Pendapat Kalau Pas Perintah Malaysia


OLEH | MOHSIN ABDULLAH


Imbas kisah lama masa saya kerja dengan Harakah dulu. Dua kali sebenarnya. Kali pertama bantu wujudkan Harakah Web TV. Lepas itu Harakah English. Bertugas di situ membuka peluang bertemu pemimpin dan ahli PAS. Ramailah juga.

Dan kesempatan itu kerap saya gunakan untuk bertanya kepada mereka apa sebenarnya Negara Islam yang PAS uar-uarkan. Jawapan yang saya peroleh samar-samar. Ramai yang bercakap mengenai konsep. Konsep negara berkebajikan, Islam untuk semua, macam-macam lagi, tapi tak ada yang jelas.

Maksudnya tidak ada yang beri gambaran jelas selain berkata PAS akan berlaku adil kepada semua bangsa dan agama. Dan PAS akan tadbir berdasarkan ajaran Islam dan berpandukan al-Quran. Namun rupa bentuk Negara Islam yang akan diwujudkan PAS tidak dihuraikan, tidak dilakar dengan jelas.

Ketika saya mengajukan pertanyaan, apa yang saya jangkakan ialah PAS mengemukakan contoh. Kalau tunjuk negara contoh lagi baik. Kesimpulan jawapan yang diterima, bagi saya, cuma “superficial”.

Pun begitu saya terus bertanya dan saya terus dapat jawapan yang sama. Lama kelamaan saya berhenti bertanya.

Bagaimanapun 27 Julai lalu pertanyaan saya dijawab. Lebih tepat lagi terjawab. Jawapan diberikan oleh pemimpin Pemuda PAS Fadhli Shaari ketika beliau bercakap pada satu forum di Shah Alam, bukanlah kepada saya secara langsung.

Fadhli berkata jika PAS menawan Putrajaya (maknanya memerintah Malaysia) ia akan menggunakan Kelantan sebagai rujukan mengurus perundangan khususnya yang membabitkan pentadbiran golongan minoriti dan aspek hiburan.

Bagi beliau Kelantan telah “berjaya mengimbangi undang undang syariah dan keperluan budaya golongan bukan Islam”.Fadhli mengakui mentadbir sesebuah negeri berbeza dengan mentadbir negara tetapi “kami akan guna Kelantan sebagai rujukan dan seterusnya ambil langkah demi langkah”.

Dalam erti kata lain kalau mahu bayangkan bagaimana rupa bentuk Malaysia bawah pemerintahan PAS, tengok sahaja Kelantan.

Apa yang ada di Kelantan sekarang akan diadakan untuk Malaysia. Begitu jika ikut kata kata Fadhli.

Saya tidak akan sentuh mengenai dasar dan keberkesanan kerajaan Kelantan dalam mengurus tadbir negeri atau bincang sama ada ia kerajaan yang cekap dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Itu semua memerlukan kajian terperinci dan mendalam.

Jadi yang dihuraikan di sini secara rambang ialah apa yang boleh dilihat dengan mata kasar, rupa bentuk fizikal.

Bagus atau tidak? Terpulang

Golongan minoriti iaitu orang bukan Islam dibenarkan buka restoran dan menyediakan makanan kegemaran mereka dan dibolehkan menjual arak. Restoran mereka bagaimanapun beroperasi di kawasan tertentu.

Tidak ada kedai judi berlesen.

Umat Islam diwajibkan mematuhi undang undang syariah.

Lelaki tidak boleh berseluar pendek walau pun ketika bersukan. Wanita wajib berhijab. Semua mesti tutup aurat.


Tidak ada konsert hiburan artis dalam atau luar negara selain persembahan nasyid dan yang berunsur keagamaan.

Tidak ada panggung wayang. Juga tidak ada hiburan yang dilihat sebagai ‘melalaikan’ termasuk karaoke, kelab malam.

Di kedai dan pasar raya ada kaunter khas buat lelaki dan wanita. Namun ada kawan saya memberitahu kaunter seperti itu “ macam tidak berfungsi lagi” di tempat dia tinggal di Tanah Merah. Waullahualam.

Saya sudah lama tidak ke Kelantan . Apa yang dihurai berdasarkan laporan media dan apa yang dimaklumkan oleh kawan kawan saya orang Kelantan.

Berdasarkan hujah Fadhli, bolehlah disimpulkan itu semua akan dilaksanakan di negara ini jika PAS memerintah Malaysia.

Adakah itu bagus atau tidak? Terpulang. Ada yang suka itu semua dan ada yang tidak suka. Di kalangan umat Islam sendiri itu perkara biasa. Walau apa pun rancangan atau perkara tentu ada yang setuju ada yang tidak.

Persoalannya ialah bilangan golongan mana yang ramai. Yang suka lebih ramai atau yang tak suka lebih ramai?

MOHSIN ABDULLAH
 ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Blog Sensasi

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2019/01/pendapat-kalau-pas-perintah-malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor 10 Lite Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 9 Januari Ini

Honor 10 Lite Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 9 Januari Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 294 hits
Syarikat pengeluar telefon pintar China Honor hari ini mengesahkan bahawa model terbaru mereka Honor 10 Lite akan mula dipasarkan di Malaysia pada 9 Januari ini Ia akan ditawarkan di laman Lazada dan HiHonor sehari selepas pelancaran rasmin...
Rangka Komputer Cooler Master H500 Kini Di Pasaran Malaysia Rangka Dengan Ciri Modular Tidak Rumit

Rangka Komputer Cooler Master H500 Kini Di Pasaran Malaysia Rangka Dengan Ciri Modular Tidak Rumit

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 262 hits
Rangka komputer modular nampaknya semakin popular kebelakangan ini dengan pembina komputer ramai inginkan sesuatu yang boleh diubahsuai untuk membina sebuah komputer yang unik Cooler Master baru baru ini membawa masuk rangka komputer modula...
Get Ready Your Headache Pills Guan Eng Malaysia Set To Lose Up To Rm5 Billion If Oil Prices Fall Says Report

Get Ready Your Headache Pills Guan Eng Malaysia Set To Lose Up To Rm5 Billion If Oil Prices Fall Says Report

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 308 hits
A FINANCIAL group has warned that the Malaysian government stands to lose around RM2 billion to RM5 billion in revenue if crude oil prices trades at US 55 to US 65 per barrel said daily UOB senior economist Julia Goh said the country s oil ...
Zam Ryzam Banggakan Malaysia Di Indonesia

Zam Ryzam Banggakan Malaysia Di Indonesia

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 793 hits
Zam Ryzam atau nama sebenarnya Naidatul Zamrizam 23 telah melakar semula sejarah untuk Malaysia yang bertanding di D Academy Asia dengan menjadi pemenang tempat ketiga setelah berjuang melawan seramai 36 peserta dari 6 buah negara D Academy...
Wajah Kacak Bayi Ini Berjaya Curi Tumpuan Rakyat Malaysia Anak Siapalah Ini

Wajah Kacak Bayi Ini Berjaya Curi Tumpuan Rakyat Malaysia Anak Siapalah Ini

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 487 hits
Baru baru ini viral di media sosial apabila seorang bayi yang baru lahir dikatakan sudah memiliki rupa paras yang kacak Foto bayi kelahiran Indonesia itu tersebar luas di Internet termasuk di Malaysia Ramai yang memuji wajah bayi itu yang s...
Senarai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi Di Malaysia 2019

Senarai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi Di Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 941 hits
Senarai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi 2019 di Malaysia samada pelajar universiti atau pelajar kolej IPT Zaman di mana kerajaan Malaysia akan beri pelbagai bantuan tunai kepada semua golongan termasuk kepada golongan pelajar pengajian ti...
Diguyur Hujan Terus Menerus Perbatasan Sebatik Malaysia Putus Total

Diguyur Hujan Terus Menerus Perbatasan Sebatik Malaysia Putus Total

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 269 hits
Sebatik Barat menuju ke kecamatan lain di pulau Sebatik memang memiliki jalan melingkar Semisal akses dari Sebatik Barat menuju ke Sebatik Tengah dan juga ke kecamatan lainnya
Sokong Gula Gula Hacks Dan Jus Sunquick Produk Usahawan Muslim Malaysia

Sokong Gula Gula Hacks Dan Jus Sunquick Produk Usahawan Muslim Malaysia

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 816 hits
GULA GULA HACKS DAN JUS SUNQUICK INILAH TAUKEHNYA Syahril A KadirKalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal Tetapi kalau aku sebut gula gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri