Pertama Kali Makan Di Kedai Tomyum Lebuhraya Utara Selatan
Assalamualaikum...
BERSIARAN dari rumah ibu nertuaku, hehehehe. Setelah beberapa bulan tak dapat merentas ke utara kerana kekangan kerja Pak Inche, akhirnya minggu ini Pak Inche dapat bercuti untuk balik melihat mak yang semakin uzur. Pak Inche dapat pelepasan cuti tanpa rekod dan kebetulan pulak tempoh PKPB kali ni dibenarkan merentas negeri. Sk pulak kena mengambil cutilah nampaknya tapi Iman kena bersedia untuk kelas atau kuiz bila-bila masa kerana dalam tempoh cuti semester khas inilah pensyarah akan top up mana-mana subjek yang tidak dicover sepanjang tempoh PKP dari bulan Mac lepas.
Kalau dah nak berjalan tu, agenda makan pasti ada tergantung di dalam batu jemala masing-masing. Jadi, sejak awal Iman dah pesan dengan babahnya supaya tidak ikut jalan lama. Kali ni kami plan hanya untuk berhenti rehat dan rawat dan RNR. Nak makan fast food jer dan salah satu keinginannya nak makan Mozarela Burger King, hahaha. Ni sebab hari tu dah beli dan rasa nak repeat, hehehe
Jadi, dalam pukul 8 tu, kami dah keluar ke exit Pulai Jaya. Dalam kepala ni nak burger king.. nak burger king, hahaha. Kami bercadang nak makan burger king di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Tapi, walaupun dah selalu ulang-alik highway utara selatan, masih lagi tak boleh ingat, burger king ada ke di RJ Ayer Keroh. Ke... RJ Sungai Buloh??? Hahhaa.. Lalu Sk pun google.. haaa.. memang tak ada kat RJ Ayer Keroh pun... Hahahah. Perut pulak dah lapar giler, Sk terfikir mungkinkah ada Burger King di RNR Ayer Keroh yang lama tu, jadi kami pun masuk ke situ, terus nampak restoran tomyum ni. Pak Inche kata, dia pernah singgah makan Tomyam kat sini, nak tak? Disebabkan lapar dan rasanya kalau jumpa burger king (RJ Sungai Buloh) pun dah tutup, maka Sk dan Iman pun setuju ajelah untuk makan di sini. Tak pernah-pernah ui kami makan di Restoran Tomyum kat highway, baru tau wujudnya kedai ni di RNR Ayer Keroh, hihi.
Ternyata, bukan pilihan yang sia-sia. Servisnya sangat pantas. Tak sampai lima belas minit semua ini terhidang di depan mata. Iman memilih Set Asam Pedas Ikan Pari sebab dia tak makan nasi lagi. Dalam set asam pedas ada telur masin, sambal belacan, ulam dan pilihan minuman sama ada milo ais atau nescafe ais, RM15/set. Asam pedas sedap tapi rasa belacan dia piaw, hahahaha. Boleh resdung dibuatnya namun ianya tidaklah mengecewakan.
Sk pilih Nasi Goreng Cili Padi, memang tulah selalu pilihan setiap kali tiada idea nak makan apa. Sedap nasi gorengnya dan ada banyak ayam. Pak Inche pulak pilih Nasi Goreng Ayam Padprik. Bagi dia agak berminyak. Memanglah, ayam padprik lagi sesuai dengan nasi putih kan, siapa suruh minta nasi goreng, hehehe. Tapi, ok jerlah makan kat sini. Mudah, cepat dan kenyang sebelum meneruskan perjalanan.
Burppp.. Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/12/pertama-kali-makan-di-kedai-tomyum.html