Pesan Hadi Jauhi Pendakwah Jahil Murakkab Tentera Syaitan


News | Diterbitkan Hari ini 4:55 petang

Kurang dari 12 jam selepas pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, berdepan bantahan penyokong pembangkang, hari ini Presiden PAS bersyarah panjang mengenai sifat agamawan yang didakwanya dikasihi "musuh".

Kata Abdul Hadi Awang pada ketika ini ada pendakwah yang gigih mencari populariti dan sanggup melakukan apa saja untuk menjual dirinya.

Menurut Abdul Hadi pendakwah terbabit akan mencari "pelanggan" seramai mungkin atau "bergantung" pada dahan yang banyak buah untuk memuaskan keinginan nafsu.

Tanpa menamakan atau mengaitkan kenyataan itu kepada sesiapa, Abdul Hadi berkata, antara ciri pendakwah sebegitu ialah gemar menyebarkan hukum yang dianggap luar biasa pada pandangan orang ramai.

Tujuannya, kata anggota parlimen Marang itu, ialah menarik perhatian umum.

"Ini sikap yang salah - kerana niatnya yang salah - walaupun (mengemukakan) pendapat yang paling kuat dalam perkara cabang, apatah lagi kalau pendapat (dikemukakan itu) yang nyata lemahnya," kata Abdul Hadi.

Tokoh yang kini menjadi presiden PAS paling lama dalam sejarah itu menjelaskan pada zaman sekarang ada pendakwah yang digunakan musuh untuk mencetuskan masalah dalam masyarakat Islam.

"Kadang-kadang dia sendiri tidak sedar dipergunakan (oleh musuh) kerana jahil murakkab (jahil berganda-ganda) dalam urusan dakwah," katanya.

Selamatkan agama dulu

Malam tadi program Wan Ji di Melaka tergendala apabila muncul sekumpulan orang awam - yang juga penyokong pembangkang - membantah ceramah berkenaan.

Bantahan terhadap bekas ulama pelapis PAS itu berlangsung di Masjid ar-Rahman,Kampung Parit Melana di Durian Tunggal. Gerakan Pembela Ummah Melaka didakwa menjadi pihak yang bertanggungjawab membuat bantahan berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Wan Ji berkata tindakannya yang tekal mengkritik PAS sejak akhir-akhir ini dipercayai mendorong penyokong parti pembangkang bertindak membantah ceramahnya di Melaka malam tadi.

Baca Darah munafik dah ditapis dari PAS, kata penyajak

Untuk rekod Wan Ji sebelum ini pernah menawarkan diri untuk berdebat atau berdialog dengan Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh, dalam isu 'fatwa' anggota parlimen Pasir Puteh itu mewajibkan kerajaan PH dijatuhkan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak bersemuka selepas Nik Zawawi menolak dengan alasan beliau mahu berdialog dengan pihak yang setaraf, bukan dengan “budak-budak jalanan yang menghabiskan masa dengan sia-sia”.

Kata Abdul Hadi pada zaman ini ada kalangan pendakwah yang mencari keredaan musuh Islam sehingga ke tahap 100 peratus.
"Maka dibimbangi dia (pendakwah terbabit) menjadi anggota tentera syaitan yang panjang umurnya itu," katanya.

Sepatutnya, kata Abdul Hadi, umat Islam diselamatkan agamanya terlebih dahulu dengan budaya ilmu.

Namun katanya terdapat pendakwah yang bersikap menjadi hakim yang suka menjatuhkan hukuman dengan mudah tanpa melihat tahap kefahaman Islam seseorang.

Pendakwah sebegitulah, kata Abdul Hadi, boleh digunakan musuh supaya mencetuskan masalah dalaman umat Islam, sehingga berlaku perpecahan dan membawa kepada perang saudara dalam negara.

Katanya, walaupun dakwah itu menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk menegakkan agama, namun ia perlu mengambil kira tahap kemampuan pendakwah, selain khalayaknya, serta kaedah yang digunakan supaya benar-benar mejadi penyelamat manusia.

"Maka nyatalah apabila pendakwah itu atau kumpulannya dibiarkan oleh musuh Islam, atau dibela oleh musuh Islam, menandakan adanya kesalahan yang berlaku. Maka muhasabah hendaklah dilakukan terhadapnya (pendakwah terbabit)," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/pesan-hadi-jauhi-pendakwah-jahil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Kes Pertama Tentera Darat Hilang Ini Antara Tragedi Yang Ramai Tak Tahu Berlaku Di Pulau Perak

Bukan Kes Pertama Tentera Darat Hilang Ini Antara Tragedi Yang Ramai Tak Tahu Berlaku Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 489 hits
Beberapa hari ini kita turut merasai kesedihan yang dialami keluarga Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers yang dilaporkan hilang sejak jumaat lalu Mereka sebenarnya merupakan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja berpang...
Isu Anugerah Kehormat Tentera Ini Penjelasan Tindakan Mat Sabu

Isu Anugerah Kehormat Tentera Ini Penjelasan Tindakan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 439 hits
Ini penjelasan berdasarkan fakta Saya alu2kan pandangan berbeza kritikan ttp biarlah scr berhemah berdasarkan fakta hujah bernas Sblm nak kondem baca dulu 1 Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1 Tahun 1996 2 Seksyen 198 Akta Angkatan ...
Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Susulan Dakwaan Penemuan Dua Anggota Tentera Hilang Di Pulau Perak

Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Susulan Dakwaan Penemuan Dua Anggota Tentera Hilang Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 408 hits
Tengahari tadi kita dikejutkan dengan gambar penemuan mayat yang didakwa milik tentera darat yang dilaporkan hilang di Pulau Perak Gambar yang dipercayai mula dikongsikan oleh seorang individu di laman Facebook itu mula menimbulkan pelbagai...
Anugerah Pangkat Tentera Kepada Ahli Politik Mat Sabu Mudah Lupa

Anugerah Pangkat Tentera Kepada Ahli Politik Mat Sabu Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 350 hits
Pada 19 April 2019 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu disanjung ramai apabila Kementerian Pertahanan memutuskan untuk menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebrit...
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 538 hits
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat Sejak Jumaat lepas Malaysia dikejutkan dengan insiden kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia yang sedang bertugas di kawasan o...
2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 387 hits
Dua anggota tentera darat hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah KUALA LUMPUR Dua anggota tentera darat dilaporkan hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah sejak Jumaat lalu Kementerian Pe...
Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 488 hits
Jumaat lalu kita dikejutkan dengan berita kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak Kedah Sehingga hari ini mereka masih belum ditemui namun us...
Dua Maut Motosikal Dilanggar Trak Tentera

Dua Maut Motosikal Dilanggar Trak Tentera

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 358 hits
SEREMBAN 26 Julai Dua pekerja sebuah kilang elektronik maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah trak tentera di Jalan Utama Taman Tuanku Ja afar Senawang dekat sini hari ini JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube...
Didakwa Gay Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang

Didakwa Gay Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 860 hits
SOSMED Selepas media mendedahkan Syafie Naswip adalah pelakon lelaki yang disiasat kerana memukul bekas tunangnya pelakon popular itu automatik menjadi sasaran terbaru tentera bawang Hal ini bertambah sensasi berikutan portal Sinar melapork...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat