Pesakit Covid19 Tidak Dibenarkan Mengundi Prnsabah Ismail Sabri




Pengundi yang positif Covid-19 tidak dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini, demikian diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini memuktamadkan keputusan itu bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.
“Kita telah timbang. Mereka yang positif dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan mengundi. Kita tidak mahu ada kluster mengundi,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP, di sini hari ini.
Bagi yang bergejala, mereka dibenarkan untuk mengundi dan mereka akan dibawa di tempat pengundian khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ismail Sabri berkata mereka yang sedang dikuarantin turut dibenarkan mengundi, namun perlu mengemukakan permohonan kebenaran kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya dapat ditentukan masa dibawa keluar untuk mengundi di tempat khas yang disediakan SPR.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), menyarankan SPR menyediakan ruang dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pesakit Covid-19 mengundi pada pilihan raya itu.
Hari ini berlangsung pengundian awal bagi PRN Sabah dan seramai 16,877 individu terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka layak menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi di seluruh negeri.
Sementara itu, Ismail Sabri mengingatkan semua calon dan petugas parti politik supaya mengamalkan kawalan kendiri yang ketat semasa menjalankan kempen PRN.
“Sebagai contoh kempen dari rumah ke rumah, kita tak halang tetapi kita harap jumlah dapat dikurangkan iaitu masuk ke rumah satu atau dua orang sahaja bertemu dengan pengundi,” katanya.
Bagi kempen menerusi ceramah pula, SOP asas seramai 30 orang sahaja perlu dipatuhi.
Mengenai masa yang ditetapkan SPR bagi pengundi biasa keluar mengundi pada Sabtu ini, Ismail Sabri berkata pematuhan terhadap waktu yang ditetapkan tersebut bukan syarat wajib.
“Kalau tidak dapat datang pada waktu yang ditetapkan (SPR), datang pada waktu lain masih boleh mengundi.
“Jadi jangan salah anggap bila tidak dapat keluar pada waktu yang ditetapkan (SPR), langsung tidak datang mengundi,” katanya.
Ismail Sabri menjelaskan pengundi boleh hadir mengundi pada tempoh pengundian namun mereka digalakkan datang pada waktu ditetapkan SPR yang bertujuan mengelakkan kesesakan dan mengurangkan tempoh menunggu untuk mengundi.
Menteri Pertahanan itu turut menafikan berita yang tular menerusi media sosial kononnya ‘lockdown’ akan dilaksanakan selama empat hari di tiga kampung di Semporna iaitu Kampung Air, Kampung Bangau-Bangau dan Simunul di Semporna, Sabah.
“Saya tidak pernah umumkan perkara itu. Kalau tengok dari segi logiknya tidak pernah ada ‘lockdown’ empat hari, biasanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan selama 14 hari. Jadi itu adalah berita palsu,” katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/pesakit-covid19-tidak-dibenarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Mahu Pesakit Covid 19 Dibenarkan Mengundi Video

Shafie Mahu Pesakit Covid 19 Dibenarkan Mengundi Video

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 292 hits
Parti Cinta Sabah membidas presiden Warisan Shafie Apdal berhubung cadangan ketua menteri sementara itu untuk membenarkan pesakit Covid 19 mengundi dalam pilihan raya akan datang Ini berikutan kenyataan Shafie bahawa kerajaan negeri perlu m...
Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Wajib Makin Berkurangan Ismail Sabri

Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Wajib Makin Berkurangan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 457 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Jumlah rakyat Malaysia yang menjalani proses kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari luar negara berkurangan kepada 10 097 orang sehingga semalam Mereka adalah daripada 27 101 yang dikuarantin sejak 24 J...
Peningkatan Kes Covid19 Ada Kaitan Dengan Prnsabah Khairy Selar Mohamaddin Ketapi

Peningkatan Kes Covid19 Ada Kaitan Dengan Prnsabah Khairy Selar Mohamaddin Ketapi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 307 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyelar tindakan pemimpin Parti Warisan Sabah Datuk Mohamaddin Ketapi yang didakwa terus melempar tuduhan tidak berasas ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Jelasnya Mohamadd...
Any Notice On Covid 19 Restrictions Will Be From Me Ismail Sabri

Any Notice On Covid 19 Restrictions Will Be From Me Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 473 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob said today that he would be the one responsible to announce any decisions made on Covid 19 travel restrictions based on advice from the Health Ministry On the campaign trail for BN candidates in the Saba...
Recovery Mco Take Stern Action Against Nightclubs Pubs Ismail Sabri

Recovery Mco Take Stern Action Against Nightclubs Pubs Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 802 hits
Police and local authorities have been urged to take stern action against nightclub and pub owners or owners of premises who flout the recovery movement control order including dragging them to court and withdrawing their operating licences...
Tiada Rundingan Atau Kompromi Dengan Filipina Dalam Isu Sabah Ismail Sabri

Tiada Rundingan Atau Kompromi Dengan Filipina Dalam Isu Sabah Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 665 hits
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Hotel Hilton Kota Kinabalu Sabah foto HAZROL ZAINAL KOTA KINABALU Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail ...
Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

Ismail Sabri Tumbangkan Warisan Dahulu Barulah Bincang Soal Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 484 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Perikatan Nasional di Sabah diingatkan supaya tidak menimbulkan sebarang isu di peringkat awal dan fokus untuk menumbangkan kerajaan Warisan menjelang Pilihan Raya Negeri 26 September ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri ...
Ismail Sabri To Pink Tag Pranksters This Is Not A Joke

Ismail Sabri To Pink Tag Pranksters This Is Not A Joke

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 822 hits
Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a press conference on recovery movement control order at Perdana Putra September 22 2020 Bernama picKUALA LUMPUR Sept 23 I don t know why it s even a thing but there is a viral video fro...
Lawatan Delegasi China Dibuat Secara Low Key Ismail Sabri

Lawatan Delegasi China Dibuat Secara Low Key Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 380 hits
Lawatan kerja Menteri Pertahanan China Wei Fenghe ke negara ini pada Isnin lalu tidak mendapat liputan media tempatan kerana mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan agar program dilaksanakan tanpa hebahan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing