Perumahan Forest City Dan Rasuah Di Prn Johor


Pada 2017, sekumpulan ahli akademik dan penganalisis politik negara jiran melakukan kajian lapangan di Johor untuk melihat secara rambang sebarang kemungkinan yang akan berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-14. Penyelidik di ISEAS Singapura itu menerbitkan antara lain dua laporan pemerhatian dengan judul “Beneath The Veneer: The Political Economy of Housing in Iskandar Malaysia, Johor” oleh Keng Khoon Ng dan Guanie Lim; dan “The 2017 Johor Survey: Selected Findings” oleh Terence Chong, Lee Hock Guan, Norshahril Saat, dan Serina Rahman.

Kebanyakan bacaan politik mereka ‘kesasar’, kecuali beberapa perkara yang akan dibincangkan kelak di sini.

Hari ini, iklim politik yang dihadapi oleh rakyat Johor sama sekali berbeza berbanding pada 2017. Dapat dihujahkan, perubahan ekoran pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang kemudian dilengserkan menjadi kerajaan Perikatan Nasional dengan majoriti tipis akan memberikan senario berbeza. Tambahan pula selepas Langkah Sheraton, jurusan politik negara menjadi lebih rumit untuk dibaca lantaran munculnya banyak parti lain seperti Muda, Pejuang, Parti Bangsa Malaysia, dan kemasukan Warisan ke Semenanjung.

Sementara itu PKR bawah teraju Anwar Ibrahim yang keluar dari penjara dan diampunkan, juga tampak kurang ghairah dengan parti-parti koalisi Pakatan Harapan iaitu Amanah dan DAP, malah pada detik tertentu digosipkan memesrai segelintir mereka dari Umno. Selain itu kerjasama atau apa yang dinamai MoU di peringkat persekutuan tambah mengusutkan bacaan-bacaan politik sedia ada. PAS yang berada dalam kerajaan semakin nanar dengan kesempatan memainkan isu agama dan ras melalui cara yang lebih canggih.

Pun, apakah bacaan politik ahli akademik dan penganalisis politik Singapura pada 2017 yang mungkin masih relevan untuk kita lihat kembali, bagi meramalkan hasil Pilihan Raya Johor pada 12 Mac kelak? Saya mengambil keputusan untuk menziarahi kajian mereka tersebut.

Terdapat beberapa isu yang masih menghantui rakyat dan pengundi Johor serta dijangka kekal mencorakkan pola pemikiran mereka apabila pengundi berada di hadapan kotak undi Mac ini.

Pertama, masalah perumahan rakyat Johor yang masih menjadi momok ganas dan pasti mencorakkan cara fikir pengundi. Dalam hal ini, kerajaan PH pada Mei 2018 sempat menghapuskan kuota menegak kerajaan (KMK) bagi pemilikan rumah di negeri itu, sesuai dengan janji dalam manifesto PRU14.

Pada 2017 ketika penyelidik ISEAS melakukan kajian di Johor, Ketua Pembangkang DUN Johor tatkala itu, Gan Peck Cheng menyuarakan bantahan terhadap KMK yang menurutnya sistem kuota perumahan mampu milik untuk BN. Bawah sistem ini, sejumlah rumah mampu milik tertentu diperuntukkan sebagai kuota BN negeri, dan permohonan untuk mendapatkannya memerlukan surat sokongan daripada ADUN parti komponennya.

Pemansuhan kuota politik atau KMK dalam mengagihkan rumah mampu milik yang berharga RM40,000, RM80,000, dan RM150,000 ini dilakukan kerana PH melihatnya sebagai kuota yang tidak telus, ada unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Sebaik kerajaan Barisan Nasional/PN berkuasa, Hasni Mohammad iaitu Menteri Besar Johor mengumumkan dasar KMK ini akan dikembalikan. Hasni menyatakan demikian ketika Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri pada 13 Februari 2022. Hal ini sudah tentu menjadi satu ingatan buat pengundi Johor khususnya di kawasan bandar.

KMK menjadi dasar kontroversial memandangkan ia membenarkan 20% rumah mampu milik disediakan kerajaan negeri diberi kepada parti-parti komponen BN. Pada 2017, dari 119,696 permohonan yang dibuat untuk perumahan mampu milik, dilaporkan di Dewan Undangan Negeri, hanya 8.16% atau 9,773 permohonan yang diluluskan, dan lebih separuh dari jumlah ini iaitu 4,988, daripada skim KMK iaitu melalui BN.

Berkait dengan isu perumahan, pengundi Johor juga menolak BN ketika PRU14 kerana rasa resah dengan polisi zon khas untuk orang asing dan kaya menerusi projek-projek perumahan mewah di Tebrau, Danga Bay, Medini, dan Tanjung Puteri di mana pembeli diberi wewenang dan istimewa besar tanpa mengirakan diskaun harga, kewarganegaraan, dan etnik. BN berhujah kononnya pulangan dari zon antarabangsa ini akan membolehkan orang tempatan dibantu. Hal ini dirakam oleh Keng Khoon Ng dan Guanie Lim dalam “Beneath The Veneer: The Political Economy of Housing in Iskandar Malaysia, Johor” di halaman 15 dan 16:

“In return, such ‘International Zones’ are subjected to higher than usual land assessment rates and property taxes. By attracting and keeping the international population within the zones, the state government claims that it can protect locals from being priced out of the market. Nevertheless, this is a relatively new policy. As such, there is a paucity of details on how the zoning policies actually operate.”

Hakikat sebenar pengundi Johor tidak melihat zon istimewa untuk orang kaya dan asing itu sebagai satu kebanggaan malahan mereka dapat merasai diri merempat di tanah sendiri.

Kedua, kedua-dua penyelidik yang menulis untuk ISEAS, Singapura itu juga menyatakan skandal rasuah yang melibatkan Exco kerajaan Johor ketika itu, ‘mungkin’ turut diberi sorotan penting oleh bakal pengundi sebelum PRU14:

“As recently as June 2017, former state executive councillor Abdul Latif Bandi, his eldest son, and a property consultant were charged with twenty-one counts of money laundering amounting to RM35.78 million in connection to a land scandal in Johor. The case pertains to the conversion of bumiputra lots to non-bumiputra lots in projects at Kota Masai, Tebrau, Kulai, Kempas, Nusajaya, and Johor Bahru, the earliest of which stretched back to just six months after Abdul Latif assumed office. More specifically, Abdul Latif Bandi — the former state Housing and Local Government committee chairman — was charged with thirteen counts of money laundering amounting to RM17.59 million.”

Pada Disember 2021, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya dalam rayuannya untuk melucut hak harta bernilai lebih RM6 juta milik bekas EXCO Johor, Latif Bandi, anak lelaki dan menantunya. Media melaporkan, antara harta terkait ialah 19 buah kereta mewah termasuk Mercedes Benz G63 AMG, Bentley Continental GT Coupe, Land Rover Proversport, Porsche Cayenne, Nissan Skyline, Toyota Vellfire, dan Honda HRV.

Kes melibatkan Latif harus diingat masih belum berakhir kerana pada November 2021, Mahkamah Tinggi Johor mengarahkan beliau untuk membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta, meskipun pada mulanya Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Latif.

Ini bermakna pengundi Johor pasti melihat hal ini sebagai satu petanda yang perlu diberi perhatian di kotak undi. Adakah pengundi Johor akan lupa?

Ketiga, satu lagi isu yang pasti menjadi ulangan kebencian untuk pengundi di kotak undi ialah isu Forest City. Menurut Keng Khoon Ng dan Guanie Lim di halaman 17 laporan mereka itu menjelaskan, rakyat Johor sangat sedar dan kenal pemilik atau pelabur di belakang pemaju Forest City iaitu Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) yang menurut mereka “a collaboration between Chinese capital and Johorean capital”. Mereka dengan terang menyebut siapa “Johorean capital” yang dimaksudkan.

Tambahan pula projek Forest City itu mensasar “the high-end segment, with an average price of RM1,200 per square foot”. Bahkan projek itu juga dilihat bermasalah setelah “Country Garden Group…been forced to suspend the marketing of Forest City in China”.

Ketiga-tiga isu di atas menjadi rungutan besar pengundi Johor di kotak undi pada PRU14. Gelombang marah rakyat Johor telah menyimpangkan satu kajian lain pada 2017 (juga dari ISEAS) yang mengatakan pengundi (konon) berpuas hati dengan konsep Bangsa Johor, selain taat dan sayang kepada pemerintah. Kajian Terence Chong, Lee Hock Guan, Norshahril Saat dan Serina Rahman “The 2017 Johor Survey: Selected Findings” di halaman 24, memutuskan sedemikian:

‘18.8% of Chinese respondents, 19.5% of Indian respondents, and only 6.2% of Malay respondents were unsure as to whether or not the Johor royalty should refrain from business ventures. In sum, the 2017 Johor Survey found that there was strong support for Bangsa Johor across all demographic segments in the state…the respect and popularity of the Johor royal family was confirmed by the positive endorsements from all respondents on the performance of Johor’s royal family; the Johor royal family was considered a good steward of Johor’s resources, Johor Sultan was believed to be looking after the personal interests of the citizens, and should intervene in politics when necessary. On the question about whether the Johor royalty should refrain from business ventures, the support was slightly more than 50%.”

Serina pada tahun yang sama dalam laporan lain, “Johor Survey 2017: Johorean Views on Iskandar Malaysia and Investments in Johor” malahan dengan lebih berani menyatakan 56% orang Johor gembira dengan pembangunan Forest City; “56% of respondents are satisfied with the Forest City development and 57% agree that there are economic benefits from the project”.

Ternyata apa yang berlaku pada PRU14 ialah kebalikan dari dapatan mereka di atas di mana kemarahan pengundi telah menerbalikkan data kajian lapangan mereka.

Hal ini diterjemahkan dalam bentuk memilih kerajaan PH.

Kesilapan dan kecuaian membaca tanda di lapangan ini nampaknya diakui oleh penyelidik-penyelidik di ISEAS dalam buku terbitan badan pemikir itu dengan judul “The Defeat of Barisan Nasional: Missed Signs or Late Surge”, pada 2019. Francis E Hutchinson dalam bab “GE-14 in Johor” memutuskan bahawa; “its seems more likely that it was a steady movement away from BN”. Beliau kemudian menambah pengundi Johor menyembunyikan tanda, dan melakukan kejutan saat akhir.

Bacaan-bacaan salah pada 2017 itu yang akhirnya betul meleset di kotak undi ini pasti menarik untuk direnung kembali di saat PRN Johor berada di simpang.

Apakah kemarahan yang sama masih kekal dan pengundi Johor masih memiliki tenaga untuk mengamuk? Atau kemunculan parti politik yang banyak akan mengelirukan mereka? Atau, ketiadaan pengundi oleh sebab ketakutan terhadap jangkitan Covid-19 dan halangan untuk pulang membuang undi bakal memberikan kemenangan besar kepada BN? Bagaimana pula corak pengundian pengundi muda? Ini semua menjadikan PRN Johor medan misteri yang harus diberi tumpuan oleh para pengkaji sains politik.

Oleh: Faisal Tehrani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/perumahan-forest-city-dan-rasuah-di-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

Cabaran Anwar Pada Prn Johor Anwar Tetap Dihati Penyokong Pkr Dan Rakyat Malaysia Yang Benci Rasuah

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 199 hits
2021 merupakan tahun mendukacitakan buat parti yang diasaskan daripada semangat reformasi apabila gagal dua kali dalam Pilihan Raya Negeri iaitu di Melaka dan Sarawak Parti Keadilan Rakyat yang dahulunya tampak garang serta bertenaga dengan...
Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

Prn Johor Pn Tiada Beza Umno Jika Beri Kerusi Melayu Kepada Gerakan

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 210 hits
Rakyat mesti berani hukum parti ketepi nasib agama bangsaBANGI Bersatu dan PAS perlu mempamerkan jati diri hebat dengan tidak menghadiahkan kawasan majoriti Melayu kepada Gerakan dalam Pilihan Raya Negeri Johor bulan depan Sekiranya perkara...
Profil 7 Lagi Calon Pkr Prn Johor Kita Tutup Khemah Besar

Profil 7 Lagi Calon Pkr Prn Johor Kita Tutup Khemah Besar

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 248 hits
W FAUDZINDia minta khemah besar Kita pun buat khemah besar untuk Muda Kita suruh masuk khemah tapi dia memiilih pulak tak mahu masuk Maka khemah kita tutup dan kita bertanding 20 Kerusi Lepas ni jgn dok ungkit2 dan salahkan Anwar ok Berikut...
Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 185 hits
SEHINGGA 19 FEBRUARIKomponen Pakatan Harapan masih menunggu pengumuman calon calon mereka DAP memberikan DUA KERUSI sementara AMANAH memberi EMPAT KERUSI kepada MUDA Sementara PKR cuba menawarkan TIGA KERUSI tapi tidak disambut oleh MUDA MU...
Prn Johor 45 Pengundi Bawah 30an

Prn Johor 45 Pengundi Bawah 30an

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 155 hits
Pilihan Raya Negeri Johor akan didominasi sokongan pengundi muda Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin anggota dan penyokong parti perlu pastikan mesej KEADILAN sampai kepada pengundi muda untuk membuat per...
Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

Kes Kluster Mahkamah Tetap Sambung Selepas Prn Johor Kata Azalina

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com February 21 2022 9 11 PMProsiding mahkamah bagi kluster mahkamah bersambung walaupun selepas rakyat Johor keluar beramai ramai mengundi pada 12 Mac kata Azalina Othman Said PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina...
Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 185 hits
Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac depan walaupun ketika ini berlaku peningkatan kes Covid 19 Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran