Peluru Bn Disebut Pm Bukti Niat Jahat Hasil Siasatan Buku Tommy


agendaily,com18/10/2022
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata pengakuan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mencemarkan hasil siasatan terhadap buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Ia susulan kenyataan Ismail Sabri mengenai keinginannya supaya laporan hasil siasatan pasukan petugas khas itu digunakan sebagai ‘peluru Barisan Nasional’ (BN) untuk menyerang Pakatan Harapan (PH), kata Ambiga menurut Mkini.

Beliau dipetik sebagai berkata serangan terhadap bekas peguam negara berkenaan adalah sesuatu yang baharu dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

Ambiga juga menganggap langkah diambil Ismail Sabri tersebut sebagai suatu bentuk serangan ke atas pentadbiran sistem kehakiman negara.

“Untuk mengakui ia (laporan siasatan) memang disediakan untuk menjadi peluru politik membuktikan wujud niat jahat di sebaliknya.

“Sebarang siasatan yang dijalankan kini tercemar kerana ini jelas merupakan penindasan politik,” kata Ambiga melalui Twitter yang dipetik MKini.

Dalam perhimpunan BN di Bagan Datuk semalam, Ismail Sabri mengakui dia bersetuju menyahklasifikasi laporan siasatan Putrajaya terhadap buku Thomas, My Story: Justice in the Wilderness, agar ia boleh dijadikan ‘peluru politik’ bagi menyerang PH, lapor Mkini.

Beliau mengakui telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tengku Jaafar, untuk menyiarkan laporan itu di laman web kerajaan.

“Saya dah beri ‘peluru’… contohnya kita sudah dedahkan kepada umum tentang laporan oleh jawatankuasa khas, menyiasat Tommy Thomas.

“Saya dah beri peluru banyak-banyak. Saya sudah minta kepada menteri undang-undang supaya keluarkan dalam laman web Menteri Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) secara terperinci mengenai apa dilakukan dan kesalahan-kesalahan oleh Tommy Thomas,” katanya menurut Awani.

Sebelum ini, laporan 822 muka surat itu dibentangkan kepada Kabinet pada 30 September lalu selepas pasukan petugas itu menyelesaikan siasatan terhadap dakwaan dalam buku Tommy.

Antara lain, Tommy didakwa tidak mempunyai pengalaman untuk mengendalikan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan satu-satunya penyelesaian yang diambilnya untuk menangani kelemahannya ialah melantik peguam luar.

Pasukan itu juga berpendapat Tommy mungkin melanggar undang-undang dan peraturan termasuk Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 23 Kanun Keseksaan Malaysia, Akta Suruhanjaya Rasuah, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Susulan itu, Polis Diraja Ma­laysia (PDRM) dilapor mencadangkan Tommy didakwa di mahkamah, dan telah mengemukakan empat kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) berhu­bung dakwaan salah laku bekas Peguam Negara itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/peluru-bn-disebut-pm-bukti-niat-jahat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Laporan Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas My Story Justice In The Wilderness

Rahsia Laporan Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas My Story Justice In The Wilderness

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 244 hits
Rahsia Laporan Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas My Story Justice In The Wilderness
Tommy Thomas Majlis Peguam Enggan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Pasukan Petugas Khas

Tommy Thomas Majlis Peguam Enggan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Pasukan Petugas Khas

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 221 hits
Kuala Lumpur 22 Oktober 2022 Bekas eguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan Majlis Peguam enggan memberi kerjasama dalam siasatan terhadap dakwaan kandungan buku Memoir My Story Justice In The Wilderness demikian menurut laporan dokumen rahsia...
Sejarah Kutipan Hasil Cecah Rm1 Bilion Bukti Wan Rosdy Perlu Kekal Sebagai Mb

Sejarah Kutipan Hasil Cecah Rm1 Bilion Bukti Wan Rosdy Perlu Kekal Sebagai Mb

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Rakyat Pahang digesa terus memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ia kerana kerajaan negeri pimpinan beliau telah berja...
Pengarah Projek Syarikat Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu Rm2 4 Juta

Pengarah Projek Syarikat Ditahan Bantu Siasatan Tuntutan Palsu Rm2 4 Juta

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 196 hits
ALOR SETAR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah kira kira RM2 4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air Sumber ...
Polis As Buka Siasatan Kes Bunuh Selepas 4 Mayat Dikerat Ditemui

Polis As Buka Siasatan Kes Bunuh Selepas 4 Mayat Dikerat Ditemui

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 213 hits
Polis AS buka siasatan kes bunuh selepas 4 mayat dikerat ditemui Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Oct 2022
Police Starts Probe On Leaked Investigation Report On Tommy S Book

Police Starts Probe On Leaked Investigation Report On Tommy S Book

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 243 hits
Police have opened an investigation paper regarding the investigation report of former Attorney General Tan Sri Tommy Thomas memoirs entitled My Story Justice in the Wilderness which was leaked in a local website Bukit Aman secretary Datuk ...
Laporan Berkait Buku Thomas Didedahkan Umum Boleh Muat Turun

Laporan Berkait Buku Thomas Didedahkan Umum Boleh Muat Turun

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 171 hits
PETALING JAYA Kerajaan telah menyahklasifikasikan laporan siasatan ke atas memoir bekas peguam negara Tommy Thomas kira kira seminggu selepas Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia akan didedahkan kepada umum Laporan s...
Level Buku Gred 1 Di Usa Berbeza Dari Darjah 1 Di Malaysia Ramai Ibu Bapa Mula Luah Kebimbangan

Level Buku Gred 1 Di Usa Berbeza Dari Darjah 1 Di Malaysia Ramai Ibu Bapa Mula Luah Kebimbangan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 214 hits
Sejak akhir akhir ini tular luahan seorang guru menerusi Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Fadhli Salleh yang mana subjek sekolah rendah semakin sukar dan membebankan anak anak Pelbagai riaksi juga diluahkan oleh ibu bapa ekoran silibus ...
Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Two More Detained Over Flying Passport Scheme

The Ballad Of Kajang Prison Of Bossku S Solo Birthday Bash

28 Firms Settle Rm6 2mil In Outstanding Traffic Summonses

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Resepi Ayam Goreng Cili Kering

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Real Nurses Real Life Real Style Welcome To Goodnurselife Com

Diy Bunga Penanggah

Irfan Haris Bocorkan Rahsia Fattah Amin Berjumpa Dengan Ayah Amira Othman Video