Pertandingan Ulasan Buku Anjuran Kpkt Alhamdulillah



Assalamualaikum wbt..Awak masih lagi ingat pada cerita saya yang lepas...? Yang nie..
BUKU PENGURUSAN EMOSI DALAM KISAH NABI YUSUF A.S.
Okey, saya cerita serba sedikit tentang kronologi pertandingan.. Perpustakaan Ibnu Sina yang terletak di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka telah manganjurkan satu pertandingan bersempena dengan Program Dekad Membaca Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan. 
Pertandingan nie telah bermula pada 10 September sehingga 10 Oktober 2022 yang lalu dan ianya dibuka kepada semua warga KPKT. Ada 3 kategori yang dijalankan dan salah satunya ada Pertandingan Ulasan Buku. Memandangkan jabatan saya berada di bawah naungan KPKT dan sebagai tanda sokongan saya pada rakan sejawat, jadi saya pun join pertandingan nie..
Kalau ikutkan daripada syarat pertandingan, saya perlu mengulas buku dalam dua bentuk format iaitu melalui esei dan juga video.. Kalau dalam bentuk esei nie, bagi saya takde masalah, tapi bila melibatkan video mulalah gelabah katak.. Maklumlah saya nie seorang yang introvert, jadi nak buat ulasan video tue satu task yang agak susah bagi saya.. Tapi dek kerana nak sokong rakan punya pasal, saya buat jugak.
Cumanya saya tak berada di hadapan kamera, sebaliknya saya hanya menggunakan suara saja untuk buat ulasan buku.. Hihi tuepun dah berpuluh kali saya buat rakaman suara tue, sebab tak puas hati dengan suara sendiri.. Berpeluh jugak la saya buat rakaman suara tue.. 
Bila dah siap, akhirnya terhasil lah video nie...

Masa pun berlalu dengan cepatnya dan tanggal tarikh 13 Oktober 2022, saya mendapat emel daripada Perpustakaan Ibnu Sina yang menjemput saya untuk ke Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 yang diadakan pada 21 Oktober 2022..
Masa tue, rasa happy sangat kerana menurut rakan di sana, saya merupakan salah sorang pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku, tapi tak diketahui pemenang yang ke-berapa.. Sejak dari tue, hati rasa berdebar-debar jea sebab suspens jugak bila tak tahu kita jadi pemenang yang ke-berapa..
21 OKTOBER 2022 (JUMAAT) - HARI KEJADIAN
Awal pagi, lepas punch card kat office, saya terus bergerak ke KPKT yang terletak di Presint 4, WP Putrajaya. Nasib baik saya telah menempah kereta jabatan untuk ke sana memandangkan di kawasan tue memang agak sesak dengan kereta dan bimbang takde ruang untuk parking kereta.. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi yang dirasmikan oleh TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah. Tapi secara kebetulan kat KPKT tue, ada satu majlis lain telah dijalankan, jadi majlis perasmian dan penutup nie berlangsung pada pukul 10.30 pagi.
Kehadiran TKSU (P) YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman Bin Abu Samah - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Majlis Perasmian dan Penutup Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2022 - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Ucapan aluan dan perasmian daripada TKSU (P) - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Kehadiran daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka, pengurusan tertinggi KPKT dan para peserta - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Hadiah berbentuk replika cek untuk peserta dan cenderamata untuk pihak KPKT serta pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Acara pertama diumumkan nama pemenang yang berjaya dalam Kuiz Bahasa (KAHOOT), seramai 20 orang warga KPKT yang menjadi pemenang.. Selepas itu, diumumkan pula senarai nama pemenang Pertandingan Deklamasi Puisi dan seramai 5 orang pemenang warga KPKT berjaya.. Akhir sekali senarai nama pemenang bagi Pertandingan Ulasan Buku diumumkan.. 

Masa tue Allah SWT saja yang tahu betapa berdebarnya hati nie.. Saat pengacara majlis mengumumkan penerima hadiah saguhati, tup-tup nama saya yang menjadi sebutan... Alhamdulillah, rasa happy sangat sebab menang dalam pertandingan nie sebab yang utama pun bukan nak menang, tapi sekadar memeriahkan suasana pertandingan dan tanda sokongan.. 
Gambar bersama pemenang - Pertandingan Kuiz Kahoot, Pertandingan Deklamasi Puisi dan Pertandingan Ulasan Buku - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Alhamdulillah, diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Gambar kenangan sebagai pemenang 
Replika jea tau, nanti pihak penganjur akan bank in duit hadiah nie.. 
Penyampaian cenderamata daripada wakil Dewan Bahasa Dan Pustaka - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Penyampaian cenderamata daripada pihak pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT
Tahniah pada kakitangan Perpustakaan Ibnu Sina. Gambar kenangan bersama pengurusan tertinggi KPKT - *kredit gambar Unit Komunikasi Koporat KPKT

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan Majlis Jerayawara Dekad Membaca dan Dekad Bahasa Kebangsaan, terutama pada rakan-rakan sejawat saya di Perpustakaan Ibnu Sina.. Insha Allah jika ada pertandingan lagi, akan saya ikutinya.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2022/10/pertandingan-ulasan-buku-anjuran-kpkt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Level Buku Gred 1 Di Usa Berbeza Dari Darjah 1 Di Malaysia Ramai Ibu Bapa Mula Luah Kebimbangan

Level Buku Gred 1 Di Usa Berbeza Dari Darjah 1 Di Malaysia Ramai Ibu Bapa Mula Luah Kebimbangan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 192 hits
Sejak akhir akhir ini tular luahan seorang guru menerusi Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Fadhli Salleh yang mana subjek sekolah rendah semakin sukar dan membebankan anak anak Pelbagai riaksi juga diluahkan oleh ibu bapa ekoran silibus ...
Bawa Buku Hitam Ferdy Sambo Siap Ditanya Majelis Hakim Di Sidang Perdana

Bawa Buku Hitam Ferdy Sambo Siap Ditanya Majelis Hakim Di Sidang Perdana

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 178 hits
Bawa Buku Hitam Ferdy Sambo Siap Ditanya Majelis Hakim di Sidang Perdana Mantan Kadiv Propam Polri Irjen Ferdy Sambo menjalani sidang perdana kasus pembunuhan berencana dan obstruction of justice Brigadir J di Pengadilan Negeri Jakarta Sela...
Cara Buat Lasagna Simple Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western

Cara Buat Lasagna Simple Guna Roti Buku Buat Penggemar Makanan Western

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 208 hits
Apa menu untuk makan tengah hari nanti Setiap hari pastinya para ibu tidak pernah gagal untuk menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk keluarga Apa kata hari ini kita cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi
Peluru Bn Disebut Pm Bukti Niat Jahat Hasil Siasatan Buku Tommy

Peluru Bn Disebut Pm Bukti Niat Jahat Hasil Siasatan Buku Tommy

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 200 hits
agendaily com18 10 2022Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata pengakuan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencemarkan hasil sias...
Laporan Berkait Buku Thomas Didedahkan Umum Boleh Muat Turun

Laporan Berkait Buku Thomas Didedahkan Umum Boleh Muat Turun

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 147 hits
PETALING JAYA Kerajaan telah menyahklasifikasikan laporan siasatan ke atas memoir bekas peguam negara Tommy Thomas kira kira seminggu selepas Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia akan didedahkan kepada umum Laporan s...
Rezeki Anak Kerana Doa Mak Ayahnya Alhamdulillah Masih Panjang Umurnya

Rezeki Anak Kerana Doa Mak Ayahnya Alhamdulillah Masih Panjang Umurnya

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 235 hits
Alhamdulillah minggu lepas dapat rezeki balik kampung melawat mak Dapatlah kami meraikan mak bawa mak makan makan berehat daripada kerja hariannya dan dapat juga bawa mak untuk shopping Prinsip aku mudah je rezeki anak kerana doa mak dan ay...
Alhamdulillah Allah Hu Akhbar Belum Ajal Sampai Nelayan Di Jumpai Terapung Di Lautan Gelap

Alhamdulillah Allah Hu Akhbar Belum Ajal Sampai Nelayan Di Jumpai Terapung Di Lautan Gelap

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 395 hits
Laungan kalimah Allah tengah lautan syukur jumpa nelayan kesejukan atas perahu karam Tak terbayang dia bertahan untuk hidup Nelayan itu ditemui sedang duduk di atas perahu yang terbalik dan hampir karam BERPANTANG maut sebelum ajal Begitula...
First Scan Alhamdulillah Baby Dalam Stage Yolk Sac Doakan Madammu Kuat Baby Sihat

First Scan Alhamdulillah Baby Dalam Stage Yolk Sac Doakan Madammu Kuat Baby Sihat

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 485 hits
Usahawan popular Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dikenali sebagai Madammu berkongsi mengenai perkembangan kehamilan yang kini sudah pun mencecah usia lebih enam minggu Menurut Madammu dia perlu menghadiri temu janji bersama doktor setiap ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons