Bukan Kes Pertama Tentera Darat Hilang Ini Antara Tragedi Yang Ramai Tak Tahu Berlaku Di Pulau Perak


Beberapa hari ini kita turut merasai kesedihan yang dialami keluarga Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers yang dilaporkan hilang sejak jumaat lalu. Mereka sebenarnya merupakan Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis namun telah ditugaskan di kawasan operasi Op Pejarak di Pulau Perak.
Kehilangan kedua anggota terbabit disedari ketika Ketua Penempatan membuat perbarisan pemeriksaan bagi mengira kekuatan anggota. Dan sehingga kini, usaha pencarian mereka telah digiatkan untuk memastikan mereka ditemui segera. Tularnya kisah mengenai kehilangan dua tentera darat ini, sekaligus ia membawa kita kembali mengimbau tragedi tiga tahun lalu.
Ia membuka beberapa kisah yang terjadi di Pulau Perak, pulau kecil di perairan terhujung sebelah barat Semenanjung Malaysia. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ia adalah satu-satunya pulau di Lautan Hindi milik Malaysia. Ia terdiri daripada sebongkah besar batuan granit kurang satu km persegi.
Pulau Perak, Kedah Ya, kisah yang hampir serupa berlaku di tempat yang sama. 4 oktober 2016, berita kehilangan Koperal Johbartlee Kanil (32) dan Koperal Mohd Faizol Rosli (29) mula menjadi buah mulut, tidak hanya di kalangan mereka di Markas Tentera Darat tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Masing-masing tertanya-tanya kemanakah hilang dua anggota tersebut. Wajah dan nama mereka menghiasi ruangan surat khabar, majalah mahupun media sosial. Kedua mereka dilaporkan sedang  menjalankan operasi di Pulau Perak dan kemudiannya hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air. sekitar jam 4.40 petang.
Gambar: Kami Sayang Anggota Tentera Malaysia Doa dan kata-kata semangat dari orang ramai senantiasa dititip berharap ada berita baik yang menanti. Pencarian kedua mereka yang merupakan Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) turut dibantu oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) digerakkan ke Pulau Perak berhampiran perairan Langkawi. Namun masih tiada tanda.
Sehinggalah empat hari kemudian, jasad yang tidak bernyawa Allahyarham Faizol Rosli berjaya ditemui oleh pasukan penyelam dari Pasukan Khas Laut (PASKAL). Mayatnya dijumpai 30 meter dari Pulau Perak dan dihantar ke KD Mahawangsa sebelum dibawa ke PU Butterworth dengan menaiki pesawat Fennexc.
Jenazah Allahyarham Mohd Faizol, 29 tahun kemudiannya dikebumikan pada 1.30 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang.
Hadirin Menunaikan Solat Jenazah Allahyarham Koperal Mohd Faizol Rosli (Gambar: BERNAMA) Jenazah Allahyarham Koperal Mohd Faizol Rosli dibawa ke tanah perkuburan (Gambar: BERNAMA) Koperal Johbartlee Kanil? Sehingga kini tiada apa-apa berita mengenainya.
Pernah Didakwa Sebagai Tempat Terhempasnya Pesawat MH370 “Selamat Malam Tiga Tujuh Kosong (370)” Kata-kata terakhir yang terdengar dari pesawat sebelum ia terus menghilang. Lima tahun berlalu, peristiwa yang bukan sahaja membelenggu rakyat Malaysia, tetapi seluruh dunia. Persoalan demi persoalan ditinggalkan sejak Malaysia Airlines MH370 yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang sekaligus melenyapkan 239 penumpang bersamanya. Misteri yang tidak terungkai, berharapkan keajaiban, terus menanti pulangnya pesawat penumpang Boeing 777.
Dalam kedukaan itu, heboh seketika apabila ada yang mendakwa bahawa pesawat itu telah ditemui di Pulau Perak. Berita itu menggemparkan seluruh negera dengan penyebaran melalui media sosial seperti Twitter dan What Apps.
MH370 dah dijumpai di kawasan Pulau Perak. Semua mati. Pukul 11 member saya akan confirmkan sekali lagi. Sekarang semua aset TLDM digerakkan ke sana. Al Fatihah. MH 370 disyaki di hijack berpatah balik menuju ke Phuket terhempas di Tukun Perak diantara perairan langkawi dan lautan andaman selatan Thailand.  Maklumat masih dirahsiakan untuk pasukan keselamatan saja. Ikut member saya TLDM melalui sonar jumpa bangkai kapal terbang dan cebisan pesawat. Dia org juga nampak ada mayat pakai life jaket terperangkap dalam pesawat. Belum dapat disahkan. Pukul 6 pagi tadi semua kapal laut dan kapal terbang dikerahkan ke sana. Dia org jumpa pukul 6.50 ptg semalam. Lepas tu cuaca gelap. Malam tadi dia org terbang semula kawasan tu tapi cuaca gelap.  Pukul 6 pagi tadi semua kapal terbang dan kapal dikerahkan ke tempat tersebut. Bila TUDM plot balik tempat tersebut, kawasan tu dalam perairan Indon. Antara Tukun Perak dengan Acheh.  Insyallah kalau betul hari ni kita akan dapat tahu sesuatu yang positif. Wallahualam.  Dakwaan bahawa MH370 ditemui di Pulau Perak Walaubagaimanpun, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Panglima Tentera Udara (ketika itu) telah menafikan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi.
Beliau malah memintak supaya laporan tersebut dibetulkan bagi mengelak sebarang salah tafsir berkaitan dengan kenyataannya sebelum ini. Tan Sri Rodzali  sebenarnya menyatakan bahawa pangkalan udara di Butterworth mengesan isyarat kedudukan pesawat terbabit berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.
Bukan Sekadar Kisah Misteri, Ia Turut Menjadi Rumah Kepada ‘Monster Lautan’ Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pulau Perak juga selalu digelar sebagai Tukun Perak, namun kebanyakkan penduduk tempatan akan menyebutnya Pulau Kedah disebabkan oleh kedudukannya yang terletak di dalam perairan Kedah. Ia telah ‘diiktiraf sebagai syurga kaki pancing’ kerana menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies ikan terutamanya spesies GT (Giant Trevally) iaitu ikan Ikan Jemuduk.


Rujukan [1] Adha Ghazali. 2016. Dipetik dari PASKAL Bantu Cari Dua Anggota Tentera Hilang Dilaut pada 23 Julai 2019 [2] Astro Awani. 2014. Dipetik dari Panglima Udara Nafi Pesawat MH370 Di Pulau Perak pada 23 Julai 2019 [3] Mstar. 2014. Dipetik dari Netizen Bikin Kecoh Kononnya MH370 Ditemui pada 23 Julai 2019 [4]  Pancing Buletin. 2019. Misteri Monster Pulau Kedah. pada 23 Julai 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/23/bukan-kes-pertama-tentera-darat-hilang-ini-antara-tragedi-yang-ramai-tak-tahu-berlaku-di-pulau-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

Tidak Dapat Dikesan Sejak Jumaat Lalu Ini Luahan Ibu Tentera Darat Yang Kehilangan Anaknya Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 463 hits
Jumaat lalu kita dikejutkan dengan berita kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja ketika melaksanakan tugas operasi di Pulau Perak Kedah Sehingga hari ini mereka masih belum ditemui namun us...
Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Susulan Dakwaan Penemuan Dua Anggota Tentera Hilang Di Pulau Perak

Kementerian Pertahanan Beri Penjelasan Susulan Dakwaan Penemuan Dua Anggota Tentera Hilang Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 371 hits
Tengahari tadi kita dikejutkan dengan gambar penemuan mayat yang didakwa milik tentera darat yang dilaporkan hilang di Pulau Perak Gambar yang dipercayai mula dikongsikan oleh seorang individu di laman Facebook itu mula menimbulkan pelbagai...
2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

2 Tentera Hilang Ketika Bertugas Di Pulau Perak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 355 hits
Dua anggota tentera darat hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah KUALA LUMPUR Dua anggota tentera darat dilaporkan hilang ketika bertugas di kawasan Op Pejarak di Pulau Perak Kedah sejak Jumaat lalu Kementerian Pe...
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 514 hits
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat Sejak Jumaat lepas Malaysia dikejutkan dengan insiden kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia yang sedang bertugas di kawasan o...
281 527 Kes Kemalangan Jalan Raya Dalam Enam Bulan Pertama Tahun Ini

281 527 Kes Kemalangan Jalan Raya Dalam Enam Bulan Pertama Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 486 hits
Kuala Lumpur Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dilaporkan sebanyak 281 527 kes mencatatkan peningkatan sebanyak 2 5 peratus berbanding 274 556 bagi tempoh sama pada tahun lepas Pengarah ...
Kes Exco Perak Dap Tunggu Siasatan Polis

Kes Exco Perak Dap Tunggu Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 312 hits
DAP menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan terhadap ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP ...
Sar 2 Tentera Hilang Di Laut Dihentikan Pemuda Ikatan Desak Teruskan

Sar 2 Tentera Hilang Di Laut Dihentikan Pemuda Ikatan Desak Teruskan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 275 hits
Operasi mencari dan menyelamat dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak Kedah sejak 19 Julai lalu di laut dihentikan buat sementara Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ia berikutan tiada petunjuk baharu ditemui tiga cabang Angkata...
Perbezaan Antara Kes Seks Anwar Dan Azmin Bagi Dr Mahathir

Perbezaan Antara Kes Seks Anwar Dan Azmin Bagi Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 427 hits
Tun M tak sanggup diperalatkan untuk singkir Azmin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sanggup diperalatkan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikutan penularan video intim yang dikatakan mirip Mente...
Mpfl 2019 Perak Ledak 5 Gol Di Babak Kedua Untuk Benam Cabaran Pulau Pinang

Mpfl 2019 Perak Ledak 5 Gol Di Babak Kedua Untuk Benam Cabaran Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 467 hits
Pertembungan antara Pulau Pinang dan Perak dalam aksi minggu ke 7 Liga Premier Futsal Malaysia 2019 menyaksikan Perak berjaya menewaskan tuan rumah dengan keputusan 8 3 di Kompleks Sukan Azman Hashim USM sebentar tadi Ia merupakan kemenanga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah