Peruntukan Rm50j Jangan Ada Pihak Ambil Untung Atas Angin


Wartawan MalaysiaGazette Kaunter daftar masuk penumpang dilihat lengang ketika tinjauan lensa Malaysia berkenaan sektor pelancongan sempena Belanjawan 2021 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Sepang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan perlu memperincikan bagaimana RM50 juta yang diperuntukkan kepada kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan dapat digunakan sebaik-baiknya dalam usaha menangani segera isu pengangguran dalam kalangan pekerja sektor tersebut secara total.
Penjelasan itu perlu kerana pengumuman Menteri Kewangan berhubung peruntukan itu menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan pekerja sektor berkenaan.
Seorang juruterbang, Kapten Md Fauzi Md Tamaji yang mempersoalkan tentang peruntukan itu berkata, bagaimana kerajaan mendapat jumlah 8,000 orang itu kerana setakat ini Kementerian Pengangkutan mahu pun syarikat-syarikat penerbangan tidak mendedahkan angka sebenar pekerja yang terkesan dengan Covid-19.
Soalnya: “Benarkah 8,000 orang sahaja, bukan lebih ke?”.
Menurutnya, sama ada kerajaan sedar atau tidak, pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia telah menyebabkan pekerja-pekerja syarikat penerbangan berdepan dengan tiga situasi.
Sama ada diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji dan  masih bekerja dengan gaji yang sangat rendah.
Jadi persoalannya, siapakah dalam kalangan 8,000 ini yang akan dibantu oleh kerajaan.
Tegasnya, berdasarkan logik, kerajaan sepatutnya membantu semua kategori pekerja syarikat penerbangan di atas.
Ini kerana, walaupun ada yang masih bekerja tetapi gaji mereka dipotong 25% menyebabkan ada yang tergolong dalam kategori B40.
“Oleh itu, kami pekerja-pekerja yang terlibat mahu kerajaan memberi justifikasi tepat berhubung bantuan ini dan sasaran pekerja,” katanya kepada MalaysiaGazette
Kapten Md Fauzi Md Tamaji. foto MalaysiaGazetteMd Fauzi berkata, apakah bentuk bantuan yang akan ditawarkan kepada pekerja-pekerja ini – adakah latihan dan kemahiran perniagaan atau untuk menjana pendapatan dengan harapan selepas ini mereka tidak ditawarkan bantuan lain.
“Bagaimana kerajaan mahu memastikan tawaran kemahiran dan latihan yang bakal diberi ini menepati kebolehan dan kehendak mereka.
“Syarikat atau perunding mana yang akan ditawarkan. Berapakah peruntukan yang bakal perunding ini ambil daripada caj latihan dan kemahiran yang bakal ditawarkan.
“Berdasarkan anggaran kasar, daripada RM50 juta ini dibahagikan kepada 8,000 orang – bermakna setiap orang berhak mendapat nilai RM6,250.
“Adakah nilai latihan dan kemahiran yang bakal ditawarkan nanti menepati nilai RM6,250 ini? Berdasarkan pengalaman lampau, kemahiran yang ditawarkan memasak dan menjual makanan. Adakah kaedah sama juga akan digunakan kali ini,” soalnya lagi.
Persoalan-persoalan penting ini perlu dijawab oleh kerajaan dengan telus kerana sudah pasti pekerja-pekerja yang menjadi mangsa keadaan Covid-19 tidak mahu dipermain-mainkan dalam keadaan getir dan mencabar ini.
Jelasnya, pandemik Covid-19 ini juga telah menyerlahkan banyak kelemahan kerajaan dan agensi-agensinya dalam menyalurkan bantuan kepada pekerja-pekerja yang diperhentikan.
Kata juruterbang ini lagi, masih ramai tidak mendapat Program Subsidi Upah, hendak mendapat insentif Program Pengekalan Pekerjaan 2.0 pun bukan mudah.
Tambahan pula, dakwa Md Fauzi, tidak mustahil akan wujud pihak yang membuat untung atas angin atau menangguk di air yang keroh daripada kesempitan hidup orang lain.
Namun, jika pendekatan itu dalam perancangan kerajaan pada ketika ini, adalah lebih baik bajet berkenaan dibayar terus kepada mereka yang hilang pendapatan.
Bukan kepada mana-mana syarikat ataupun pihak ketiga.
“Tetapi jika kaedah itu juga yang dilakukan bermakna pekerja yang diberhentikan tidak mendapat apa-apa,” ujarnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/peruntukan-rm50j-jangan-ada-pihak-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peruntukan Vernakular Ingat Pn Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu

Peruntukan Vernakular Ingat Pn Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 224 hits
Tunduk desakan tak adil kepada sekolah kebangsaan pelajar SMJKC BANGI 21 Rabiulawal 1442H Sabtu Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan untuk tidak mempedulikan desakan ultra kiasu berhubung peruntukan sekolah vernakular Tunduk kepada desaka...
Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu

Shaheizy Sam Mohon Maaf Terlupa Tanggal Vape Pihak Penganjur Luah Rasa Kesal Di Atas Insiden Itu

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 454 hits
Meskipun Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 33 sudah melabuhkan tirai kelmarin namun terdapat beberapa isu yang terus menjadi bualan netizen sehingga ke hari ini Antara daripadanya ialah isu pelakon Shaheizy Sam yang tampil sebagai s...
Belanjawan 2021 Cincai Hanya Untungkan Pihak Tertentu Amk Sabah

Belanjawan 2021 Cincai Hanya Untungkan Pihak Tertentu Amk Sabah

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 221 hits
Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional dianggap cincai dan hanya menguntungkan pihak tertentu kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah Razeef Rakimin Beliau menganggap Belanjawan 2021 tidak benar benar membantu meringa...
Pihak Ingin Tuntut Harta Najib Rosmah Boleh Ke Mahkamah 14 Dis

Pihak Ingin Tuntut Harta Najib Rosmah Boleh Ke Mahkamah 14 Dis

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 207 hits
MALAYSIAKINI Pihak ketiga berkepentingan yang ingin menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ist...
Penutupan Sekolah Di Saat Akhir Menyukarkan Banyak Pihak Maszlee

Penutupan Sekolah Di Saat Akhir Menyukarkan Banyak Pihak Maszlee

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 225 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mendakwa tindakan Kementerian Pendidikan menutup sesi persekolahan di seluruh negara menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak termasuk ibu bapa kerana gagal mengambil kira pelbagai aspek Bekas...
Ada Pihak Tak Senang Kita Selesai Isu Air Kata Mb Selangor

Ada Pihak Tak Senang Kita Selesai Isu Air Kata Mb Selangor

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 240 hits
Menteri besar Amirudin Shari berkata tindakan atau hukuman dalam RUU LUAS 2020 belum boleh diguna pakai bagi menyelesaikan insiden pencemaran bau hari iniSHAH ALAM Menteri besar Amirudin Shari menyifatkan insiden pencemaran bau di Sungai Se...
Shahidan Bela Mp Bintulu Dakwa Hanya Sampaikan Suara Pihak Lain

Shahidan Bela Mp Bintulu Dakwa Hanya Sampaikan Suara Pihak Lain

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 226 hits
110 total views 110 views today Kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini bukanlah kenyataan peribadinya Sebaliknya Pengerusi Majlis ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri