Perut Sebu Risau Termuntah Dalam Kereta Tasha Manshahar Minta Suami Sediakan Plastik
Melalui fasa mengandung kali pertama sesuatu yang mengembirakan buat pasangan yang berkahwin. Begitu juga detik yang dilalui oleh penyanyi Tasha Manshahar.
Disahkan mengandung selepas dua bulan berkahwin, Tasha dan suami, Fahrur Raqib Abdul Majid berkongsi rasa gembira itu bersama peminatnya.
View this post on Instagram
SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi
. Segala proses berjalan dengan baik. abglong @nafidzrazak & kak long @kai_armd banyak bantu saya dan isteri. ALLAH gerak kan saya untuk hantar check up isteri saya di @kumpulan_megaklinik_zahran , dan masyaALLAH percaturan ALLAH begitu indah . Terima kasih ALLAH . بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظي . Tolong doakan baik2 ye semua? . #raqshajrjourney
A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on Dec 12, 2018 at 4:10am PST
Sebelum tahu dirinya mengandung, Tasha mengakui dia kerap demam terutama suhu badannya sentiasa meningkat waktu malam, badan lemah dan selera makan menjadi-jadi.
Sebagai seorang suami yang bakal bergelar bapa, nampaknya Raqib sangat mengambil berat mengenai kesihatan Tasha apatah lagi di awal kelahiran.
View this post on Instagram
My sweetie pie Alhamdulillah tak muntah2 lagi. Syukur. Doakan saya, @tashamanshahar n baby dalam perut sehat walafiat. AMIN YA RABB . ape ek makanan yg bagos2 utk ibu mengandung? skrg ni saya bagi tasha makan kurma, madu, delima, aprikot, DAN nan cheese
bagi idea sket makanan ape lagi baik utk ibu mengandung? Doakan baik2 utk kami ye
. #raqshajrjourney . p/s: muntah bukan kurang kasih sayang
A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on Jan 8, 2019 at 2:26am PST
Dalam instagram Raqib dia ada bertanyakan makanan apa yang bagus untuk ibu mengandung?
“Sekarang ini saya bagi Tasha makan kurma, madu, delima, aprikot dan nan cheese,” kongsinya.
Tasha akui memandangkan perutnya sering masuk angin dan akhirnya rasa mual serta hendak muntah, bekalan plastik kena ada terutama naik kereta.
Dalam satu video yang dikongsikan, Tasha tak sangka Raqib buat sesuatu yang melucukan.
View this post on Instagram
Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi. Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah. _ Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun?
#raqshajrjourney
A post shared by @ tashamanshahar on Jan 18, 2019 at 6:07am PST
“Harini perut rasa extra sebu, maybe sebab tengah hari tadi tak makan berat, pastu tak makan apa-apa sampai petang, jadi perut masuk angin. Usually Tasha akan makan kerap (kuantiti sedikit) untuk pastikan perut sentiasa terisi.
“Tapi harini tak sempat. Bila perut kosong masuk angin time pregnant ni, memang buat kita rasa mual nak muntah.
“Since @raqibmajid nak masuk rumah ambil barang, kita pun pesanlah bawa plastik sekali takut-takut dalam kereta kang termuntah. Tapi ni plastik ke payung terjun?” tulisnya.
Sebelum ini, Tasha ada menyatakan perjalanan mengandungnya masih panjang dan berharap Allah permudahkan urusan hingga saat kelahiran.
Tasha juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan minta pendapat dari orang lain yang pernah lalui fasa ini untuk bertukar idea sebagai panduan bersama.
Sumber: ig fahrur raqib abdul majid & tashamansahar
The post Perut Sebu, Risau Termuntah Dalam Kereta Tasha Manshahar Minta Suami Sediakan Plastik appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/perut-sebu-risau-termuntah-dalam-kereta-tasha-manshahar-minta-suami-sediakan-plastik/