Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri


Siapa sangka, perkongsian resipi oleh kawan baik sendiri membawa tuah buat Rozelinda Mustapa yang bergelar juara bagi Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
Kempen #kisahkariku, anjuran bersama Majalah RASA dan jenama rempah premium BABA’S melabuhkan tirai dengan berlangsungnya Pertandingan Akhir Memasak #kisahkariku pada Sabtu, 23 November baru-baru ini di Sunway Putra Mall bersama enam orang finalis bertuah. Memang cukup meriah!



Kempen yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 31 Oktober 2024 ini telah mengetengahkan bakat memasak, di mana komuniti  mencipta resipi kari kreatif menggunakan produk BABA’S sambil berkongsi kisah penuh inspirasi di sebalik masakan mereka.
Sebanyak lebih 230 penyertaan telah diterima dan selepas melalui proses saringan, enam finalis telah dipilih bertanding di pusingan akhir cabaran masakan secara langsung. Acara kemuncak ini menjadi satu pengalaman unik yang menyerlahkan keindahan masakan Malaysia sambil meraikan cerita yang menghubungkan rakyat kepada warisan budaya mereka.



Hadiah Lumayan Lima finalis lain yang terpilih adalah Mohd Hilmi Bin Mohamad Alias Ahmad dengan masakanya, Gulai Pisang Ikan Bilis berjaya meraih tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Tempat ketiga pula menjadi milik Siti Mahirah binti Awang dengan masakan Kari Ikan Kerapu dan membawa pulang RM1,500.



Manakala tiga finalis lain, Norhaslina binti Dzulkifli dengan resipi Kari Ikan Merah, Aziatul Fasihah binti Mohd Roslan dengan resipi Kari Kiwi dan Nurul Husna binti Zainal Abidin dengan masakan Kari Ayam masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500 atas kejayaan mereka mara ke peringkat akhir Pertandingan Memasak #kisahkariku.






Turut memenangi hadiah saguhati bagi kempen #kisahkariku adalah 20 peserta yang terpilih daripada kesemua penyertaan yang diterima, dimana setiap seorang daripada mereka menerima wang tunai RM200.


Tiga Cabaran Akhir Bukan sekadar memasak, para finalis turut diberikan tiga cabaran lain ketika berlangsungnya pertandingan akhir tersebut. Cabaran pertama memerlukan para finalis meneka lima nama rempah BABA’S manakala cabaran kedua pula memerlukan mereka meneka ramuan yang terdapat di dalam Serbuk Kari Daging BABA’S.




Paling mengujakan pastinya cabaran ketiga iaitu Cabaran Kotak Misteri di mana para finalis perlu memasukkan tiga bahan tambahan yang diberikan ke dalam masakan masing-masing. Tiga bahan tersebut adalah Rempah Garam Masala BABA’S, buah Amla dan Moringa.


Tenang dan cukup bersahaja, para finalis berjaya melalui ketiga-tiga cabaran dengan jayanya serta memasak dan menghias cantik masakan mereka dalam masa yang ditetapkan selama 45 minit.



Tidak berakhir dengan aktiviti memasak, bersempena dengan Kempen #kisahkariku, peserta juga perlu menceritakan kisah kari mereka di atas pentas bagi tujuan penjurian. Masing-masing tidak kalah dengan cerita kari yang cukup unik dan tersendiri. Malah ada yang sampai menitiskan air mata!




Barisan Juri Bagi memastikan keseluruhan pertandingan lancar, pastinya ada juri yang bertanggungjawab untuk menilai para finalis yang bertanding. Chef Adu Amran, Chef selebriti terkenal yang pernah menjadi juri Master Chef Malaysia bertindak sebagai Ketua Juri bersama dengan Tuan Haji Azrain Mohamad yang merupakan Ketua Pemasaran BABA’S dan juga Puan Emma Masri, Editor Pengurusan Food & Decor, Nu Ideaktiv Sdn Bhd.






Acara pada hari tersebut cukup meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP dari BABA’S iaitu En. K. Siva Subramaniam, Ketua Pengurus Operasi BABA’S, En. Encik Regu Pagalavan – Pengurus Pembangunan Perniagaan BABA’S, En. Hem Prakash G.Basu – Ketua Jualan dan Pemasaran Perdagangan BABA’S. Juga tidak ketinggalan Puan Ani Nadila Yusof, Pengurus Besar NU Ideaktiv Sdn Bhd, ahli keluarga serta kenalan para finalis yang datang dan pengunjung yang turut memberikan sokongan.



Acara yang dihoskan oleh Abu Mamu dan Mamu Tabu itu turut disajikan dengan persembahan hiburan, peluang menang barangan eksklusif RASA, sesi bergambar and OOTD dan teristimewa, peluang untuk mengenali lebih dekat produk-produk BABA’s sepanjang acara yang dianggap menjadi satu platform untuk meraikan keunikan masakan Malaysia.



Acara berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan juga sesi bergambar bersama para pemenang dan tetamu jemputan. Memang cukup meriah dan meninggalkan memori kepada setiap peserta dan penonton yang hadir.


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2024/11/pertandingan-akhir-memasak-kisahkariku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 278 hits
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai pembekal rangkaian 5G kedua telah menimbulkan pelbagai kontroversi Tujuan diwujudkan pembekal kedu...
Senarai Separuh Akhir Diumumkan Di Pertandingan Wajnberg Poland

Senarai Separuh Akhir Diumumkan Di Pertandingan Wajnberg Poland

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 113 hits
Dengarkan 12 semi finalis di The Violin Channel mulai 3 Disember Ditubuhkan pada tahun 2021 dan kini berlangsung edisi kedua Pertandingan Biola Antarabangsa Mieczys aw Wajnberg di Katowice Poland dinamakan sempena komposer Poland Mieczys aw...
Tpfx Pontianak Menyediakan Pilihan Akun Trading Mikro Lot Dan Standar

Tpfx Pontianak Menyediakan Pilihan Akun Trading Mikro Lot Dan Standar

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 141 hits
BloggerBorneo com Trading forex saat ini menjadi salah satu pilihan investasi yang menarik bagi banyak
Mengapa Teknologi Surya Jadi Pilihan Utama Masa Depan

Mengapa Teknologi Surya Jadi Pilihan Utama Masa Depan

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 143 hits
Apakah teknologi surya adalah solusi terbaik untuk kebutuhan energi masa depan Dengan semakin meningkatnya kesadaran akan keberlanjutan dan biaya energi yang terus melonjak teknologi surya menawarkan potensi besar untuk memenuhi kebutuhan e...
Sedap Tak Muak Begini Cara Masak Kari Ayam Tanpa Santan

Sedap Tak Muak Begini Cara Masak Kari Ayam Tanpa Santan

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 182 hits
Selalunya bila masak kari mesti masukkan santan untuk menjadikan rasa berlemak dan sedap Rupanya boleh juga masak kari tanpa menggunakan santan dan rasanya tetap sedap dan berlemak Malah boleh tahan lama lagi tau Resipi kari ayam tanpa sant...
Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum Macam yang SA bagi dalam entry tadi SA gunakan kuasa veto SA ajak PZ sarapan kat luar x pe la SA belanja kali ni dari SA stress tengok PZ memerap aje kat rumah kan better keluar hirup udara segar keluar peluh skit dalam pada...
Aruan Tasik Jenahak Hasil Pancingan Pak Akob Dan Rakan2 Kembali Resepi Kari Aruan Tasik

Aruan Tasik Jenahak Hasil Pancingan Pak Akob Dan Rakan2 Kembali Resepi Kari Aruan Tasik

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 175 hits
27 Nov 2024 Assalamualaikum Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing Pak Akob dan hasil pancingannya Tiba tiba hari ni tergerak hati nak bercerita Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya ialah pada tahun B...
Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi Simple Tapi Padu

Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi Simple Tapi Padu

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 196 hits
Kalau bosan dengan ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah apa kata kali ni cuba resepi Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi ni senang je nak buat tapi rasa dia memang mantap Sesuai sangat untuk makan dengan nasi panas panas atau cicah denga...
Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 112 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional mampu merampas Pahang jika gabungan pembangkang itu menang enam lagi kerusi dan mempertahankan kerusi sedia ada pada PRU 16 nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Dato Jasri Jamaludin Ketika ini PN m...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


67 Mayat Mangsa Nahas Helikopter Pesawat Di Washington D C Ditemukan

Terjemahan Niat Jahat Polis Digesa Siasat Pertikaian Istilah Kuda Gila

Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah

Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable