Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha


Soal Jawab Qurban Bagi menjawab persoalan berkaitan dengan hari raya Qurban, kami telah menyusun beberapa soal jawab Qurban untuk memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul. Penting bagi umat islam mengetahui hukum dan soal jawab Qurban kerana ia adalah termasuk dengan hukum harus, wajib, makhruh dan haram dalam beberapa perkara.
Berikut adalah merupakan soal jawab qurban yang sering ditanya berkenaan dengan hukum dan persoalan yang memerlukan jawapan.
Senarai Soal Jawab Qurban yang Anda Perlu Tahu Berikut adalah beberapa soal jawab qurban yang berkait dengan soalan lazim dan semasa perlu anda tahu:
Ada berapa jenis ibadah korban? Jenis ibadah korban ada dua. Berikut adalah dua jenis ibadah korban:
Korban sunat adalah menyembelih binatang ternakan yang tertentu berniat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji. Korban nazar adalah apabila seseorang itu bernazar untuk menyembelih korban, maka adalah wajib atasnya menunaikan nazarnya itu. Apa itu korban nazar? Soal Jawab Qurban Soal Jawab Qurban Soal Jawab Qurban Soal Jawab Qurban Korban nazar adalah apabila seseorang itu menetapkan melalui kata-kata bahawa jika dia mendapat apa yang dihajatinya dia akan menyembelih haiwan korban, maka hukum wajib baginya menunaikan nazarnya itu.
Bahkan menurut Imam Nawawi, beliau menyatakan bahawa apabila telah terlewat hari yang ditentukan bagi penyembelihan korban dan ternyata saudara terlupa untuk menyembelih korban yang dinazarkan itu, maka hukumnya wajib untuk orang yang bernazar tadi menyembelihnya ketika dia teringat, walaupun telah berlalu waktunya.
Apakah hukum ibadah korban? Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada hari yang ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mempunyai kemampuan ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Seperti mana Allah S.W.T berfirman:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar, ayat 2. Berdasarkan tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah ibadah korban.
Apakah dalil ibadah korban? Soal Jawab Qurban Dalil pensyariatan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T :
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar, ayat 2. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya kepada Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”.
Hukum niatkan korban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia? Permasalahan berkenaan korban buat si mati adalah permasalahan khilaf oleh para fuqaha’. Berikut adalah beberapa pendapat ulamak:
Pendapat Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah. Pendapat Kedua: Hukum makhruh melakukan korban buat si mati. Pendapat dari al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42] Pendapat Ketiga: Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, hlm. 321] Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, Pihak mufti Wilayah cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat dari kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat simati.
Adakah wajib menyembelih sendiri haiwan korbannya? Soal jawab qurban, Hukum sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika mempunyai kemampuan.
Jika tidak mampu, maka boleh wakilkan kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Hukum mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya? Hukum asal bagi penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Sekiranya orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain bagi menyembelih binatang korbannya untuk pihak dirinya.
Apa hukum makan daging korban nazar? Sekiranya korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar , maka daging korban tersebut adalah tidak boleh dimakan oleh orang yang telah berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Apa hukum makan daging haiwan korban kita sendiri? Hukum makan daging korban sendiri adalah harus oleh agama untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban yang kita lakukan. Menurut sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makanlah, buatlah jamuan untuk orang makan dan simpanlah sebahagian daging korban kamu.” Mengikut pendapat ulama, kita dibolehkan memakan sepertiga daripada daging korban tersebut.
Apa hukum menjual daging korban? Hakikat dan tujuan korban adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T melalui ibadah korban dengan mengorbankan sesuatu bagi dirasai oleh orang lain, bukan mengorbankan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri.
Oleh itu, menjual daging korban amat bertentangan dengan tujuan dan matlamat yang digariskan. Oleh itu, menjual daging haiwan korban adalah tidak dibolehkan. Seorang yang berkorban adalah digalakkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut bagi mengambil keberkatan daripada ibadah korban tersebut.
Bolehkah kita menjual kulit haiwan korban? Berdasarkan Mazhab Syafi’e, tidak dibenarkan untuk menjual dan mengambil daripada bahagian korban itu sebagai upah sama ada korban wajib atau sunat. Tetapi dibenarkan bagi golongan fakir untuk menjual bahagian korban yang diterimanya seperti kulit bagi mendapat manfaat daripadanya.
Apa huku berikan daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih? Tidak dibenarkan kita membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban tersebut. Maka seseorang perlu membayar upah tersebut daripada sumber lain yang dimiliki. Ini adalah berdasarkan dengan hadis Nabi S.A.W. dari Saidina Ali R.A.; “Kami memberikan upah kepada orang yang menyembelih haiwan tersebut dari bahagian yang ada pada kami.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagaimana cara untuk mengagihkan daging korban? Soal Jawab Qurban Untuk pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah:
Fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, Kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Namun, kita disunatkan memakan dari haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah S.A.W memakan dari korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”
Apa hukum berikan daging korban kepada orang kafir? Hukum pemberian daging korban tatawwu” adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan namun keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam
Apakah hukum jemput orang kafir untuk makan daging korban yang telah dimasak? Seperti mana kita dibenarkan memberikan daging korban sunat kepada orang bukan Islam berdasarkan kepada pandangan mazhab Hanbali, Oleh itu hukum menjemput mereka makan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni korban itu sendiri, dan juga dengan syaratnya ialah bukan daripada daging korban wajib.
Apa hukum mengambil 1 atau 2 bahagian di dalam seekor lembu korban dengan niat ingin mendapat daging sahaja? Ibadah korban hanya tercapai dengan selesainya penyembelihan haiwan korban tertentu, pada hari-hari tertentu, dengan berlakunya tumpahan darah dari haiwan yang disembelih, maka terlaksanalah ibadah korban.
Oleh itu, sembelihan mestilah berlaku dengan niat yang satu iaitu korban. Namun, ada pendapat di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.
Dengan soal jawab qurban ini diharapkan ia dapat membantu menjawab segala persoalan berkaitan dengan ibadah sembelihan korban dan lain-lain perkara yang berkaitan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/05/soal-jawab-qurban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenperin Jawab Sri Mulyani Soal Kontainer Menumpuk Di Pelabuhan Tak Ada Keluhan Dari Pelaku Usaha

Kemenperin Jawab Sri Mulyani Soal Kontainer Menumpuk Di Pelabuhan Tak Ada Keluhan Dari Pelaku Usaha

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 101 hits
Kemenperin menegaskan tak ada keluhan dari pelaku usaha terkait menumpuknya kontainer di pelabuhan
Tingkah Unik Peserta Tes Utbk Snbt Unej Tertidur Pulas Pilih Menggambar Karena Tak Bisa Jawab Soal

Tingkah Unik Peserta Tes Utbk Snbt Unej Tertidur Pulas Pilih Menggambar Karena Tak Bisa Jawab Soal

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 136 hits
Dari data yang ada total ada 13 035 peserta SNBT 2024 yang memilih ujian di kampus Unej dalam dua gelombang
Ktmb Readies Four Additional Trains For Hari Raya Aidiadha Period

Ktmb Readies Four Additional Trains For Hari Raya Aidiadha Period

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Keretapi Tanah Melayu Bhd has prepared four additional Electric Train Service trains two each for Padang Besar KL Sentral and its return trip as well as KL Sentral Butterworth and its return trip in conjunction with Hari Raya A...
Majlis Hari Raya Kolej

Majlis Hari Raya Kolej

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum WBTDAH penghujung Syawal barulah berkesempatan membuat Majlis Sambutan Hari Raya bersama pelajar Tahun ini tema klasik raya macam dulu dulu katanya Pada mulanya merancang nak pakai baju raya tahun ini tapi bila Aida mencadan...
Lepas Potluck Raya Mak Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula Idea Ibu Ni Simple Jimat

Lepas Potluck Raya Mak Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula Idea Ibu Ni Simple Jimat

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 211 hits
Selepas sambutan potluck raya yang diadakan di sekolah sekolah kini mak mak mula mempersiapkan hadiah anak anak untuk diberikan kepada guru sempena meraikan Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei ini Mulalah mak mak mencari pelbagai idea unt...
Aktiviti Majlis Sambutan Hari Raya Pptmn Ppim 11 05 2024

Aktiviti Majlis Sambutan Hari Raya Pptmn Ppim 11 05 2024

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 219 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Sambutan Hari Raya Pertubuhan Pembangunan Tenaga Mahir Nasional bersama YB Datuk Hj Asna Amin di Plaza Alam Sentral Shah Alam
9 Ucapan Hari Raya Waisak Yang Menyentuh Dan Penuh Pesan Kedamaian

9 Ucapan Hari Raya Waisak Yang Menyentuh Dan Penuh Pesan Kedamaian

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 211 hits
Seluruh umat Buddha tengah mempersiapkan diri untuk menyambut datangnya Hari Raya Waisak yang akan jatuh pada tanggal 23 Mei 2024 Mulai dari menyiapkan dan membersihkan altar gladi resik untuk perayaan hingga mempersiapkan ucapan untuk diba...
Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 245 hits
Rezeki guru guru yang mendidik anak anak seperti anak sendiri Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Gur...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran