Pertembungan Dijangka Dalam Umno





Ada kemungkinan Ismail Sabri Yaakob akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden Umno.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik membuat spekulasi bahawa akan berlaku pertembungan dalam Umno, dengan berkata, ini ditunjukkan dengan keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura percaya mungkin akan terjadi perebutan bagi jawatan Presiden Umno, dan Ismail terdesak untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

Katanya, keputusan untuk memberi peruntukan sama rata menunjukkan “ada sesuatu bakal terjadi” dalam pentadbiran Ismail dan “pertembungan” bakal tercetus dalam Umno.

Peruntukan sama rata, tambahnya, hanya akan bertahan selama Ismail berasa sokongan baginya cukup, terutamanya daripada partinya sendiri.
Oh Ei Sun.Oh berkata, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Perdana Menteri mempunyai kelebihan berbanding Presiden Umno sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, jika bertanding untuk jawatan tertinggi parti itu.

Ismail adalah Perdana Menteri pertama daripada Umno yang bukan presiden parti. Ahli Parlimen Bera itu adalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden Umno.

Zahid menjadi Presiden Umno pertama yang terkecuali daripada pentadbiran, walaupun parti itu adalah sebahagian daripada pentadbiran bawah Muhyiddin Yassin. Dalam kerajaan terbaru bawah pimpinan Ismail, beliau masih terkecuali.

Pentadbiran Muhyiddin jatuh setelah beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen ekoran keputusan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang diketuai oleh Zahid untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri. Mereka kemudian menyokong Ismail sebagai Perdana Menteri.

Ismail telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan. Tony Pua daripada DAP berkata, ini mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, membolehkannya menangkis ancaman atau tuntutan daripada Zahid dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mastura Mohd Yazid mengumumkan, Ismail bersetuju untuk memberikan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang, untuk baki tahun ini.

Seorang penganalisis lain, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, berkata kerajaan semasa nampaknya sedar bahawa mereka memegang kuasa bukan hasil daripada pilihan raya, tetapi hasil tindakan melompat parti.

Maka, tidak adil untuk menafikan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas
Awang Azman Pawi.“Ini adalah langkah positif untuk meredakan rungutan mengenai kerajaan ‘pintu belakang’, satu kecaman yang menghantui kerajaan Muhyiddin dan tidak dapat dibalasnya dengan berkesan,” katanya.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, peruntukan sama rata akan memastikan tiada lagi yang melompat parti atas dasar memerlukan lebih dana bagi pengundi, alasan yang diberi Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang apabila meninggalkan blok PH.

Beliau berkata, langkah seterusnya bagi Ismail adalah menjadikan ini sebagai dasar tetap kerajaan.

“Ini adalah langkah terbaik untuk lanskap politik negara dan merupakan satu bentuk keadilan sosial untuk semua pihak, seperti yang dipersetujui bawah MoU,” katanya kepada FMT
freemalaysiatoday.com
Nicholas Chung
-September 25, 2021 9:30 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/pertembungan-dijangka-dalam-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

Shah Alam Umno S Wan Indra Putra Dies Of Heart Complications

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 271 hits
Wan Indra Putra Ahmad is survived by his wife Hawa Omar 63 and daughter Wan Natasha Farhana 17 SHAH ALAM Shah Alam Umno division vice chief Wan Indra Putra Ahmad died at his home near here at about 5 30am today due to heart complications he...
Umno Mps Who Left The Party Are Cowards Who Are Scared Of Going To Jail Says Zahid

Umno Mps Who Left The Party Are Cowards Who Are Scared Of Going To Jail Says Zahid

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 287 hits
Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi has slammed the coalition s deserters describing them as undignified cowards who care only about power and money Speaking at Parti Makkal Sakti Malaysia s annual general meeting Zahid said the de...
Ahli Mt Umno Nasihat Mat Maslan Tarik Diri

Ahli Mt Umno Nasihat Mat Maslan Tarik Diri

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 244 hits
Ahmad Maslan wajar tarik diri dan batal hasrat tanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti Katanya Perdana Menteri yang cadang nama Ahmad Maslan Tetapi MP PPBM mungkin kekal tidak sokong Pengundian minggu lalu tangguh kerana s...
Umno Calon Tapi Bersatu Tolak Dan Kempen Kah Kah

Umno Calon Tapi Bersatu Tolak Dan Kempen Kah Kah

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 247 hits
Panas Tajuddin akhirnya dedah rahsia di sebalik pencalonan Ahmad Maslan sebagai timbalan speakerSeptember 20 2021 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan beberapa ahli Parlimen parti itu disenaraikan se...
Umno Perlukan Adakan Pemilihan Jawatan Sebelum Julai 2022 Peguam

Umno Perlukan Adakan Pemilihan Jawatan Sebelum Julai 2022 Peguam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 237 hits
PUTRAJAYA Pengamal undang undang Datuk Adnan Seman menggesa parti UMNO mengadakan pemilihan jawatan peringkat cawangan bahagian dan pusat sebelum Julai 2022 Memetik laporan Utusan Online ianya juga sebagai menghormati Memorandum Persefahama...
Jangan Dengar Lagi Suara Orang Yang Sudah Pencen Dia Melalut Kerana Tiada Lagi Pengaruh Dalam Umno

Jangan Dengar Lagi Suara Orang Yang Sudah Pencen Dia Melalut Kerana Tiada Lagi Pengaruh Dalam Umno

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 179 hits
Nazri cakap tak serupa bikin serang Dap tapi boleh setuju MoU Kerajaan PHSeptember 20 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui sukar untuknya bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan Beliau berkata ti...
Panas Pemimpin Umno Dedah Muhyiddin Bagi Arahan Mp Bersatu Tolak Pencalonan Mat Maslan

Panas Pemimpin Umno Dedah Muhyiddin Bagi Arahan Mp Bersatu Tolak Pencalonan Mat Maslan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 253 hits
September 19 2021 KEPUTUSAN Bersatu menolak pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bertujuan untuk membalas dendam terhadap kluster mahkamah Pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan itu berkata ke...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada