Peruntukan Rm100 Juta Jualan Rahmah Disambut Baik






Peruntukan RM100 juta untuk Jualan Rahmah yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disambut baik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).





Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang melambung ketika ini.





"Bagi memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, program menstabilkan kos sara hidup rakyat telah diberikan tumpuan melalui Konsep Payung Rahmah, di antaranya Kempen Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah.





"RM100 juta yang diperuntukkan bagi tujuan Program Jualan Rahmah akan membolehkan KPDN melaksanakan jualan ini di kesemua 222 kawasan Parlimen, bagi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.





"Melalui program ini, rakyat akan dapat menikmati harga barangan asas sehingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran," katanya dalam kenyataan selepas pengumuman Belanjawan Madani.





Menurut Salahuddin, peruntukan RM225 juta untuk mensubsidi harga barang keperluan asas pula amat bernilai bagi KPDN meneruskan Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming kepada rakyat.





"KPDN akan melaksanakan pengedaran barangan keperluan asas kepada penduduk di 822 kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah. Ini termasuklah 25 kawasan pengedaran baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan.





"Program ini akan memberi manfaat kepada 1.28 juta penduduk luar bandar di 6 negeri tersebut di mana mereka dapat membeli 7 barangan keperluan iaitu tepung gandum kegunaan am, gula putih bertapis kasar, beras putih dan minyak masak sawit tulen paket 1kg/ botol 1liter, Gas Petroleum Cecair (LPG) serta Petrol RON95 dan diesel pada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.





"KPDN komited untuk memastikan subsidi yang diperuntukkan ini akan dinikmati oleh golongan yang layak serta melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelakkan ketirisan subsidi tersebut," katanya lagi.





Dalam kenyataan itu, KPDN turut menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit. Usaha tersebut, katanya, akan dapat melindungi hak-hak pengguna dan perniagaan.

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/peruntukan-rm100-juta-jualan-rahmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cipta Sejarah Album Debut Newjeans Berjaya Capai 1 Juta Jualan

Cipta Sejarah Album Debut Newjeans Berjaya Capai 1 Juta Jualan

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 316 hits
Nampaknya kumpulan NewJeans berjaya meraih kejayaan yang mengagumkan dalam sejarah muzik Korea ARTIKEL BERKAITAN Menurut Carta Bulatan album sulung NewJeans iaitu New Jeans yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2022 telah berjaya mencatatkan jualan ...
Lebih Rm400 Juta Kini Diperlukan Untuk Selenggara Baik Pulih Jalan Di Pahang

Lebih Rm400 Juta Kini Diperlukan Untuk Selenggara Baik Pulih Jalan Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 239 hits
KUANTAN Kerajaan negeri memerlukan peruntukan lebih RM400 juta bagi melakukan kerja kerja menyelenggara dan membaikpulih kira kira 3 000 kilometer jalan Persekutuan di negeri ini tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan ...
Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

Belanjawan 2023 Orang Ramai Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 276 hits
Usaha itu disambut baik penduduk di Batu Gajah Perak yang menyifatkan ia antara usaha meringankan beban rakyat SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro
Cuba Menu Rahmah Burger King Cheesy Beef Dengan Harga Rm5 00 Sahaja

Cuba Menu Rahmah Burger King Cheesy Beef Dengan Harga Rm5 00 Sahaja

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 386 hits
Sehari selepas kerajaan mengumumkan dimana Burger King pun ada menyediakan Menu Rahmah secara rasmi aku pun nak try la menu tersebut adakah betul dengan harga RM5 00 anda boleh dapatkan sebiji burger Burger King ada menyediakan 2 menu untuk...
Menu Rahmah Low Quality Boleh Menyebabkan B40 Terdedah Kepada Kanser Autoimmune Disease Autisme Mp Kapar

Menu Rahmah Low Quality Boleh Menyebabkan B40 Terdedah Kepada Kanser Autoimmune Disease Autisme Mp Kapar

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 200 hits
Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali baru baru ini menyuarakan kebimbangan mengenai mutu hidangan Menu Rahmah yang dijual kepada golongan kurang berkemampuan dikhuatiri bermutu rendah Sebagai doktor perubatan katanya dia berasa bimbang dengan...
Menu Rahmah Dilaksana Di R R Plus Kata Menteri

Menu Rahmah Dilaksana Di R R Plus Kata Menteri

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 190 hits
PROGRAM Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan dilaksanakan di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Plus dalam masa terdekat Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata cadangan pelaksanaan program yang bakal memberi man...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital