Minta Ahli Undi Parti Lain Semasa Prn Adakah Umno Dapat Kerusi Paling Sedikit
agendaily.com20/05/2023
Adakah ahli UMNO sanggup mengundi DAP pada PRN nanti?
Datuk Seri Ahmad Maslan meminta ahli-ahli UMNO semalam supaya mengundi mana-mana parti lain dalam kerajaan campuran pada Pilihan Raya Negeri (PRN), ia termasuk calon DAP sekalipun.
Kenyataan Ahmad atau dikenali sebagai Mat Maslan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu secara tak langsung menimbulkan persoalan adakah UMNO mendapat kerusi paling sedikit untuk bertanding pada PRN nanti?
Untuk rekod, pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH)-UMNO sehingga hari ini masih belum dimuktamadkan walaupun beberapa kali memberitahu ia sudah masuk ke peringkat akhir.
Namun, setakat ini masih belum ada pengumuman berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi UMNO dalam enam PRN.
Bagaimanapun, beberapa sumber dalaman parti memberitahu berkemungkinan UMNO-Barisan Nasional (BN) bakal menerima jumlah kerusi paling sedikit untuk bertanding di beberapa negeri selain Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Di tiga negeri yang diperintah PAS-Perikatan Nasional (PN), sumber memberitahu berkemungkinan UMNO-BN mendapat banyak kerusi untuk mereka bertanding tetapi jumlah kerusi di tiga negeri lain mungkin berbeza dan sedikit sahaja diberikan.
Menurut sumber, UMNO-BN dijangka diberikan hanya lima kerusi untuk mereka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor walaupun meminta sebanyak 22 kerusi.
Senario sama juga berlaku di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, ia memandangkan kerusi disandang kebanyakan dimenangi oleh PH semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Malah, PH juga sudah mengumumkan formula pembahagian kerusi PRN adalah dengan penyandang akan mengekalkan kerusi yang mereka tandingi sebelum ini, ia bermakna tiada kerusi yang akan diserahkan kepada UMNO.
Berdasarkan formula pembahagian kerusi tersebut, ia semakin jelas UMNO-BN bakal diberikan kerusi yang paling kecil berbanding parti lain dalam PH.
Lagipun, UMNO hanya dianggap penumpang dalam kerajaan PH sekarang kerana kerusi Parlimen yang mereka menangi pada PRU-15 lalu tidak banyak jika dibandingkan dengan parti-parti lain dalam kerajaan campuran.
Lantaran itu, spekulasi timbul berhubung jumlah kerusi yang UMNO-BN akan terima pada PRN yang dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya Julai ini.
Kenyataan Mat Maslan yang meminta supaya ahli-ahli parti mengundi parti lain dalam kerajaan campuran dilihat memberi isyarat UMNO mungkin terpaksa mengaku kalah dan memberi laluan kepada parti-parti lain bertanding lebih banyak kerusi pada PRN nanti.
Namun, adakah ahli-ahli UMNO bersedia mengikut nasihat Mat Maslan untuk mengundi parti lain dalam kerajaan campuran pada PRN nanti, khususnya DAP yang selama ini dianggap musuh tradisi.
Tinjauan di lapangan mendapati majoriti akar umbi UMNO sudah kecewa dan dilihat tidak berpuas hati dengan pemimpin atasan kerana dilihat gagal mempertahankan kepentingan orang Melayu dan juga Islam.
Pelbagai isu dan insiden yang dilihat tidak sensitif kepada orang Melayu dan agama Islam juga menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin bertambah kecewa kebelakangan ini.
Adakah ahli-ahli UMNO sekali lagi sedia diperbodohkan dengan mengikut nasihat mengundi parti lain dalam PRN nanti, adakah mereka sedia memangkah calon DAP nanti
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/minta-ahli-undi-parti-lain-semasa-prn.html