Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain bercakap kepada media berhubung tindakan Anthony Loke buat pusingan U terhadap peraturan e-hailing dan penggunaan cermin gelap di Restoran NZ, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MEI 2019KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) merayu kepada kerajaan dan syarikat teksi agar memberi perlepasan khas kepada ahli pertubuhan itu.Yang Di-Pertuanya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pendapatan ahli GTSM terjejas teruk akibat penularan Covid- 19 di dalam negara.“Pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac yang lalu bukan sahaja merencatkan ekonomi negara, malah turut memberi kesan yang sangat buruk kepada pendapatan kami.“Kami bukan sahaja kehilangan pendapatan 100 peratus, malah di dalam ketiadaan penumpang kami masih diwajibkan menjelaskan sewaan harian sekurang-kurangnya RM50 kepada syarikat teksi,” katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, GTSM turut menzahirkan rasa kesal terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial terhadap (Perkeso) yang mewajibkan ahlinya mencarum yang kononnya demi memberi perlindungan keselamatan sosial sedangkan mereka sering menghadapi kesukaran dalam membuat sesuatu tuntutan.“Malah jawapan Perkeso berhubung isu Covid-19 kepada kami|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |