Aruan Tasik Jenahak Hasil Pancingan Pak Akob Dan Rakan2 Kembali Resepi Kari Aruan Tasik


 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.
Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik
Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.
Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 


Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!
Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan
Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabiair secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2024/11/aruan-tasik-jenahak-hasil-tangkapan-pak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 160 hits
Assalamualaikum Macam yang SA bagi dalam entry tadi SA gunakan kuasa veto SA ajak PZ sarapan kat luar x pe la SA belanja kali ni dari SA stress tengok PZ memerap aje kat rumah kan better keluar hirup udara segar keluar peluh skit dalam pada...
Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi Simple Tapi Padu

Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi Simple Tapi Padu

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 214 hits
Kalau bosan dengan ayam goreng kunyit atau ayam goreng berempah apa kata kali ni cuba resepi Ayam Goreng Kari Yummeh Resepi ni senang je nak buat tapi rasa dia memang mantap Sesuai sangat untuk makan dengan nasi panas panas atau cicah denga...
Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 191 hits
nbsp Kesukaan anak kak ana bila masak pasta pasta begini Selalunya memang sentiasa ada stok pasta di rumah Spaghetti angle hair macaroni spiral penne linguine antara stok kak ana simpan di dalam balang kaca di dapur Senang bila nak masak ad...
Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 316 hits
Asalnya teracun beli rempah nasi arab di tiktok CikSue ni sejenis yang universal semua menu pun nak cuba tapi sememangnya nasi arab ni kegemaran dulu masa kerja suka makan kat Mr Kabab Beriyani Putrajaya tu Kononnya nak cuba masak sendiri p...
Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 148 hits
NASI DAGING UTARA AIR ASAM KERISIKBahan Bahan Nasi daging Daging setengah kg potong kiub sederhana kecil dan rebusBeras 5 cawan2sb rempah kurma3 sekawan1 sb marjerin1 ulas bawang merah hiris1 ulas bawang putih hiris1 helai daun pandanSeteng...
Udang Goreng Cili Thai Resepi Mudah Pedas Dan Sedap

Udang Goreng Cili Thai Resepi Mudah Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 338 hits
Kalau dah bosan dengan sambal atau kari udang apa kata korang try resepi Udang Goreng Cili Ala Thai ini Resepi ini memang wajib cuba kalau korang penggemar makanan Thai Rasanya memang padu gabungan pedas masam dan manis yang sangat memikat ...
Resepi Puding Karamel

Resepi Puding Karamel

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 148 hits
PUDING KARAMELBAHAN BAHAN Bahan gula karamel 60gm gula1 sudu makan airBahan puding 4 biji telur saiz A500mg susu segar70gm gulaSedikit esen vanila CARA MEMBUAT Masukkan gula dam loyang pembakar dan letakkan di atas api kecil Biarkan gula me...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home