Pesakit Terima Darah Dari Penderma Yang Dipercayai Positif Covid 19 Di Hong Kong
HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong mendakwa bahawa seorang pesakit telah menerima darah dari penderma yang kemudiannya disahkan positif COVID-19.
Para pegawai bergegas untuk menelusuri apa yang terjadi pada darah itu setelah muncul seorang lelaki yang menderma pada 5 Julai kemudian didapati membawa virus tersebut.
“Perkhidmatan pemindahan darah telah menelusuri darah yang dia dermakan dan untuk saat ini mendapati bahawa seorang pesakit di Hospital Queen Elizabeth menerima pemindahan darah,” kata Lau Ka-hin, dari Otoritas Hospital kota itu kepada wartawan.
Tidak jelas sama ada penerima darah yang berusia 35 tahun itu dijangkiti virus itu atau tidak.
“Pesakit yang menerima darah tersebut telah dipindahkan ke wad pengasingan dan sedang dirawat kerana pihak hospital terus bertindak lebih lanjut atas kes tersebut,” kata Lau, sambil menambah bahawa pesakit tersebut dalam keadaan yang kronik.
Hong Kong pada hari Isnin juga melaporkan 52 kes coronavirus baru, termasuk 41 kes tempatan.
Ini menjadikan jumlah di bandar tersebut sebanyak 1,522 kes.
Hong Kong adalah salah satu tempat pertama yang diserang oleh coronavirus ketika ia muncul dari China.
Bandar ini telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam menangani penyakit ini dengan lebih dari 1.500 jangkitan dan tujuh kematian. Dalam dua bulan terakhir, penularan tempatan telah berakhir.
Namun dalam dua minggu terakhir muncul sekumpulan jangkitan tempatan, yang mendorong pihak berkuasa untuk memperkenalkan semula beberapa langkah penjarakkan sosial.
Pameran buku utama yang akan dibuka pada minggu ini terpaksa ditangguhkan kerana lonjakan kes penularan baru ini.
Sumber: Channel News Asia
The post Pesakit Terima Darah Dari Penderma Yang Dipercayai Positif Covid-19 Di Hong Kong appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/07/13/pesakit-terima-darah-dari-penderma-yang-dipercayai-positif-covid-19-di-hong-kong/