Pesan Imam Ghazali Pelihara Lidah Daripada 8 Perkara Ini


Pesan Imam Ghazali, Pelihara Lidah Daripada 8 Perkara Ini! Kemampuan untuk berkata-kata adalah anugerah Allah untuk manusia,terbitnya dari fikiran dan hati. Namun, anugerah ini juga ada baik dan buruknya, bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Imam Ghazali ada berpesan supaya menjauhkan diri daripada bahaya lidah. Berikut ialah lapan perkara tersebut.
BACA: Rahsia Perubatan Islam Untuk Yang Kerap Sakit Tapak Kaki Bila Pijak Lantai Sejuk
Pesan Imam Ghazali, Pelihara Lidah Daripada 8 Perkara Ini!
1- Berdusta “Pelihara lidah kamu daripada berdusta sama ada dalam keadaan serius mahupun gurau senda. Usah biasakan diri berdusta dalam keadaan bergurau, kerana ia akan membawa kamu untuk berdusta dengan lebih mudah”
“Jika kamu ingin memahami betapa hinanya perbuatan berdusta, maka lihatlah pendustaan orang lain. Pertimbangkan bagaimana kamu rasa dengan pendustaan mereka, bagaimana perasaan hina yang kamu rasa terhadap mereka dan penilaian kamu terhadap mereka sebagai suatu yang tidak bermoral”
Lakukanlah perkara yang sama dengan membayangkan segala kesalahan yang telah kamu lakukan, kerana kamu hanya dapat melihat keburukan perbuatan buruk sendiri dengan melihatnya di dalam orang lain.
2- Melanggar Janji “Berhati-hati dengan janji kamu terhadap sesuatu dan kemudian tidak menepatinya. Sebaliknya, biarlah kebaikan yang ingin dilakukan kepada orang lain adalah dalam bentuk perbuatan, tanpa perlu berkata-kata”
Tetapi jika kamu terpaksa untuk berjanji , maka berhati-hati untuk tidak melanggarnya, kecuali jika kamu memang benar-benar tidak mampu untuk memenuhinya, atau kamu terpaksa melanggarnya kerana keperluan yang benar-benar mendesak. Sesungguhnya, melanggar janji adalah salah satu tanda munafiq dan keburukan akhlak”
3- Ghibah (Mengumpat) “Maksud mengumpat ialah kamu berkata sesuatu tentang seseorang dan jika dia mendengar tentangnya maka dia tidak akan suka. Sekalipun apa yang kamu katakan itu benar, ia tetap menjadikan kamu seorang pengumpat dan seorang yang melakukan kesalahan”
Rasulullah SAW sendiri pernah menegur perbuatan Saidatina Aisyah R.anha:
Ada seorang wanita yang menemui ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Tatkala wanita itu hendak keluar, ‘Aisyah berisyarat pada Nabi SAW dengan tangannya untuk menunjukkan bahwa wanita tersebut pendek. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Engkau telah mengghibahnya.” (HR. Ahmad 6: 136. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih sesuai syarat Muslim)
Maka, dapatlah difahami bahawa ghibah atau mengumpat ini tidak semestinya dengan perkataan,bahkan dengan isyarat.
Kata Imam Al-Ghazali lagi: “Lihatlah ke dalam diri kamu sendiri, adakah kamu tidak mempunyai kesalahan, yang jelas atau tersembunyi? Adakah kamu melakukan sebarang perbuatan yang dilarang, secara terbuka atau tersembunyi?”
“JIka kamu mengetahui hakikat ini tentang diri sendiri, maka ketahuilah ketidakmampuan mereka untuk melepaskan diri daripada apa yang kamu katakan sama juga seperti kamu, dan alasan mereka juga sama seperti kamu. Seperti mana kamu benci dimalukan, dan kesalahan kamu diperkatakan, maka sama juga dengan mereka. Namun, jika kamu menutup kesilapan mereka, Allah juga akan menutup kesilapan kamu”
4- Perselisihan “Perbuatan ini akan mengganggu ketenteraman dalam hidup kamu, kerana jika kamu berhujah dengan orang yang bodoh, maka dia akan menjengkelkan kamu, dan jika kamu berhujah dengan orang yang lebih bijak, dia akan menghina dan menindas kamu”
Perbuatan ini perlu dilakukan dengan telus, jujur, ikhlas untuk menasihati, bukan untuk berselisih faham atau mewujudkan pertikaian.
5- Memuji Diri Sendiri “…maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa” (Surah An-Najm 53:32)
“Berhati-hatilah daripada melakukan perbuatan ini. Ketahuilah bahawa ia mengurangkan keyakinan orang kepada kamu, dan menyebabkan Allah membencimu”
6- Mencela Atau Mengutuk
“Peliharalah diri daripada menghina apa sahaja yang telah Allah ciptakan sama ada cuaca, binatang, makanan atau manusia, jangan juga menyumpah dan mencela orang yang tidak beriman, orang munafiq atau orang yang percaya kepada selain daripada Allah”
Kita memang perlu hidup dengan prinsip dan pendirian yang benar. Namun perlu juga difahami bahawa bersikap tegas dan mempertahankan suatu yang benar tidak perlu hingga mencela atau menghina.
7- Meminta Dan Memohon Sesuatu Yang Buruk Untuk Orang Lain “Tahanlah lidah kamu daripada berdoa sesuatu yang buruk untuk makhluk Allah yang lain, walaupun mereka melakukan kesalahan kepada kamu. Serahkanlah urusan tersebut kepada Allah sahaja”
Yakinlah, bahawa doa orang yang dizalimi itu didengari. Dan tanpa mendoakan suatu yang buruk kepada orang lain pun, Allah tetap akan memberi balasan yang adil.
8- Mempersenda Atau Mempermainkan Orang Lain “Peliharalah lidahmu daripada perbuatan ini, kerana ianya akan menghilangkan rasa hormat orang lain kepadamu, menyebabkan orang lain dizalimi dan akan merosakkan hati…ia juga menumbuhkan kebencian dalam hati”
“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.” (Surah Al-Furqan 25:72)
Sumber: tzkrh.com
The post Pesan Imam Ghazali, Pelihara Lidah Daripada 8 Perkara Ini! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/pesan-imam-ghazali-pelihara-lidah-daripada-8-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Lidah Kapitalis

Ph Lidah Kapitalis

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 291 hits
Akhirnya mak lampir kata jual ajer kepada orang asing Senang Soalnya kenapa sikap tamak pemaju selama ini tak dikekang Kenapa tak disusun pelan perancangan rumah mampu milik kepada rakyat jelata yang masih ramai lagi tidak mampu memiliki ru...
3 Jenis Pokok Lidah Mertua Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah

3 Jenis Pokok Lidah Mertua Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 1949 hits
Selamat pagi Selamat kembali bekerja selepas long weekend yang terakhir bulan September ni No more long weekend dah untuk bulan ni Minggu depan dah boleh start dengan monday no more Tuesday Blues Liatnya alahainya nak mulakan kerja hari ni ...
Murahnya Kalimah Laknat Di Lidah Penceramah

Murahnya Kalimah Laknat Di Lidah Penceramah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 350 hits
Ibnu Jubbah Sempena termeterainya piagam yang membawa kepada penyatuan ummah di antara Umno dan PAS aku nak mencoret sedikit kenangan buat para pelayar media dalam talian Mudah mudahan ia memberi kebaikan kepada kalian dan aku juga Brother ...
Pemprov Dki Bagikan 100 Tanaman Lidah Mertua Di Cfd

Pemprov Dki Bagikan 100 Tanaman Lidah Mertua Di Cfd

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 268 hits
Kelik menjelaskan untuk mendukung 17 tahun hari bebas kendaraan bermotor Dinas Perhubungan DKI Jakarta bertugas untuk menyiapkan lahan bagi warga untuk melakukan kegiatan di ruang publik sepanjang Jalan M H Thamrin hingga Jalan Sudirman Jak...
Lidah Buaya Tumbuhan Antiseptik Yang Perlu Ditanam Di Setiap Rumah

Lidah Buaya Tumbuhan Antiseptik Yang Perlu Ditanam Di Setiap Rumah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 319 hits
Oleh Munirah Abd Rahman Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu Pengenalan Lidah buaya merupakan spesies tumbuhan herba daripada Famili Liliaceae Lidah buaya berasal daripada Afrika Utara dan mud...
Anak Cakap Lambat Dan Pelat Mak Ayah Jangan Buat Tak Tahu Mungkin Lidah Anak Pendek

Anak Cakap Lambat Dan Pelat Mak Ayah Jangan Buat Tak Tahu Mungkin Lidah Anak Pendek

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 583 hits
Masalah gigi anak selalunya dititik beratkan oleh ibu bapa Namun jarang sekali untuk kita menitik beratkan masalah lidah anak lebih lebih lagi kita tidak pernah menyedari bahawa lidah anak pendek dan turut memberi kesan kepada pelbagai akti...
Lidah Yang Sudah Terbiasa

Lidah Yang Sudah Terbiasa

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 324 hits
Assalammualaikum wbtLIDAH YANG SUDAH TERBIASA Menyumbang deria rasa itulah lidah selain kulit melalui sentuhan Manis Masam Pedas Pahit Hilang nikmat andai Allah SWT tarik deria rasa tersebut Bila tidak sihat selera makan berkurang Deria ras...
Nak Cakap Maaf Pun Tak Pandai Anak Takkan Tahu Kalau Kita Tak Ajar Mak Ayah Wajib Buat 5 Perkara Ni

Nak Cakap Maaf Pun Tak Pandai Anak Takkan Tahu Kalau Kita Tak Ajar Mak Ayah Wajib Buat 5 Perkara Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 405 hits
Anak anak kita sememangnya tanggungjawab kita Salah didik dan asuh anak menjadi seperti tiada panduan dalam hidupnya Ketika anak anak masih kecillah ibu bapa perlu mengajar pelbagai ilmu asas kehidupan supaya dapat menjadi anak yang bertang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024