Kpm Perlu Masa Untuk Laksana Sekolah Model Khas B40 Miskin Tegar Fadhlina




BENTONG: Kementerian Pendidikan (KPM) memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan sekolah model khas bagi golongan B40 dan miskin tegar di negara ini. 
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata model khas tersebut telah ada, namun perlu ditambah baik dalam memastikan ia dapat membantu melonjakkan pelajar daripada golongan sasar dalam bidang akademik dengan mengambil kira potensi dan bakat pelajar terlibat.

Beliau berkata sekolah model khas itu juga adalah tambahan kepada sekolah model khas sedia ada iaitu Sekolah Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Komprehensif 11 (K11).

"Kita ada model khas K9 dan K11 dan kita sedang lihat satu lagi model khas yang telahpun ada tetapi kita kena tingkatkan, khususnya untuk segmen pelajar B40 dan mereka yang miskin tegar supaya kita dapat memberi tumpuan dan membantu melonjakkan anak-anak kita dalam bidang akademik dari segi potensi dan bakatnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi libat urus berkaitan hala tuju 12 sekolah di tiga gugusan Felda di Pelangai yang merangkumi Felda Chemomoi, Felda Kemasul dan Felda Sungai Kemahal di sini hari ini.

Pada Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan, berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Fadhlina berkata KPM akan memastikan tiada anak-anak yang dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara dan segala perancangan dipastikan benar-benar memberikan manfaat kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata KPM akan mengangkat saranan dan pandangan yang disampaikan dalam sesi libat urus seperti yang diadakan hari ini untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah dalam tanah rancangan Felda di seluruh negara.

"Kita akan cuba kumpulkan semua pandangan dan kita akan dapat ketahui kemahuan anak-anak...akan diambil tindakan selepas dikumpulkan semua saranan dan pandangan oleh pihak Bahagian Dasar KPM," katanya.

Antara perkara yang telah dibangkitkan oleh wakil pelajar, ibu bapa dan guru pada sesi hari ini termasuk isu kekurangan bilik darjah, penyediaan kemudahan dan peralatan pembelajaran serta jaringan Internet di sekolah.

Menurut Fadhlina terdapat sejumlah 371 sekolah di kawasan Felda di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 269 adalah sekolah rendah manakala 102 adalah sekolah menengah, termasuk sebuah sekolah model khas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok di Terengganu.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/kpm-perlu-masa-untuk-laksana-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Timbang Kurang Premium Tanah Buat Miskin Tegar Oku

Perak Timbang Kurang Premium Tanah Buat Miskin Tegar Oku

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 145 hits
Saarani Mohamad berkata kaedah pembayaran premium secara ansuran tidak dilaksanakan kerana ia bersifat one off untuk membolehkan hak milik didaftarkan PETALING JAYA Kerajaan Perak sedia mempertimbangkan pengurangan bayaran premium tanah kep...
Sekolah Perlu Laksana Audit Keselamatan Kemudahan Peralatan Pensyarah

Sekolah Perlu Laksana Audit Keselamatan Kemudahan Peralatan Pensyarah

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 281 hits
Gambar hiasan 123RF Gambar kecil Mohd Sadek Mustafa SHAH ALAM Semua sekolah perlu melaksanakan audit keselamatan berhubung keadaan infrastruktur atau kemudahan fizikal termasuk peralatan sukan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini m...
Takwim Cuti Kpm 2024 2025 Tarikh Buka Sekolah

Takwim Cuti Kpm 2024 2025 Tarikh Buka Sekolah

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 610 hits
TAKWIM SEKOLAH SESI 2024 2025 CUTI PENGGAL KPM Berikut dikongsikan kalendar cuti dan takwim cuti sekolah KPM terkini untuk rujukan semua pihak Kalendar Kuda 2024 Cuti Umum Takwim Cuti Sekolah KPM Harap maklum bawah tarikh tarikh yang dinyat...
Sekolah Ditutup Laksana Pdpr Jika Ipu Mencapai 200 Keatas

Sekolah Ditutup Laksana Pdpr Jika Ipu Mencapai 200 Keatas

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 224 hits
Sekolah ditutup Laksana PDPR Jika IPU Mencapai 200 Keatas 3 Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek baru baru ini mengumumkan bahawa Sekolah ditutup Laksana PDPR jika IPU mencapai atau melebihi 200 Keputusan ini dibuat dalam usaha untuk ...
Jerebu Kpm Minta Nasihat Kkm Sama Ada Tutup Sekolah Atau Tidak

Jerebu Kpm Minta Nasihat Kkm Sama Ada Tutup Sekolah Atau Tidak

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 234 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara terus meningkat Menterinya Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan me...
Jerebu Pdpr Dilaksana Jika Sekolah Ditutup Fadhlina

Jerebu Pdpr Dilaksana Jika Sekolah Ditutup Fadhlina

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 222 hits
GENTING HIGHLANDS Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200 kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Beliau berkata pihak sekolah diminta untuk sentias...
Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2024 2025

Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 261 hits
TARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2024 2025 KPM memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah diawalkan bagi memastikan pengembalian tarikh permulaan sekolah ke bulan Januari dapat dilaksanakan dengan lancar dalam sedikit ...
Kenapa Ingin Menjadi Pengawas Sekolah

Kenapa Ingin Menjadi Pengawas Sekolah

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 396 hits
Sebab Ingin Menjadi Pengawas Sekolah Ini Jawapan Saya Membina Kepimpinan Menjadi pengawas sekolah bukan sahaja memberikan peluang untuk memimpin tetapi juga untuk memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang efektif Ini termasuk...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Roti Kering Bergula Yang Rangup

Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter