Bani Israel Dan Malaysia 2019


Izmil Amri      
ULASAN | Wajar kiranya kita memulakan langkah menuju 2019 dengan berhenti seketika dan mengambil masa untuk beralih pandang ke belakang

Seperti memandu kereta; ada baiknya jika kerap menjengah cermin pandang belakang, mana tahu ada kereta lain yang ‘bagi lampu’ atau ada puntianak sedang menyeringai di tempat duduk belakang

Demikianlah pentingnya sekali sekala untuk memeriksa keadaan, sambil bergerak maju ke depan, dan mendapatkan teladan daripada masa silam yang sedang kita tinggalkan

Antara kisah yang diulang sebut berkali-kali dalam Al-Quran, adalah kisah Bani Israel. Kisah mereka diceritakan secara ad nauseam. “Sampai naik loya” kalau kita terjemahkan kata ad nauseam itu

Bani Israel dikisahkan hidup dalam pengabdian kepada firaun. Diperhamba untuk membangun binaan-binaan yang sehingga kini masih tegak berdiri di padang pasir Kaherah

Maka datanglah Musa untuk menyelamatkan mereka ini, dan membawa amaran kepada si firaun yang mengaku dirinya Tuhan

Setidaknya itulah yang cuba digambarkan filem Exodus: Gods and Kings, dibintangi Christian Bale sebagai Moses dan diarahkan Ridley Scott

Si Moses ini yang awalnya membesar di istana firaun, akhirnya mengepalai revolusi Bani Israel, menuntut pembebasan daripada belenggu perhambaan. Mereka meninggalkan Memphis, ibu kota kerajaan firaun beramai-ramai, sehingga berhenti di tebing Laut Merah

Di adegan ini, ada dialog yang sangat relevan dengan Malaysia pasca PRU14

“But we all have the same goal.”
“We do now. What happens when we stop running?”
Menyeberangi Laut Merah
Ketika Bani Israel meninggalkan kota Mesir purba menuju Kan’an, mereka bergerak bersama-sama mengikut arahan dan petua si Moses ini. Tiada lain yang mereka fikirkan selain menjauh sejauh-jauhnya dari kehidupan diperhamba firaun. Maka tujuan mereka satu: Asalkan bukan firaun

Setelah selamat menyeberang Laut Merah, dan firaun sudah jauh ditinggalkan; maka banyaklah songeh yang muncul. Hatta diberi makan manna dan salwa dari syurga pun, mereka minta diberi bawang, timun dan kacang

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak sabar dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang dalnya, serta bawang merahnya.”
Demikian dirakam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, ayat 61

Jika difikirkan betul-betul, tidak jauh beza sebenarnya dengan Malaysia setelah terlepas bebas daripada rejim BN pada 9 Mei 2018

Setelah sama-sama bergelut dan berjuang untuk melepas bebas daripada bahaya Umno-BN, masing-masing mula memperlihatkan songeh dan cengkadak yang bersangatan

Masing-masing juga turut mula memperlihatkan perangai yang aneh-aneh; termasuklah menunjukkan belang perkauman yang selama ini disimpan rapi. Itu belum campur spesis yang meski sudah bebas dari Umno, masih lagi terbawa-bawa perangai parti melingkup itu. Tidak kurang juga yang “rindu zaman Najib” meski melihat betapa panjang senarai pertuduhan terhadap pemimpin pujaan hati mereka

Tidak jauh beza dengan Bani Israel yang diberi makan burung syurga, tetapi minta bawang dan timun

Malaysia Baharu, Malaysia tanpa Umno
Sukar sebenarnya bagi kita untuk mendepani hari-hari muka dengan berbekal kesedaran bahawa sisa kehancuran Umno masih lagi diseret bersama memasuki era baharu seperti tahi kucing yang melekat di tapak kasut

Ia masih wujud meski dalam bentuk dan bungkusan yang berbeza; seperti naib presiden BERSATU yang menyokong sala hguna sumber kerajaan misalnya, serta mereka yang bertepuk tangan menyambut cadangan itu

Namun itu tidak bermakna bahawa susah payah kita sebagai sebuah bangsa untuk membebaskan diri dari belenggu hegemoni Umno hanyalah kerja sia-sia

Seperti juga kisah Bani Israel, bergelut menyeberangi Laut Merah hanyalah satu permulaan kepada proses yang panjang

Tanggal 9 Mei 2018 hanyalah satu langkah pertama kepada proses panjang memulihkan ekonomi, politik dan masyarakat Malaysia menuju sebuah negara yang lebih baik untuk semua; tanpa mengira latar keturunan, pendapatan, pendidikan, budaya, cara hidup, umur, orientasi seksual dan sebagainya

Ya, memang ada banyak perkara yang harus dilaksanakan, sama banyak dengan perkara yang kita mahu laksanakan. Tetapi Malaysia Baharu harus jelas perbezaan antara kehendak dan keperluan; kemudian menyusun awlawiyat kerjanya, yang mana satu mesti didahulu dan diutamakan

Kecelaruan dan kegagalan mengurus perubahan akan akhirnya berkesudahan dengan kecuaian yang menjahanamkan

Dan di tengah-tengah kecuaian itu ada golongan kecewa yang akan sanggup berbuat apa sahaja demi meraih keuntungan atas kesilapan kita

Melangkah masuk ke 2019, Malaysia Baharu seharusnya sudah boleh belajar daripada kesilapan lampau dan memastikan kesilapan tidak diulangi.

Seperti memandu kereta. Sambil bergerak maju ke depan, ada baiknya menjeling cermin pandang belakang dan mendapatkan teldan daripada masa silam yang sedang kita tinggalkan. Selamat tahun baru 2019

*IZMIL AMRI ialah penulis dan pemerhati politik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/bani-israel-dan-malaysia-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampah Malaysia Himpunan Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Bantah Icerd 812

Sampah Malaysia Himpunan Tahun Baru 2019 Vs Himpunan Bantah Icerd 812

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1054 hits
Ketibaan 2019 dicemari timbunan sampah sarap yang ditinggalkan warga tempatan dan pelancong yang hadir untuk memeriahkan sambutan tahun baru Gambar atas adalah salah satu lokasi di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat berkumpul warga d...
Mahathir Prays For Greater Success For Malaysia In 2019

Mahathir Prays For Greater Success For Malaysia In 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 359 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad prayed that the new year of 2019 would give greater meaning and encourage all Malaysians to create greater success stories He said Malaysians as a whole had gone through a very challenging year of 2018 It ...
Siaran Tv Analog Akan Ditamatkan Di Malaysia Menjelang Penghujung Mac 2019

Siaran Tv Analog Akan Ditamatkan Di Malaysia Menjelang Penghujung Mac 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 463 hits
Perancangan untuk menamatkan siaran televisyen analog telah dibincangkan sejak beberapa tahun lepas dan sepatutnya diselesaikan pada 30 Jun 2018 lepas Walaubagaimanapun ia telah ditangguhkan sebelum ini kerana prosesnya yang tidak selesai H...
Filem Malaysia 2019

Filem Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 409 hits
Senarai filem filem tempatan yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2019 Pautan akan dikemaskini TAJUK TAYANGAN FELINA 17 JANUARI LEASE OF LIFE 17 JANUARI XX RAY III 24 JANUARI BELLA JAMIE 31 JANUARI AMAZING SPRING 5 FEBRUARI A JOURNE...
2019 New Years Eve Fireworks Malaysia

2019 New Years Eve Fireworks Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 367 hits
Nearing the end of December 31st 2018 many cities throughout Malaysia prepared for joyous celebrations into 2019 Putrajaya Presint 3 was dimmed to near blackout before being lights up during countdown and celebratory fireworks lit the sky m...
Malaysia Halal Expo 2019 Sediakan Peluang Untuk Produk Halal Ke Jepun

Malaysia Halal Expo 2019 Sediakan Peluang Untuk Produk Halal Ke Jepun

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 390 hits
Salam dears Bila nak merantau ke luar negara salah satu benda yang Mama risaukan ialah bab nak mencari produk Halal Ye laa sebagai umat Islam ni tentulah nak pastikan yang Halal dan thoyib ja yang kita guna kan Tapi bila merantau ke negara ...
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 1612 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2019 Sumber Jabatan Akauntan Negara MalaysiaYuhuu bestnya bila buat entri pasal gaji Haha Tarikh gaji ni aku screenshot sendiri di website Jabatan Akaunta...
Jadual Epl 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia

Jadual Epl 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 970 hits
Jadual EPL 2018 2019 Liga Perdana Inggeris Waktu Malaysia ANDA peminat setia bolasepak Liga Perdana Inggeris Panduan buat anda yang ingin mendapatkan jadual perlawanan EPL bagi musim 2018 2019 mengikut waktu dalam Malaysia Berikut dikongsik...
Bola Sepak Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019

Bola Sepak Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 540 hits
Musim panjang bola sepak Liga Malaysia 2019 akan bermula mulai 1 Februari 2019 akan datang Setiap pasukan kini sedang giat menjalani latihan serta persiapan pramusim bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019 ini Pasukan pasukan juga kini s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon