Pertembungan Analisa Sektor Pembuatan Malaysia Merudum


Negara tidak perlu panik berhubung dapatan satu kajian Nikkei bahawa sektor pembuatan Malaysia merosot ke tahap paling rendah sejak 2012, kata seorang pakar ekonomi.

Dr Yeah Kim Leng dari Sekolah Perniagaan Universiti Sunway berkata, output sebenar sektor pembuatan Malaysia yang diukur berdasarkan indeks pengeluaran perindustrian Jabatan Statistik (IPI) adalah berlawanan sama sekali dengan angka Nikkei bagi bulan-bulan sebelum kajian tersebut.

Indeks Pengurus Pembelian Nikkei (PMI) jatuh kepada 46.8 mata pada Disember daripada 48.2 bulan sebelumnya.

“Angka IPI mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 4.9% bagi 10 bulan pertama 2018. Pencapaian output pembuatan bulanan adalah positif dari Januari ke Oktober 2018, dengan catatan angka terendah sebanyak 4.1%,” katanya.
Yeah berkata, pencapaian sebenar itu mencadangkan angka PMI mungkin tidak tepat.

“Walaupun faktor permintaan eksternal dan domestik tampak merosot sedikit, angka pertumbuhan output terus positif dalam keadaan IPI berkemungkinan kelihatan lebih perlahan dalam 2 bulan terakhir 2018.”

Yeah berkata, ini hanya bermakna kadar pertumbuhan kukuh yang dinikmati Malaysia mula perlahan, tetapi ia bukanlah sebab untuk panik.

“Sektor pembuatan yang perlahan tidak bermakna kita sedang menuju kemelesetan ekonomi, kebangkrapan berskala besar, pembuangan pekerja atau seumpamanya. Ekonomi akan terus berkembang, tetapi pada kadar yang lebih perlahan.”
Kata beliau, kemerosotan dalam pembuatan kemungkinan besar disebabkan kejatuhan permintaan eksport susulan perang perdagangan Amerika Syarikat-China dan sentimen domestik lebih perlahan kerana pengguna dan pelabur bersikap lebih berhati-hati.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai berkata, angka PMI tidak harus dilihat secara terpencil, malah lebih penting angka IPI menunjukkan kadar pertumbuhan masing-masing sebanyak 4.8% dan 5.4% pada September dan Oktober, sementara nilai jualan sektor pembuatan bertambah sebanyak 8.2% dan 10.2% dalam tempoh yang sama.

“Pemerhatian awal ke atas Kajian Keadaan Perniagaan FMM-MIER yang sedang berjalan untuk tempoh setengah tahun kedua 2018 menunjukkan keadaan perniagaan yang umumnya stabil,” katanya.
Bagaimanapun katanya, FMM mengalu-alukan “peringatan” daripada PMI berhubung sentimen dalam kalangan pengurus pembelian.

Kata beliau, berdasarkan pengalaman, Disember merupakan bulan lebih lemah kerana musim perayaan yang menyaksikan kebanyakan pesanan, terutama eksport, dipenuhi lebih awal sebelum sambutan Krismas.

Seperti Yeah, Soh berkata, sektor pembuatan akan terus menerima kesan perang perdagangan AS-China kerana hampir 50% eksport Malaysia digunakan dalam produk akhir China yang dieksport ke AS.

Beliau berkata, ini bermakna kira-kira 12% daripada jumlah eksport negara menerima kesan langsung tariff yang dikenakan AS ke atas produk China.

Soh menambah, laporan ekonomi adalah penting bagi membantu perniagaan meningkatkan kewaspadaan mereka terhadap perkembangan yang berlaku dalam pasaran, memperhalus strategi untuk meminimumkan risiko dan meneroka peluang baru.

“Statistik rasmi yang diterbitkan lebih awal paling membantu, sekurang-kurangnya sehingga November, dalam menyediakan penelitian lebih terperinci mengenai pencapaian sektor pembuatan.”

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/pertembungan-analisa-sektor-pembuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indeks Sektor Pembuatan Paling Rendah Dalam Sejarah Ini Maksud Guan Eng

Indeks Sektor Pembuatan Paling Rendah Dalam Sejarah Ini Maksud Guan Eng

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 408 hits
Adakah indeks sektor pembuatan paling rendah dalam sejarah ini adalah antara tanda tanda baik untuk ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng Pagi ini media melaporkan indeks sektor pembuatan Malaysia merekodkan tahap paling lemah di dalam sej...
Sampah Malaysia Himpunan Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Bantah Icerd 812

Sampah Malaysia Himpunan Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Bantah Icerd 812

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1054 hits
Ketibaan 2019 dicemari timbunan sampah sarap yang ditinggalkan warga tempatan dan pelancong yang hadir untuk memeriahkan sambutan tahun baru Gambar atas adalah salah satu lokasi di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat berkumpul warga d...
A New Malaysia In Distress

A New Malaysia In Distress

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 213 hits
Rafizi Ramli put it best when he said many Malay voters especially those in rural areas voted for Pakatan because they felt Pakatan could better handle Malaysia s perennial cost of living problem Ivanpal Singh Grewa The Star While Pakatan H...
Guan Eng Says It Will Take Three Years To Mend Malaysia And Blames The Previous Govt

Guan Eng Says It Will Take Three Years To Mend Malaysia And Blames The Previous Govt

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 307 hits
It would take at least three more years before Malaysia s fiscal health can be restored following years of endemic corruption RM1 trillion worth of accumulative debt and failed policies Finance Minister Lim Guan Eng has said In a new year s...
Bani Israel Dan Malaysia 2019

Bani Israel Dan Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 339 hits
ULASAN Wajar kiranya kita memulakan langkah menuju 2019 dengan berhenti seketika dan mengambil masa untuk beralih pandang ke belakang Seperti memandu kereta ada baiknya jika kerap menjengah cermin pandang belakang mana tahu ada kereta lain ...
4753 Tamak Punca Harga Naik Utusan Malaysia 28 12 18

4753 Tamak Punca Harga Naik Utusan Malaysia 28 12 18

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 27 Dis Kerajaan digesa membentuk satu polisi baharu berkenaan penetapan harga rumah di pasaran agar tidak terus membebankan rakyat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mendakwa harga rumah ketika i...
Pendapat Kalau Pas Perintah Malaysia

Pendapat Kalau Pas Perintah Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 297 hits
OLEH MOHSIN ABDULLAHImbas kisah lama masa saya kerja dengan Harakah dulu Dua kali sebenarnya Kali pertama bantu wujudkan Harakah Web TV Lepas itu Harakah English Bertugas di situ membuka peluang bertemu pemimpin dan ahli PAS Ramailah juga D...
Orang Malaysia Memang Kelakar

Orang Malaysia Memang Kelakar

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 268 hits
Baru baru ini seorang individu memuat naik gambar sebuah kereta Perodua Axia berwarna hijau diletakkan di pakir Green Vehicle dengan cuba menunjukkan bahawa pemilik kenderaan itu kurang cerdik Orang Malaysia memang kelakar demikian kapsyen ...
Guan Eng Sees Long Road Before Malaysia S Finances Are Back To Health

Guan Eng Sees Long Road Before Malaysia S Finances Are Back To Health

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 269 hits
The government will need three more years before it can undo the devastation wrought on the country s finances by the previous administration s scandals and corruption said Lim Guan Eng In a new year message in his capacity as the DAP secre...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall