Pesakit Jadi Keluarga Buat Jururawat Sambut Aidilfitri


 
Ketua Jururawat Wad Dialisis Kanak-kanak, Hospital Tunku Azizah, Wan Zuraini Wan Abdullah sudah terbiasa bekerja di hari rayaKUALA LUMPUR: Berkhidmat sebagai jururawat sejak 27 tahun lalu, Wan Zuraini Wan Abdullah sedar satu hakikat perlu dilaluinya – tidak selalu mendapat keistimewaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.
Tahun ini ketua jururawat wad dialisis kanak-kanak Hospital Tunku Azizah di sini sekali lagi diuji dugaan berkenaan, tidak dapat pulang ke tanah kelahirannya di Kelantan untuk menyambut lebaran dengan insan tersayang.
Gilirannya kali ini menjaga pesakit cilik sedang berjuang melawan penyakit buah pinggang kronik dihidapi mereka.
Ads by KioskedNamun Wan Zuraini menolak rasa sedih itu malah bersemangat menyambut 1 Syawal nanti bersama pesakit serta penjaga mereka yang telah dianggap sebagai keluarga.
“Aidilfitri tahun ini saya bekerja seperti biasa, pakai uniform dan tiada baju raya.
“Terpaksa juga ‘tinggalkan’ suami dan anak kerana bertugas, tetap dapat bergembira di samping pesakit…mereka sudah macam keluarga dalam wad ini,” katanya kepada FMT.
Sabiha Sarah Roslan, 32, mengakui terlalu rindukan keluarga selepas tiga tahun tidak pulang beraya akibat covid-19Bergelar jururawat sejak 10 tahun lalu, Sabiha Sarah Roslan, 32, berkata Hari Raya Aidilfitri kali ini adalah tahun ketiga dirinya tidak dapat pulang ke kampung menyambut lebaran yang sebelum ini disebabkan kesibukan menguruskan pesakit Covid-19.
“Sebelum itu pun lama dapat tidak balik raya kerana tugas, sedihnya sebab kita dengan keluarga jauh terpisah.
“Tetapi sebagai jururawat tidak boleh tunjuk terlalu sedih kerana tugas kita merawat pesakit,” katanya yang menyifatkan dirinya bernasib baik bertugas di wad kanak-kanak dan menjadikannya tugas melayan mereka sebagai terapi.
Ads by KioskedNuratikah Idora Mohamad Yusof, 30, bertuah kerana ada kalanya ahli keluarga datang ke rumahnya menyambut hari raya bersamanya.Sementara itu, Nuratikah Idora Mohamad Yusof, 30, berkata bertugas di pagi 1 Syawal tidak lagi menjadi masalah buat dirinya kini dan menganggapnya sebagai asam garam sebagai seorang jururawat.
“Ketika waktu mula kerja dahulu memang terasa janggal bertugas pagi raya tetapi sekarang boleh terima.
“Tahun ini giliran saya bekerja, memang sedikit sedih tetapi ada rakan lain…jadi tidak sunyi sangat,” kata anak jati Kuantan itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/pesakit-jadi-keluarga-buat-jururawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
22 April 2023 Malaysia Sambut Aidilfitri

22 April 2023 Malaysia Sambut Aidilfitri

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 445 hits
Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Mah...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 312 hits
Petugas dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan cerapan menggunakan teleskop Celestron Nexstar 5SE bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh 1 Syawal 1444H di Pusat Cerapan Menara Universiti Malay...
Sambut Hari Jadi Netizen Tumpang Bahagia Tengok Bonding Keluarga Puteri Sarah Amp Mentua

Sambut Hari Jadi Netizen Tumpang Bahagia Tengok Bonding Keluarga Puteri Sarah Amp Mentua

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 313 hits
Sebelum ini pelakon jelita Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah menyambut ulang tahun kelahiran keenam anak sulungnya Syaikhul Islam secara sederhana telah berjaya menarik perhatian ramai Malah...
Free Toll For Aidilfitri And Free Ev Charging Six Things You Need To Know

Free Toll For Aidilfitri And Free Ev Charging Six Things You Need To Know

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 624 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced earlier this week that highways will be free of tolls on April 19 to 21 and April 24 in conjunction with the enforced four day Hari Raya Aidilfitri weekend SoyaCincau picKUALA LUMPUR April 2...
10 Idea Video Transition Raya Tiktok Boleh Buat Sendiri Aidilfitri Ini

10 Idea Video Transition Raya Tiktok Boleh Buat Sendiri Aidilfitri Ini

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 676 hits
Besok dah raya Korang dah ada idea untuk buat Transition Raya ke belum Untuk jadikan raya ini ada moment untuk dikenang di tahun tahun yang mendatang boleh la buat transition macam ni Solo boleh dengan kapel boleh dengan family boleh yang p...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 498 hits
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M 1444H buat semua umat Islam seluruh dunia Berakhirlah teka teki bila raya tahun ni Kita akan menyambut hari raya pada hari Sabtu 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H Tahun ni saya team Negeri Sembilan du...
Koleksi Pickupline Raya Aidilfitri Paling Terbaru 2023

Koleksi Pickupline Raya Aidilfitri Paling Terbaru 2023

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 1145 hits
Kini tiba waktu yang dinanti nanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu Hari Raya Aidilfitri Dalam suasana yang penuh dengan keriangan dan kegembiraan ini sudah tentu ada banyak perkara yang boleh dilakukan seperti makan makan berma...
Resipi Puding Roti Karamel Mudah Dan Sedap Sempena Aidilfitri

Resipi Puding Roti Karamel Mudah Dan Sedap Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 492 hits
Dah ada rancangan untuk hidang pelbagai juadah raya tapi macam tak lengkap kalau tiada pencuci mulut kan Jadinya hari ini Pa Ma akan kongsikan satu resipi pencuci mulut perkongsian dari saudari yang mudah dan sedap Boleh la buat malam raya ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess