Pertimbang Beri Beberapa Kerusi Melayu Di P Pinang Kepada Umno Ph Diberitahu


freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu 18 May 2023, 9:30am

Penganalisis berkata, legasi, jenama dan rangkaian akar umbi luas bermakna Umno lebih bersedia memenangi hati pengundi Melayu di Pulau Pinang.
Seorang penganalisis berkata, PH tiada pilihan selain mempercayakan Umno dengan kerusi Melayu di Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) perlu mempertimbangkan untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang kepada Umno pada PRN akan datang, kata dua penganalisis politik.

Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, PH bukan saja perlu mempertimbangkan untuk Umno bertanding di kerusi disandang Bersatu – seperti Sungai Acheh, Telok Bahang dan Bertam – tetapi juga perlu melakukan perkara sama untuk kerusi disandangnya sekarang seperti Sungai Bakap dan Pulau Betong.

PH dan Umno kemudiannya perlu mengumpul sumber bagi mempertahankan kerusi itu kerana ia akan menjadi lebih sukar bagi penyandang dua gabungan itu mempertahankan kerusi mereka akibat fenomena “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).

“Saya nampak gelombang hijau akan berterusan (dalam PRN akan datang). Kesan gelombang hijau akan ada kerana saya tidak nampak ia hilang atau reda,” kata Azmil kepada FMT.

“PH tiada pilihan selain percayakan Umno dengan kerusi Melayu (di Pulau Pinang). Apa pun Umno ada legasi, jenama dan rangkaian akar umbi luas menjangkau setiap bahagian di Tanah Melayu. Perkara sama tidak ada pada Amanah, parti komponen PH di kawasan majoriti Melayu.”

“Gelombang hijau” merujuk sokongan tidak dijangka yang diperolehi PN pada PRU15, apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 kerusi dan Bersatu 31 kerusi.

Seorang lagi penganalisis dari USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, berkata Umno perlu bersaing dengan PN di kerusi dikuasai Melayu kerana PH “mungkin disingkirkan”, memetik kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada PN pada PRU15.

Beliau berkata, ia tindakan sportif bagi PH menyerahkan beberapa kerusi kepada Umno kerana PH dan Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding pada PRN sebagai satu blok.

Fauzi mencadangkan kerusi yang sebelum ini disandang Bersatu seperti Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang diserahkan kepada Umno untuk ditandingi.

“Malah, Seberang Jaya, yang merupakan kerusi campuran majoriti Melayu, perlu dibuka untuk rundingan antara PH dan Umno,” katanya.

Kedua-dua penganalisis itu mengulas kenyataan Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Sabtu lalu bahawa tuntutan bertindih BN dan PH berhubung rundingan di 15 kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang akan diselesaikan tidak lama lagi.

Ketua menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata, PH akan bertanding di kerusi dimenanginya pada PRN sebelum ini kerana tiada penyandang sanggup melepaskan kerusi mereka.

PH Pulau PInang kini mempunyai 33 kerusi, manakala Umno dua kerusi, iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua.

Baki empat kerusi – Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang – dikosongkan pada Mac lalu selepas wakil Bersatu dipecat di bawah undang-undang antilompat parti negeri.

Tangani potensi tidak puas hati akar umbi PH

Ditanya bagaimana PH harus meredakan rasa tidak puas hati ahli akar umbi yang bekerja di kawasan berkenaan, Azmil mencadangkan pemimpin PH menunjukkan senario tidak diingini sekiranya PN yang memenangi kerusi Melayu itu.

“PH boleh tanya penyokong mereka: Adakah anda lebih suka PN atau PAS (menguasai kerusi ini) atau anda mahu Umno?

“Saya rasa penyokong PH mungkin memilih Umno. Jadi, jika anda letaknya dalam konteks itu, saya fikir ia akan membuatkan orang ramai (akar umbi PH) sedar sekurang-kurangnya buat masa ini, (mereka) perlu beri tumpuan kepada ancaman ‘gelombang hijau’ dan mereka perlu bekerjasama (dengan Umno).”

Fauzi pula mencadangkan pemimpin PH berunding dengan Umno bagi mendapatkan kerusi dari negeri lain yang akan mengadakan PRN, seperti Negeri Sembilan, sebagai pertukaran untuk kerusi yang mereka serahkan di Pulau Pinang.

“Saya tahu PH akan rasa tidak puas hati mengenai peruntukan kerusi itu, tetapi ia norma dalam demokrasi, terutamanya dalam kerajaan campuran. Kita harus ingat PH jadi rakan kongsi utama dalam kerajaan perpaduan melalui sokongan Umno juga.”

Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dikuasai PH serta Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS – akan mengadakan PRN tahun ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/pertimbang-beri-beberapa-kerusi-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Ahli Undi Parti Lain Semasa Prn Adakah Umno Dapat Kerusi Paling Sedikit

Minta Ahli Undi Parti Lain Semasa Prn Adakah Umno Dapat Kerusi Paling Sedikit

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 194 hits
agendaily com20 05 2023Adakah ahli UMNO sanggup mengundi DAP pada PRN nanti Datuk Seri Ahmad Maslan meminta ahli ahli UMNO semalam supaya mengundi mana mana parti lain dalam kerajaan campuran pada Pilihan Raya Negeri ia termasuk calon DAP s...
Umno Bn Selangor Dapat Hanya Lima Kerusi Bertanding Dalam Prn

Umno Bn Selangor Dapat Hanya Lima Kerusi Bertanding Dalam Prn

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 277 hits
agendaily com09 05 2023Rundingan kerusi UMNO BN di Selangor Spekulasi tercetus selepas beberapa akar umbi UMNO Barisan Nasional menerima laporan kononnya hanya mendapat lima kerusi untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Selangor ...
Dasar Dap Bercanggah Dengan Umno Konvensyen Dewan Merdeka Tidak Menguntungkan Orang Melayu

Dasar Dap Bercanggah Dengan Umno Konvensyen Dewan Merdeka Tidak Menguntungkan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 248 hits
mykmu net17 05 2023ALOR SETAR Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan didakwa tidak banyak membawa keuntungan politik kepada orang Melayu dan UMNO walaupun diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang dianggap rumah keramat parti itu B...
Umno Masih Mampu Satukan Umat Melayu Islam

Umno Masih Mampu Satukan Umat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 307 hits
ismaweb net12 05 2023Agenda lemahkan bangsa dengan konsep pecah perintah tak pernah pudarBANGI 20 Syawal 1444H Khamis Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan sama ada UMNO masih mampu menggalas peranannya menya...
Umno K Tan Debek Benar Annuar Kalau Anak Sendiri Tak Ikut Masuk Pas

Umno K Tan Debek Benar Annuar Kalau Anak Sendiri Tak Ikut Masuk Pas

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 199 hits
MalaysiakiniBekas setiausaha agung Umno Annuar Musa disindir susulan langkah politik terbarunya memohon untuk menyertai PAS Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman berkata Annuar perlu mengajak anaknya yang juga Ketua Pemuda Umno Keter...
Umno Akui Sukar Untuk Pujuk Ahli Terima Dap Kata Zahid

Umno Akui Sukar Untuk Pujuk Ahli Terima Dap Kata Zahid

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 213 hits
freemalaysiatoday com 20 May 2023Presiden Umno berkata pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara Umno dan DAP Ahmad Zahid Hamidi berkata perspektif negatif dan ...
Get Your Son To Quit Umno First Annuar Told

Get Your Son To Quit Umno First Annuar Told

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 203 hits
Former Ketereh Umno chief Annuar Musa who has joined PAS has been challenged to convince his son Afiq Amani to also leave Umno PETALING JAYA Annuar Musa has been challenged to convince his son to leave the party and join PAS after Annuar ha...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari