Pertahan N Sembilan Ahli Politik Pn Kejar Populariti Tidak Kompetan




Negeri Sembilan yang telah ditadbir dengan baik oleh Pakatan Harapan (PH) selama 5 tahun perlu dipertahankan oleh rakyat daripada diambil alih oleh ahli politik Perikatan Nasioanl (PH) yang hanya mengejar populariti dan belum tentu kompetan dalam pentadbiran.
Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, pengundi di Negeri Sembilan perlu menyemak dan melihat rekod perkhidmatan pro rakyat yang ditunjukkan oleh pentadbiran Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminudin Harun yang belum pernah mereka nikmati sebelumnya.
Apatah lagi kata beliau, pada waktu ini PH telah berkerjasama dengan BN dan kehebatan pembangunan yang dibawa oleh MB sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Hassan juga perlu diambil kira.
Katanya, jasa dua gandingan tersebut tidak mungkin boleh ditandingi mana mana pemimpin PN peringkat negeri.
“(Kita tahun) PRN ini akan menjadi pilihanraya yang mencabar dalam sejarah negeri kerana PN bersaing untuk kemenangan sulung mereka di peringkat negeri yang nampaknya hanya rekaan.
“Pandangan saya majoriti pengundi Negeri Sembilan yakin Pakatan Harapan dan sekutu rapatnya akan menjadi satu-satunya pilihan terbaik untuk berkhidmat secara progresif kepada mereka untuk 5 tahun akan datang.
“Mereka tidak akan mudah ‘dibujuk’ untuk mengundi tokoh-tokoh glamor lagi alpa, terutama pendatang baru Bersatu yang beranggapan mereka cukup menonjol memancing undi berharga daripada pengundi luar bandar.
“Sedangkan memilih PN seperti merekrut ‘bakat’ baharu untuk mengejar kemenangan dalam pilihanraya. Ianya tidak sama seperti memilih penyanyi bersuara merdu dalam rancangan realiti TV.
“Bagaimana mungkin “ahli politik yang baru dilantik” dan korup boleh diharap meneruskan kisah kejayaan Negeri Sembilan sedangkan motif sebenar mereka menyertai politik adalah ‘mencari makan’ setelah diberhentikan atau dipecat daripada jawatan yang mereka pegang (di peringkat nasional) sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Yunes mengingatkan pengundi bahawa mereka masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan pendemik Covid 19 terutama dalam sektor ekonomi.
Hanya Kerajaan Perpaduan, katanya, yang bersungguh sungguh mencari kaedah penyelesaian sama ada di peringkat negeri atau pusat, dan mereka seharusnya diberi peluang.
Begitu juga kata beliau, pencapaian rezab negeri di bawah PH juga perlu diambil kita.
Kerajaan negeri pimpinan MB Aminuddin telah mencapai lebihan RM89.12 juta pada Belanjawan tahun lepas, dan rizab kewangan negeri pula tertinggi dalam sejarah, sebanyak RM889.75 juta pada 2020.
Hal itu, kata Yuneswaran, adalah pencapaian gemilang yang mesti diteruskan oleh Pakatan Harapan dan BN yang pastinya akan menletakkan calon calon terbaik mereka yang layak menjalankan amanah dalam PRN Ogos ini.
“Pengundi Negeri Sembilan khususnya golongan muda perlu bimbang prestasi ekonomi yang diusahakan secara positif oleh kerajaan pimpinan PH akan musnah sekiranya PN memenangi pilihanraya, memandangkan hasrat calonnya yang tidak berpengalaman untuk bertanding dan kelayakan mentadbir yang meragukan.
“Bukan saya sahaja, malah puluhan ribu pengundi negeri dapat menghidu PN sedang berusaha keras untuk bermain populariti dengan meletakkan muka ternama untuk meraih undi,” katanya lagi.
Bagaimanapun Yunes berpendapat strategi itu tidak akan membuahkan hasil kerana pengundi di Negeri Sembilan akan menunjukkan kepada mereka jalan keluar daripada politik arus perdana pada 12 Ogos ini.
The post Pertahan N Sembilan, ahli politik PN kejar populariti, tidak kompetan first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36547?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pertahan-n-sembilan-ahli-politik-pn-kejar-populariti-tidak-kompetan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Nafi Anak Ahli Politik Ditahan Kes Dadah Di Langkawi

Polis Nafi Anak Ahli Politik Ditahan Kes Dadah Di Langkawi

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 281 hits
Hariz MohdPolis menafikan terdapat anak seorang ahli politik kanan ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Langkawi Kedah minggu lepas Ketika dihubungi Malaysiakini Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari mengesahkan terdapat serbuan ...
Biasalah Politik Tentulah Tuan Ibrahim Kena Pertahan Sanusi

Biasalah Politik Tentulah Tuan Ibrahim Kena Pertahan Sanusi

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 166 hits
Tuan Ibrahim pertahan Sanusi Ini soal percaturan politik tak berkaitan istana Shakira BuangTuan Ibrahim Tuan Man tampil mempertahankan menteri besar sementara Kedah Sanusi Md Nor selepas pemimpin PAS itu dikritik dan dilapor kepada pihak be...
Sprm Digesa Dedahkan Nama Ahli Politik Disiasat Rasuah

Sprm Digesa Dedahkan Nama Ahli Politik Disiasat Rasuah

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 205 hits
Lynelle ThamPETALING JAYA Sebuah kumpulan antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan nama ahli politik sedang disiasat kerana rasuah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme berkata tindakan mendedahkan identiti itu d...
Ahli Perniagaan Dipenjara 1 155 Tahun

Ahli Perniagaan Dipenjara 1 155 Tahun

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 197 hits
Prasit Jeowkok disabit bersalah kesemua 321 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya Foto AgensiBANGKOK Mahkamah Jenayah Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman keseluruhan 1 155 tahun penjara ke atas seorang ahli perniagaan kerana mendalangi ...
Urusan Politik Menegakkan Negara Berdaulat

Urusan Politik Menegakkan Negara Berdaulat

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 141 hits
Definisi politik adalah berkenaan cara pemerintahan Ia juga segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain Berpolitik pula ditakrifkan sebagai mengambil bahagian dalam politik menjalankan politik M...
Jadinya Sanusi Kluster Mahkamah Bukan Kerana Politik Malah Tiada Kaitan Dengan Politik

Jadinya Sanusi Kluster Mahkamah Bukan Kerana Politik Malah Tiada Kaitan Dengan Politik

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 98 hits
Walaupun telah disebut sebelum ini malah ramai orang juga sudah menyebutnya kali ini saya ingin menekankan sekali lagi bahawa pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap Menteri Besar Besar Sanusi Md Nor bukanlah bersifat politik dan tiada ka...
As Menuju Bangkrap Lihat Komen Rakyat Dalam Blog Ini

Mengenal Apa Itu Operasi Lasik Dan Biayanya

Kisah Calon Sg Bakap Pas Nak Sokong Pmx Pulak

Bidoglio Mahu Jdt Beraksi Lebih Ganas

Kdn Utamakan 2 Kategori Permohonan Kewarganegaraan Kata Menteri

Seorang Wali Nikah Menumbuk Pengantin Lelaki Selepas Majlis Akad Nikah

Speed Read A Garage Built Ducati 996 Caf Racer And More

Nenek Cucu Hilang Di Bukit Buluh Telur



5 Kes Jenayah Melibatkan Kanak Kanak di Malaysia Yang Tak Boleh Kita Lupakan

Biodata Ezra Kairo Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK Oh My Kadhale

10 Fakta Biodata Aniq Durar Pelakon Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3 Gandingan Sharifah Rose

Info Dan Sinopsis Hierarchy Netflix TV Series Kdrama 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dua Darjat Slot Akasia TV3


15 Eye Catching Patriotic American Garland Decorations

Floating Livelihood Wins Gold At The 2024 Muse Design Awards

Salam Aidil Adha 1445 Hijriah

Lelaki Maut Perodua Viva Dipandu Bertembung Pikap

Personal Name Brands

Urban Draws And Sandy Feet 5 Cities With Great Beaches