Pertemuan Dengan Junta Myanmar Dilakukan Dengan Mandat Asean Pm Anwa


 



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24
KUALA LUMPUR, 8 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pertemuannya dengan pemimpin junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing di Bangkok pada 18 April lalu dan menegaskan ia diadakan berdasarkan mandat ASEAN.
Anwar berkata pertemuan pertama seumpama itu oleh Pengerusi ASEAN sejak rampasan kuasa pada 2021 diadakan bagi mencapai gencatan senjata dan membolehkan bantuan kemanusiaan pasca gempa bumi diberikan susulan gempa bumi dahsyat pada 28 Mac di Myanmar.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama semua pemimpin ASEAN dan tiada siapa yang membantah.




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24“Saya hadir dengan mandat itu. Pertama, gencatan senjata. Ya, mungkin ada satu dua insiden kecil, tetapi kemudian ia telah dipersetujui.
“Kedua, bantuan kemanusiaan, telus, tanpa diskriminasi. Kita ada hospital medan daripada pihak tentera, daripada Malaysia untuk berkhidmat kepada semua dari semua wilayah (di Myanmar),” katanya dalam wawancara bersama France 24 yang disiarkan di platform digital rangkaian semalam.
Perdana Menteri bertemu Hlaing yang juga Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar di Bangkok pada 18 April semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Thailand.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24Anwar menyifatkan pendekatan itu sebagai anjakan strategik daripada dasar ASEAN sebelum ini yang tiada libat urus secara langsung, yang terbukti tidak berhasil.
“Tetapi sekurang-kurangnya kini, selama sebulan, telah wujud gencatan senjata. Ya, ada aduan mengenai satu dua insiden, tetapi tiada lagi pengeboman dan kemusnahan berterusan,” katanya.
Mengenai isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan, Anwar berkata Malaysia mengambil pendekatan konsisten dan seimbang memandangkan negara mempunyai sempadan maritim dengan banyak negara jiran.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara berasingan dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Kita mempunyai isu sempadan dengan semua jiran kita, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam. Tetapi kita tidak pergi berperang,” katanya.
Anwar menegaskan bahawa Malaysia menyokong pendirian kolektif ASEAN dalam menggesa China dan semua pihak terlibat supaya bersetuju dengan Kod Tatakelakuan (COC).
“Selama 20 tahun, perkara ini tidak berlaku. Tetapi China telah memberi maklum balas di Jakarta tahun lepas. Mereka kata ya, mereka akan melihat perkara ini dan mereka menyokong,” katanya sambil menambah usaha akan diteruskan.
Apabila ditanya mengenai kemungkinan tercetus perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung Taiwan, Anwar berkata beliau tidak terlalu bimbang dengan risiko konflik ketenteraan dan yakin kedua-dua pihak akan mengelak peperangan.




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Tidak, saya tidak begitu pesimis kerana saya percaya kedua-dua pemimpin mahu mengelak peperangan. Apapun pandangan anda mengenai Presiden Donald Trump, beliau mewakili pendirian seorang Presiden AS yang tidak mahu peperangan.
Anwar turut menekankan pendirian China berdasarkan pertemuan beliau dengan Presiden Xi Jinping, dengan mengatakan pemimpin China itu bertegas untuk mengelak sebarang tindakan ganas atau serangan terhadap mana-mana negara. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pertemuan-dengan-junta-myanmar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rubio To Attend Asean Meeting In First Asia Trip

Rubio To Attend Asean Meeting In First Asia Trip

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 287 hits
The US secretary of state will attend the meeting in Kuala Lumpur as countries await the next step on tariffs The trip will see Marco Rubio focus on US policy in Asia after months of concentration on the wars in Ukraine and the Middle East ...
Lencongan Jalan Sempena Mesyuarat Menteri Menteri Luar Asean 2025

Lencongan Jalan Sempena Mesyuarat Menteri Menteri Luar Asean 2025

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 316 hits
Sempena penganjuran Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN 2025 yang akan berlangsung pada 25 Mei 2025 di Kuala Lumpur beberapa lencongan dan penutupan jalan sementara akan dilaksanakan di sekitar ibu negara bagi memastikan kelancaran perjala...
Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 371 hits
Pada 30 Jun 2025 di Singapore Rail Test Centre Tren pertama untuk projek RTS Link Johor Bahru Singapura telah tiba secara rasmi Sistem transit aliran ringan rentas sempadan ini bakal menghubungkan Bukit Chagar Johor Bahru Malaysia dengan Wo...
Malaysia Leads Call For Asean To Admit Timor Leste

Malaysia Leads Call For Asean To Admit Timor Leste

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 271 hits
BERNAMA PICMalaysia leads call for Asean to admit Timor LesteIylia Marsya Iskandar Nor Ain Mohamed Radhi Qistina SallehuddinKUALA LUMPUR Malaysia as Asean chairman has asked all member states to support Timor Leste s accession into the bloc...
Dalam Tempoh 31 Bulan Sahaja Sudah 47 Kali Lawatan Luar Negara Di Mana Kerjasama Asean

Dalam Tempoh 31 Bulan Sahaja Sudah 47 Kali Lawatan Luar Negara Di Mana Kerjasama Asean

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 322 hits
Dalam tempoh 31 bulan sahaja sudah 47 kali lawatan luar negara Tak lama nanti ASEAN buat persidangan lagi di Kuala Lumpur Sekali lagi lalulintas dan jalanraya akan tergendala https www thestar com my news nation 2025 07 04 road closures in ...
Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 1066 hits
The prime minister tells a BRICS forum it s still a long way to go on de dollarisation but at least we re trying Prime Minister Anwar Ibrahim speaking at a BRICS forum in Rio de Janeiro Brazil today KUALA LUMPUR Asean has increased the use ...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Mendaki Rawang Bypass

Marjeena Cafe Parit Buntar

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Unreciprocated Handshake Between Pm Anwar With Thai Girls Draw Scrutiny Pr Disaster Or Just A Small Issue