Perut Mengeras Waktu Hamil Apa Puncanya Sakit Berbeza Setiap Trimester


Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa. Selain melibatkan perubahan kehidupan, tubuh anda juga turut berubah dari masa ke masa.

Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras. Memasuki trimester ke-3, iaitu waktu menghampiri tempoh bersalin, perut ibu akan menjadi keras.
Tetapi anda perlu tahu, keadaan perut mengeras semasa hamil juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama dan kedua. Apa sebabnya perut jadi mengeras? Adalah ia petanda kandungan bermasalah?

Berikut adalah beberapa punca situasi perut mengeras ketika hamil mengikut trimester:
Trimester pertama
Dalam trimester pertama, antara minggu 1 hingga 12, terdapat 3 sebab untuk perut mengeras ketika hamil:
* Regangan
* Kembung
* Dalam kes jarang berlaku, keguguran
Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan. Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan.
Bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan. Kesemua pergerakan itu boleh menyebabkan perut sakit, berasa sesak dan kekejangan.

Trimester Kedua
Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.
Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak. Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit.
Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Jumpa doktor secepat mungkin!
Jika terdapat gejala perut mengeras semasa hamil di bawah, maklumkan kepada doktor. Ini kerana ia mungkin petanda kelahiran pramatang:
* Kontraksi kuat dan jarak rapat
* Rasa sakit kontraksi tidak reda dengan rehat atau selepas minum air
* Ada cecair keluar daripada faraj
* Berlaku pendarahan faraj

Trimester Ketiga
Pada trimester ketiga, Braxton-Hicks akan membuatkan perut mengeras. Pun begitu bagaimana membezakan Braxton-Hicks atau kontraksi sebenar?
Biasanya sebarang perubahan kedudukan, minum segelas air atau berjalan dengan perlahan boleh melegakan Braxton-Hicks.
Kontraksi palsu
* Kadar intensiti dan kekerapan tidak teratur
* Tidak selesa
* Boleh dihilangkan dengan rawatan dari rumah seperti berbaring
* Tiada tanda lain untuk melahirkan anak
Kontraksi sebenar
* Jarak kontraksi semakin dekat dan bertambah kuat
* Rasa amat menyakitkan
* Sebarang rawatan di rumah tidak membantu melegakan
* Disertai dengan tanda untuk melahirkan lain
Tanda anda bakal bersalin yang lain adalah:
* Sakit bahagian belakang atau kekejangan yang berterusan
* Air jernih mengalir keluar daripada faraj – petanda air ketuban telah pecah
* Keputihan disertai darah
Dapatkan pemeriksaan doctor segera jika ibu sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin atau mengalami masalah keras perut yang berbeza.
Menarik: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua Timang Bayi Lelaki/
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hello Doktor
The post Perut Mengeras Waktu Hamil Apa Puncanya? Sakit Berbeza Setiap Trimester! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perut-mengeras-waktu-hamil-apa-puncanya-sakit-berbeza-setiap-trimester/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

Panduan Pemakanan Sihat Ibu Waktu Hamil Wajib Ambil Kalori Lebih Bantu Perkembangan Fetus

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 167 hits
Sewaktu hamil menjadi kewajipan ibu hamil untuk makan dan memilih jenis makanan yang sihat agar diri dan bayi dalam kandungan menerima nutrisi yang baik Jenis makanan bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil Ini garis panduan pemakanan siha...
Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

Badan Lesu Sering Pening Waktu Hamil Petanda Anemia

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 145 hits
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi Semasa mengandung badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan de...
Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

Tip Naikkan Berat Badan Waktu Hamil Pakar Kongsikan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 158 hits
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik Ini yang disyorkan oleh pakar otak Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat...
Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

Punca Ibu Hamil Sukar Tidur Waktu Malam

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 191 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu hamil Berapa minggu sudah usia kandungan kalian Apabila kandungan masuk ke trimester ketiga keadaan bayi dalam kandungan semakin membesar Ini menyebabkan sedikit kesulitan kepada ibu hamil untuk dapat ...
Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi

Cara Atasi Mabuk Teruk Waktu Hamil Perbetulkan Perkara Ni Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 153 hits
Mabuk teruk ketika awal kehamilan itu lumrah Ada waktunya keadaan mabuk atau alahan hamil ini membuatkan banyak aktiviti terbatas Sudahnya ibu hanya berbaring lesu terutama waktu pagi Cara mengatasi mabuk teruk Waktu hamil adalah memperbetu...
Tak Cukup Tidur Vs Terlebih Tidur Waktu Hamil Ada Kesannya Pada Bayi

Tak Cukup Tidur Vs Terlebih Tidur Waktu Hamil Ada Kesannya Pada Bayi

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 221 hits
Trimester ketiga hamil kebiasaannya membuatkan ibu sering terjaga dari tidur malah kualiti tidur terganggu Gangguan pada tidur ini sebenarnya amat memberi kesan pada diri sekaligus bayi dalam kandungan Ikuti perkongsian ini Kesan tidur terl...
Tekanan Darah Tinggi Waktu Hamil Jangan Pandang Mudah

Tekanan Darah Tinggi Waktu Hamil Jangan Pandang Mudah

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 157 hits
Jangan pandang mudah jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi sama ada sebelum atau semasa kehamilan Ia memerlukan perhatian khusus kerana boleh memberi kesan kepada kedua dua iaitu ibu dan anak Inilah antara apa yang anda perlu tah...
Ibu Maut Dipercayai Dibunuh Anak Sakit Mental

Ibu Maut Dipercayai Dibunuh Anak Sakit Mental

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 183 hits
JEMPOL Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023