan sahajalah. Cuma ini kisah taboo yang jarang orang bercerita. Malu dan segan. Bayar rumah yang tak diduduki bertahun-tahun. Sewa takut rosak, jual takut rugi, homestay tiada siapa nk pantau. Tapi awal-awal perkhidmatan dah hilang dekat RM1k kuasa beli yg dipotong dari gaji.
3. Sah jawatan nak henti KWSP atau tidak
Ini juga aspek kewangan yang orang jarang nak cerita jugak. Tak tahu kenapa. Sy andaikan kebanyakan guru baharu akan memilih skim pencen. Tetapi sehingga waktu itu, tuan-tuan akan dicarum ke KWSP. 3 tahun pertama servis mungkin adalah beberapa belas ribu dari akaun 1 dan 2. Ramai yang sudah sah jawatan kebanyakannya akan stop mencarum sebab kenapa perlu terus mencarum, kan dah pilih pencen? Dah la potong 300+ lebih.
Sebenarnya agak untung untuk terus mencarum di akaun 2 KWSP. Ia akan bertindak sebagai tabung paksaan. Dividen tahunan KWSP juga agak tinggi berbanding simpanan lain dan dijamin tidak kurang 2.25% setiap tahun. Pada 2022 juga dividen KWSP adalah lebih tinggi dari ASB. Mana-mana yang sukar menabung, elok saja teruskan caruman. Cuma pengeluaran akan berlalu pada umur 55. Sebab itu sy namakan tabung paksaan.
4. Personal Loan dan CC
Haha, ini topik panas. Nasihat saya gunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin. Baiki rumah mak ayah ke atau Gunakanlah ke arah sesuatu yang memberi keselesaan pada diri dan keluarga. Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang serba cukup. Mungkin anda adalah anak sulung keluarga yang berjaya memecah tembok kemiskinan. Cuma, mengikut statistik, guru juga paling ramai terjebak dengan skim cepat kaya. Yang ini bergantung pada nafsu masing-masing. Orang sekatil dah warning pun tetap melabur jugakkan? Ini ingatan saya, jika seawal perkhidmatan sudah terjebak dengan skim-skim ini, selamat tinggal 10 tahun pertama perkhidmatan anda. Selamat tinggal rumah pertama, selamat tinggal ketenangan malam mengenangkan duit dipotong untuk sesuatu yg tiada didepan mata.
5. Kereta
Ini jugak topik biasa. Tidak perlu nak ulas, semua ada selera masing-masing. Kalau nak beli Civic di awal perkhidmatan, beli sajalah. Kalau rasa sesak, jual lah balik. Apa susah. Dia jadi susah sebab anggap kereta tu aset. Masa inilah nk ride mindset kewangan yang betul. Kereta bukan aset, kalau rasa mampu, beli. Tak larat bayar, jual balik. Yang penting sendiri sakit, sendiri untung. Tak perlu nk rasa aib.
Ok lah..selamat berkhidmat !

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/02/pesanan-kepada-guru-guru-baru-posting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Beli Rumah Baru Diusik Ahli Running Man Kim Jongkook Beri Pesanan Buat Bakal Isteri

Dah Beli Rumah Baru Diusik Ahli Running Man Kim Jongkook Beri Pesanan Buat Bakal Isteri

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 187 hits
Sepertinya Kim Jong kook bakal menamatkan zaman bujnagnya tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Ketika siaran Running Man baru baru ini ahli ahli muncul dengan pakaian kasual sebelum memulakan perlumbaan baru mereka Seperti biasa mereka menilai p...
Wacana Sinar Kampung Baru Kontroversi Atau Pengiktirafan Unesco

Wacana Sinar Kampung Baru Kontroversi Atau Pengiktirafan Unesco

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 348 hits
Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO mencetuskan polemik dan kontroversi Dengarkan penjelasan ahli ahli panel hebat ini dalam Wacana Sinar edisi...
1mdb Najib Lantik Pesuruhjaya Sprm Baru Untuk Lindungi Dirinya

1mdb Najib Lantik Pesuruhjaya Sprm Baru Untuk Lindungi Dirinya

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 131 hits
KUALA LUMPUR Pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi beliau diarah tidak meneruskan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu selepas pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pe...
Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 221 hits
Seorang lelaki di China menghairankan media sosial dengan membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke kampung halaman mereka secara terbang untuk menyambut Tahun Baru Cina dan mengelakkan kesesakan lalu lintas tahunan Lelaki terse...
Baru Jumpa Cinta Baru Memang Kena Pakai Sunscreen Tapi Kalau Boleh Cantik Jugak Kan

Baru Jumpa Cinta Baru Memang Kena Pakai Sunscreen Tapi Kalau Boleh Cantik Jugak Kan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 187 hits
Sunscreen memang wajib tapi kalau boleh cantik jugak kan Ni dia YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Suka gila dengan dia sebab SPF 50 PA terlindung dari UVA UVB ganas tu Ada tone up effect kulit nampak cerah berseri sikit Hyaluronic Acid bye by...
Debaran Menanti Presiden Baru Indonesia

Debaran Menanti Presiden Baru Indonesia

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 252 hits
Paslon Nombor Satu ESOK rakyat Indonesia akan menunaikan tanggungjawab lima tahunan mereka untuk memilih presiden dan wakil presiden baru untuk tempoh lima tahun 2024 2029 Turut sama akan dipilih esok ialah wakil MPR dan DPRD di seluruh Ind...
Sebaiknya Nga Kor Ming Batal Segera Hasrat Tonjolkan Kampung Baru Cina Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco

Sebaiknya Nga Kor Ming Batal Segera Hasrat Tonjolkan Kampung Baru Cina Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 134 hits
Sebagai langkah untuk meredakan kemarahan UMNO berikutan tindakannya mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan dunia Unesco Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dengan segera cuba mengajak pemimpin...
Baru Berlajar Buat Affliate Tiktok

Baru Berlajar Buat Affliate Tiktok

papar berkaitan - pada 11/2/2024 - jumlah : 184 hits
Alhamdulillah Sudah 2 kali saya menerima komisen sedikit melalui Tiktok saya yang belum lagi sampai 1000 pun follower ketika saya menerimanya Dengan hanya ada akaun tiktok dan kena install juga tiktok seller kalian sudah boleh meniaga atau ...
Atraksi Barongsai Dan Bagi Bagi Angpau Meriahkan Tahun Baru Imlek Di Stasiun Kereta Api Jember

Atraksi Barongsai Dan Bagi Bagi Angpau Meriahkan Tahun Baru Imlek Di Stasiun Kereta Api Jember

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 234 hits
Kemeriahan Tahun Baru Imlek 2575 terasa di Stasiun Kereta Api Jember Sabtu Ada suguhan atraksi barongsai dan bagi bagi angpau di lokasi itu
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults