Persoalan Mengenai Qada Dan Qadar


Diriwayatkan oleh Saidina Umar bin Khattab r.a, Jibril a.s bertanya kepada Nabi SAW, "Beritahu akan aku berkenaan dengan Iman." Lalu Baginda SAW bersabda yang maksudnya: "Beriman kepada Allah SWT, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk."



Hakikatnya ialah kita percaya bahawa Allah telah menentukan segala yang baik dan buruk untuk setiap makhluk ciptaan-Nya sebelum ia diciptakan Allah lagi.

Menurut sesetengah ulama, qada dan qadar Allah adalah dua nama bagi hakikat yang sama. Ada juga ulama mengatakan ketentuan Allah yang azali secara kasar adalah qada. Ketentuan Allah secara terperinci sesuai dengan ketentuan asal yang itu adalah qadar.

Maulana Qasim an-Nanutwi (pengasas Darul Uloom Deoband) memilih sebaliknya. Bagi beliau sebagai perbandingan ialah seseorang yang hendak membina sebuah bangunan. Sudah tentu telah ada di dalam kepalanya pelan bangunan itu secara kasar. Inilah peringkat qadar. Bangunan yang kemudiannya tersergam dalam kenyataan sesuai dengan pelan asal secara kasar itu pula dinamakan qada.

Ada juga ulama berpendapat, qadar adalah berkenaan ilmu Allah SWT yang sempurna seolah-olah menentukan segala-galanya. Pengetahuan tentang sesuatu tidak bermaksud memaksa berlakunya perkara tersebut.

Istilah lain untuk qadar yang digunakan di dalam al-Quran ialah sunnatullah (hukum sebab-akibat). Sunnatullah menetapkan pisau yang memotong tembikai tetapi tidak sebaliknya. Ianya tidak bermaksud memaksa kita memotong tembikai.

Sampai disini timbullah dua persoalan yang lain pula:

Kalau kekufuran telah ditakdirkan untuk seseorang, maka apakah ertinya mentaklifkannya dengan iman dan islam? Kenapa pula bila tidak beriman dan beramal ia diseksa? Bukankah kekufuran itu telah pun ditakdirkan untuknya?

Jika segala-galanya telah ditakdirkan, apakah pula faedah menghantar para rasul, menurunkan kitab-kitab dan memberikan janji-janji yang baik dan janji-janji yang buruk? Bukankah dengan adanya qadar, seseorang akan berada dalam keadaan terpaksa dan tidak berdaya pada hakikatnya?

Kalau segala yang baik dan buruk itu terjadi dengan kehendak dan iradat Allah, maka segala kekejian yang berlaku adalah berpunca daripada Allah!

Untuk menjawab dua persoalan ini lahirlah tiga golongan dalam sejarah islam.

Pertama: Golongan Qadariyyah dan Syiah

Mereka berpendapat, seseorang manusia mencipta sendiri segala perbuatan dan tindak-tanduknya. Dengan pilihan yang bebas mereka melakukan segala kebaikan dan keburukan.

Perbuatan manusia tidak dijadikan Allah, bahkan ia dijadikan olehnya sendiri. Kalau begitu wajarlah dia mendapat pahala atau dosa dari perbuatannya. Patut dan berguna sekali segala galakan dan ancaman diberikan kepadanya.

Penghantaran para rasul dan penurunan kitab-kitab juga akan bererti semuanya. Sebabnya ialah manusia bukan saja bebas sepenuhnya memilih apa yang baik dan apa yang buruk, malah ia sendiri menciptakan segala perbuatannya.

Dengan itu juga kita akan terhindar daripada mengaitkan segala keburukan dengan Allah. Kerana segala kebaikan dan keburukan itu adalah ciptaan manusia sendiri.

Pegangan mereka dibantah pihak ahli as-Sunnah wa al-Jamaah dengan beberapa alasan:

1) Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, bagaimana firman Allah berikut ini akan benar? Maksudnya: "Allah menciptakan segala sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya." (az-Zumar:62).

2) Ibnu al-Qaiyyim mengemukakan hujahnya dengan berkata: "Kalau manusia sendiri menciptakan segala perbuatannya, maka bukankah perbuatan manusia itu sangat banyak? Mungkin sekali kalau begitu, makhluk manusia (hamba) akan lebih banyak daripada makhluk Allah! Perbuatan manusia adalah banyak dan mungkin ianya lebih banyak dari perbuatan Allah sendiri!"

3) Kalau benar menciptakan keburukan itu keji dan ia tidak layak dikaikan dengan Allah, maka siapakah pula yang menciptakan syaitan yang merupakan punca segala bentuk kejahatan itu? Hakikatnya, baik dan buruk Allah yang jadikan. Sekiranya yang buruk bukan Allah (tetapi kita) yang jadikan mengapa perkara buruk dan perkara yang kita tidak suka masih berlaku kepada kita?

4) Imam Abu Hanifah pernah berdebat dengan seorang Qadari (orang yang berfahaman Qadariyyah). Kata beliau: "Cuba kamu sebutkan huruf Ha dan Fa. Pastikan juga makhraj kedua-dua huruf itu terlebih dahulu. Kemudian cuba kamu sebut huruf Ha dengan menggunakan makhraj huruf Fa dan seterusnya cuba sebut huruf Fa dengan menggunakan makhraj huruf Ha pula. Bolehkah atau tidak? Kalau tidak boleh, bagaimana kamu mendakwa manusia sendirilah yang menciptakan segala perbuatannya?" Soalan Imam Abu Hanifah itu terus mematikan hujah Qadari yang berdebat dengannya.

5) Semua pihak menerima bahawa perbuatan manusia, bahkan wujud manusia itu sendiri adalah mumkin (sesuatu yang tidak pasti ada dan tiadanya). Kuasa Allah pula adalah sempurna, mutlaq dan sebenar. Dalam keadaan ini Apakah mungkin kuasa Allah yang mutlak boleh ditandingi oleh manusia yang sifatnya "mumkim" (boleh jadi ada dan boleh jadi tiada)?

Kedua: Golongan Jabriyyah dan Jahamiyyah

Golongan ini berpendapat, manusia langsung tidak mempunyai kuasa. Mereka hanya seperti sabut atau batu yang tidak mempunyai apa-apa ikhtiar dan pilihan. Pendek kata, manusia pada pandangan mereka adalah majbur mahdh (makhluk hidup yang segala perbuatan dan gerak-gerinya menurut kehendak orang lain semata-mata).

Fahaman seperti ini juga terpesong daripada landasan kebenaran.

Alasan ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah dalam membantah pengangan mereka antara lainnya ialah:

1) Kalau manusia majmur mahdh, tentulah tidak ada langsung perbezaan di antara perbuatan dan pergerakan yang dipilihnya dengan perbuatan dan pergerakan yang tidak dipilihnya.

Dalam keadaan biasa manusia akan menyuap makanan ke mulutnya sesuai dengan pilihan, kemampuan dan kesedaran yang ada padanya.

Tetapi jika ia mengalami penyakit Parkinson misalnya, di mana pergerakan anggota badan seseorang itu berada dalam keadaan tidak terkawal, tangannya mungkin tidak ke mulut, tetapi ke dahi.

Semua ini menunjukkan setengah-setengah perbuatan dan pergerakan manusia itu berlaku dengan kehendak dan pilihannya sendiri, juga bukan semua perbuatan dan pergerakannya berlaku tanpa kehendak dan pilihannya.

2) Kalau manusia langsung tidak berkuasa dan tidak mempunyai pilihan, kenapakah ada hukuman terhadap pesalah-pesalah dan penjenayah-penjenayah?

Bukan Allah sahaja menetapkan hukuman untuk mereka, manusia juga menerima baik hukuman untuk orang-orang seperti itu. Kerananya mereka mengadakan penjara, mengenakan denda dan sebagainya.

Orang-orang yang baik dan berjasa juga tidak layak disanjung dan dipuji, apa lagi diberikan habuan dan ganjaran kerana kebaikan dan jasa-jasanya. Lantaran kesemua keistimewaannya itu bukanlah hasil usahanya sendiri.

Segala penat lelah dan jerih perih yang ditanggung pekerja dan pengusaha pada hakikatnya tidak ada apa pun. Kerana itu tidaklah layak dia menerima apa-apa upah atas segala pekerjaan yang dibuatnya!

Bolehkah sesiapa, termasuk golongan Jabriyyah sendiri menerima akibat fahaman seperti itu?!

Ketiga: Golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah

Mereka adalah golongan yang berada di atas kebenaran kerana pegangan mereka yang bersesuaian dengan ajaran al-Qur’an, as-Sunnah dan aqal yang sejahtera.

Menurut pegangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, manusia itu mempunyai kuasa, usaha dan ikhtiar yang cukup tetapi terhad untuk melakukan sesuatu perbuatan.

Semua itu dikurniakan oleh Allah kepada mereka dalam kadar yang layak dia diberikan ganjaran atas kerja-kerja dan usaha-usahanya yang baik dan layak pula dia dihukum atas perbuatan-perbuatan dan usaha-usahanya yang buruk.

Syah Waliyyullah berkata: "Manusia memang menghendaki dan memilih kebanyakan perbuatan yang dilakukannya. Tetapi sifat menghendaki dan memilih yang ada pada manusia itu di luar daripada (bukan) kehendak dan pilihannya. Keadaannya sama seperti sifat mendengar dan melihat yang ada pada manusia. Semuanya adalah kurniaan Allah kepadanya. Walaupun manusia bukan pencipta sifat-sifat itu, namun tetap boleh dikatakan dia melihat, dia mendengar, dia menghendaki dan dia memilih itu dan ini, apabila sifat-sifat itu ada padanya."

Manusia memilih dan menghendaki perbuatan yang dilakukannya tetapi perlu diyakini bahawa sifat menghendaki itu adalah ciptaan Allah.

Sifat menghendaki dan memilih yang ada pada manusia adalah di luar kehendaknya. Oleh itu tidak semua kita dapat apa yang kita kehendaki.

Allah mencipta malaikat yang tiada kehendak untuk makan, kahwin dsb. Begitu juga Allah boleh jadikan semua manusia beriman, tapi Allah tidak kehendaki begitu. Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat (dengan diberi pilihan apa yang kamu hendak buat).

Bila sakit, walaupun doktor yang memberikan ubat, di sisi aqidah kita hendaklah percaya bahawa yang menyembuhkan ialah Allah, bukan ubat atau doktor. Yang mematikan dan menghidupkan kita ialah Allah walaupun pada zahirnya ianya disebabkan oleh kemalangan, racun dan sebagainya.

Tanpa kepercayaan kepada takdir kita akan sentiasa kecewa dan resah. Dengan yakin kepada takdir kita hidup dalam keadaan tenang dan redha.

Falsafah Takdir

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan jangan pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

Wallahu a'lam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/10/persoalan-qada-dan-qadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dolar Mendapat Faedah Daripada Pendirian Hawkish Fed Ulasan Mengenai Usd Nzd Aud

Dolar Mendapat Faedah Daripada Pendirian Hawkish Fed Ulasan Mengenai Usd Nzd Aud

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 72 hits
Hasil Perbendaharaan AS selama 10 tahun telah meningkat melebihi 4 55 paras tertinggi dalam tempoh 16 tahun Ini mungkin kerana isyarat dari pegawai Rizab Persekutuan bahawa kadar faedah tidak akan menurun dalam tempoh masa terdekat Pada mas...
Wall Street Semakin Meningkat Apakah Petunjuk Data Ekonomi Mengenai Laporan Inflasi Yang Akan Datang

Wall Street Semakin Meningkat Apakah Petunjuk Data Ekonomi Mengenai Laporan Inflasi Yang Akan Datang

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 151 hits
Pelabur nampaknya dengan tekun menganalisis data ekonomi terkini mengawasi keadaan di Washington Persoalan hari ini bolehkah penggubal undang undang AS menghalang penutupan kerajaan yang berpanjangan Dinamik Hasil Bon Perbendaharaan juga me...
Lelaki Ini Dipenjara 263 Tahun Pada Tahun Berapa Dibebaskan Jadi Persoalan Netizen

Lelaki Ini Dipenjara 263 Tahun Pada Tahun Berapa Dibebaskan Jadi Persoalan Netizen

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 150 hits
Pengajar kelas renang dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 32 pertuduhan rogol amang seksual dan melakukan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya di antara awal Januari 2020 hingga 14 Ma...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega

Wan Maimunah Meraung Dapat Panggilan Haji Tak Sangka Doa 2 Tahun Lalu Dimakbulkan

Riezman Khuzaimi Rasa Terhina Ditawar Berlakon Serendah Rm150 Sehari