Pertama Kali Derma Darah Berdebar Lain Macam
Hari Ahad lepas, ada program derma darah di AEON Seremban 2. Encik suami nampak banner tu di facebook dan macam biasalah, dia nak derma darah sebab kali terakhir dia derma darah bulan November tahun lepas.
Sepatutnya dan sebaik-baiknya setiap 3 bulan sekali. Kiranya waktu yang tepat lah kalau dia nak derma darah. Dia ajak saya pergi sekali alang-alang nak beli barang dapur sekali sebelum ke AEON. Sebelum pergi tu saya cakap dengan encik suami, macam nak derma darah jugalah.
Tapi macam takut dan risau pun ada. Risaulah kan takut tiba-tiba ada penyakit pula atau tak layak menderma ke. saya dah lah lama tak check kesihatan. Macam-macam ada dalam kepala otak ni. Dia lebih kepada takut sebenarnya. Takut pitam kalau tengok darah.
Dulu pernah rasa nak pitam bila pertama kali nurse ambil sample darah. Itu baru sikit je sample darah masuk dalam 5 tabung uji. Ini kalau dalam beg darah kecil tu, banyak juga tak tahulah macamana nanti. Berdebar lain macam eh kalau pertama kali nak derma darah. Itu biasa...
Zaman study dulu berani nak derma darah, tapi berat pula tak lepas. Kali ni terlebih berat, kalau taknak derma juga tak tahulah apa nak jadi. Sampai bila nak takut. Beranikan diri jugalah. Awak tu darah O penderma universal. Takkan taknak derma. Eh, ke O- penderma universal. Confused pula.
Proses derma darahKaunter 1 : Isi borang
Masa isi borang ni rasa macam yakin sungguh lah. Tak rasa berdebar lansung. Rasa excited adalah.
Kaunter 2 : Check hemoglobin darahLepas isi borang, check hemoglobin darah. Hemoglobin darah di paras layak menderma. Okay baiklah, mari kita teruskan. Staff bagi semangat sebab kita pertama kali. Katanya lepas 3 bulan nanti bolehlah derma lagi.
Kaunter 3 : Check blood pressureMasa check blood pressure, tinggi sikit. Nervous lah tu! Padahal kalau hari biasa check okay je diparas normal. Sampai 2 kali check tu. Heart rate di apple watch pun tinggi sikit daripada biasa. Tapi lepas je lah sebab saya cakap mungkin nervous pertama kali.
Kaunter 4 : Semakan terakhir, maklumat dan dapat buku merah
Di kaunter terakhir, update maklumat terkini seperti alamat terkini dan no.phone sebab kita pertama kali kan. Lepas tu diberikan buku merah dan juga sticker jenis darah dan juga bar code darah
Oh ya, dapat air kotak, air mineral dan biskut juga. Lupa pula nak ambil gambar. Okay satu-satu hal lulus dan layak menderma. Jomlah kita beratur.
Sekali tengok encik suami sangkut pula. Lahh tiba je! Ini pertama kali dia sangkut setelah menderma darah berkali-kali. Hemoglobin darah tinggi daripada biasa. Setelah disoal siasat, barulah dia teringat dia ada makan kambing 3 hari lepas
Itu baru makan rasa-rasa je tau. Bukan makan beria sebab tak makan daging kambing pun. Itu sekadar rasa je. Tapi dia punya kesan, sampai naik macam tu sekali. Padahal dah beberapa hari kot.
Terkejut encik suami sebab tak pernah jadi macam tu. Daging kambing punya pasal tak dapat lah dia menderma. Kena tunggu 2 minggu lagi baru boleh menderma.
Dia yang ajak kita, tak pasal kita sorang je yang menderma. Macam kena scam pula. Encik suami gelakkan je saya.
Okay berbalik kepada niat. Marilah kita derma bagi membantu mereka yang memerlukan. Dah selesai segala dokumen dan screening, jomlah beratur. Masa ni tak nervous lagi. Boleh cool rileks lagi. Rasa macam tak percaya pula seorang Fiza ni begitu berani ye nak derma darah tiba-tiba.
Encik suami teman beratur. Ada kerusi kosong barulah kita pergi. Saya prefer tangan kiri. Risau pula kalau guna tangan kanan nanti tak boleh nak buat kerja. Encik suami terus temankan saya. Sempat gelak-gelakkan kita lagi tu. Eh eh..dia ni karang.
Nampak ada senyum tapi dalam hati berdebar lain macam tau! dup dap dup dap. Tapi bila teringatkan kata-kata nurse pada orang sebelah, buatkan kurang sikit rasa berdebar.
Kerusi sebelah juga pertama kali. Dia nervous sejuk betul tangan sampai nurse kata jaga nervous sejuk nanti urat kecut. Selawat, niatkan dalam hati kita nak tolong orang, buat perkara baik. Lebih kurang begitulah ayat dia
Kita pun selawat dan niat yang baik. Tangan saya yang juga tadi sejuk, jadi kurang sejuk. Kaki saya diselimutkan dengan kain putih. Diletakkan bekas jarum berserta borang tadi dan diberikan alat untuk mengepam darah ditangan.
Tak lama lepas tu nurse datang cucuk bius dan kemudian cucuk jarum. Dia suruh pam perlahan-lahan. Tahu-tahu darah dah penuh. Lahh kejap je??? Macam tak percaya pula saya dah dermakan 350ml darah. Banyak tu
Kalau lelaki 450ml. Lepas selesai derma darah, kena rehat 10 minit. Tiba-tiba saya macam berpeluh sakan. Haa tu tanda-tanda dah tu, kata nurse. Tanda apa? Nak pitam ke? Ahh sudahh...nurse suruh minum air mineral. Encik suami berikan air mineral. Eh, masih berpeluh tapi kurang
Minum air kotak manis tu pula katanya. Okay, lepas minum barulah reda sikit peluh keluar. Rehat beberapa minit dan tak berpeluh dah barulah bangun dari kerusi. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada. Dia punya berdebar lain macam eh. Almaklumlah pertama kali
Lepas ni bolehlah kita derma lagi, bulan 6. Saya baru pertama kali buka buku merah. Encik suami dah 34 kali dah! Haa gelakkan orang, tahulah dia dah pro bab derma darah ni.
Well done Fiza. Bangga kejap dengan diri sendiri sebab berjaya melawan ketakutan menderma darah. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Kebaikan menderma DarahBerupaya untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa.Menstabilkan jumlah zat besi dalam badan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser.Menjadikan anda lebih cergas dan bertenaga kerana sel darah merah baru akan dihasilkan.Membakar sekurang-kurangnya 650 kalori pada satu sesi pendermaan darah.Mengetahui keadaan kesihatan fizikal anda melalui saringan kesihatan.
baca juga : panduan menderma darah
Walaupun dah hilang banyak kalori, lepas berehat beberapa jam. Malam tu saya workout sikit untuk cukupkan kuota rutin senaman harian saya. Buat senaman ringan je lah tapi. Lepas tu taklah lemah, bertenaga macam biasa. Alhamdulillah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/03/pertama-kali-derma-darah-berdebar-lain.html