Peruntukan Pembangkang Kerajaan Pn Saling Tidak Mempercayai


bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
[email protected]
September 16, 2024 @ 3:32pm
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Sikap saling tidak mempercayai antara Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan isu peruntukan kepada pembangkang masih belum menampakkan jalan penyelesaian.

Pandangan itu disuarakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, yang sebelum ini menggesa pemberian peruntukan yang adil kepada semua wakil rakyat sama ada daripada kerajaan atau pembangkang.

"Masalah ini berlaku kerana tidak terbina jambatan kepercayaan antara kedua-dua pihak.

"Wujud defisit kepercayaan antara PN dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH)," kata Ahli Parlimen PKR itu kepada BH hari ini.

Semalam, PN mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata, keputusan menolak dua draf cadangan MoU yang membabitkan antara kerajaan dengan parti PN dan antara kerajaan dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Beliau mendakwa, cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral dan agama, selain boleh disalah tafsir, salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Mengulas mengenai keputusan PN itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Fadillah Yusof, berkata pembangkang sepatutnya menyatakan secara rasmi kepada kerajaan mengenai perkara yang tidak dipersetujui mereka dalam draf MoU itu beserta cadangan balas.

Bagaimanapun, Fadillah berkata, beliau yang mengetuai rundingan berkenaan hanya mengetahui PN menolak draf itu melalui media dan akan membawa perkara itu ke peringkat Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, beban tanggungjawab untuk melaksanakan reformasi di Parlimen dalam dasar menginstitusikan hak semua ahli Dewan Rakyat yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) untuk mendapat peruntukan sama rata terletak di bahu Kerajaan Perpaduan diterajui PH.

Katanya, janji reformasi itu dinyatakan PH dalam manifestonya pada PRU15.

"Sebagai Ahli Parlimen PKR, saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/peruntukan-pembangkang-kerajaan-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pascabanjir Kedah Kerajaan Umum Peruntukan Rm13 Juta Pm Anwar

Pascabanjir Kedah Kerajaan Umum Peruntukan Rm13 Juta Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 381 hits
ALOR SETAR 21 Sept Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata peruntukan tersebut adalah untuk sumbangan pembersihan serta baik pulih...
Kandungan Mou Ditawarkan Kerajaan Kepada Pembangkang Tak Adil Hadi Awang

Kandungan Mou Ditawarkan Kerajaan Kepada Pembangkang Tak Adil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 251 hits
PAS menolak memorandum persefahaman ditawarkan kerajaan MADANI selepas mendakwa ia tidak mengikut sifat tabii sebenar dalam amalan demokrasi yang mengikut ajaran Islam Mengemukakan alasan penolakan itu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ...
Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 562 hits
bharian com myOleh September 16 2024 5 29pmFadillah YusofKUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang dito...
40 Hari Untuk Pilih Sistem Baru Kakitangan Kerajaan

40 Hari Untuk Pilih Sistem Baru Kakitangan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 230 hits
Ini anda perlu buat kajian sendiri Berapa tahun lagi anda akan bersara Adakah kenaikan pangkat sekarang time based Apakah peluang anda untuk naik Jusa Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt hingga 30 Nov ini untu...
Elak Ketegangan Agama Kerajaan Digesa Selesai Isu Sijil Halal Segera Kosmo 11 09 2024

Elak Ketegangan Agama Kerajaan Digesa Selesai Isu Sijil Halal Segera Kosmo 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin Kerajaan Perpaduan digesa untuk menyelesaikan persengketaan berhubung isu sijil halal yang dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi atau ketegangan terhadap agama dan kaum Presiden Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim J...
Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 363 hits
JERANTUT PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke 16 nanti Demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka tersebut mem...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Anniversary 01 Januari 2026

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Pertama Langkah Baru

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal