Persiapan Dokumen Nasi Blauk


 Assalamualaikum wbt

HIDUP harus diteruskan..
Selepas abah pergi, tinggallah kami empat beranak di rumah. Masa ni, Along dah kahwin dan berhijrah ke Melaka. Angah sedang menyambung pengajian di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Yang tinggal, ibu, Sk, Cikwa dan Cik Ani. Masa ni, Sk kerja sambilan sebagai operator di sebuah kilang. Sk dah mula kerja seminggu selepas tamat SPM konon untuk cari pengalaman sementara nak sambung belajar. Tapi, tak sangkut dengan mana-mana universiti, tulah, dulu masa sekolah malas, kan.
 Sehinggalah satu hari tu, Sk bergaduh dengan bos berbangsa Jepun. Kau mampu, umur 18, gaduh dengan bos?? Hahaha. Puncanya, kami dipaksa bekerja 12 jam sehari dan Sk rasa macam tak adil aje. Ialah, selalunya kalau rasa tak nak kerja lebih masa, boleh balik ikut jadual, ni tiap hari kena kerja 7 pagi hingga 7 malam, 7 malam hingga 7 pagi, giler! Jadi, Sk berhenti dan mohon kerja sebagai salesgirl di Mun Loong (Department Store) yang terletak di Plaza Kotaraya. Tak sampai sehari bekerja, rasa serba tak kena, nak layan pelanggan pun terpinga-pinga, pukul 11 pagi Sk jumpa supervisor mintak berhenti, hahahaha. Nantilah, kalau terbuka hati, Sk cerita, macam mana mampu mengubah nasib sehingga berada di tahap sekarang ini. Bukanlah berjaya, tak cantik tak apa janji kaya ke apa.. tapi sekurang-kurangnya tidaklah hidup melarat.
Tapi... tu la.. dulu.. beli kereta nak pergi kerja
sekarang ni.. pergi kerja sebab nak bayar kereta. 
Ingat.. tak penat ke kerja.. penat tau!
Tapi, kalau tak kerja, macam mana nak beli coffee 😎

Sejak minggu lepas, sehari dua, Iman ikut Sk ke pejabat. Dia tak pergi saing Sk sebaliknya akan dihantar Pak Inche. Sk kan nak keluar cepat, jadik, mintaklah babahnya yang masuk pejabat pukul 9 hantarkan. Antara sebabnya, nak pergi CIMB Bank buka akaun baharu. Kenapa tak bagi Iman bawa jer kereta Sk dan pergi sendiri? Iman belum yakin lagi nak memandu seorang di jalanraya yang mencabar di JB ni. Bapaknya lagilah tak bagi. Nak ambil lesen dulu pun emak yang paksa, kalau ikut bapaknya, memang tak bagi ambil lesen, hahaha. Sampai bila nak kepit anak bawah ketiak. Bak kata ibu Sk, keringkan jer hati tengok kami terkedek-kedek jalan kaki pergi sekolah


Petang, hari yang sama buka akaun CIMB tu, kami ke pejabat SSPN atau PTPTN yang terletak di Bandar Baru Uda. Dah mintak izin dengan bos, dah siapkan semua laporan dan surat-menyurat, baru keluar. Masa pengajian peringkat diploma dulu, Iman tak mohon PTPTN tapi kali ini Sk rasa wajar untuk Iman memohon kerana modal kali ni agak besar. Yurannya saja dah mencecah riban, belum lagi keperluan semasa belajar. Nak siapkan laporan tugasan dan buat pembentangan bukan guna air liur saja. Tapi, kami ke sini sebenarnya nak buat aduan, pasal Iman beli nombor pin, sebaik sahaja selesai urusan pembelian nombor pin dalam talian, berlaku 'error' tapi nombor pinnya tak dapat. Walaupun RM5, kena jugaklah tuntut hak, kan.. hahaha


Tapi, lain pulak jadinya. Pegawai bertugas kaunter beritahu, Iman perlu buka akaun baharu kerana akaun sebelum ini di bawah nama ibu. Masa buka akaun ni, Iman 10 tahun, jadi dah 21 tahun, akaun atas nama ibu perlu ditutup dan wangnya akan dikembalikan ke akaun bank ibu. Terkejut Sk tengok baki tu, Iman kata, bolehlah dia beli stationery, alaaa.. bonda baru ingat nak jimba-jimba, hahaha


Selesai urusan bank dan PTPTN, esoknya, terpaksa tebalkan muka mintak izin keluar pejabat lagi. Kali ini perlu ke Jabatan Hasil Dalam Negeri di Menara Jati untuk beli dan matikan setem hasil. Nak sambung pengajian di UTM, perlu ada dua penjamin dan setiap penjamin dikenakan membayar setem hasil bernilai RM10. Beratur dulu untuk beli setem hasil. 
     
Sekarang Jabatan Hasil dah guna e-setem. Kena masukkan butiran penjamin dalam laman web hasil kemudian tuliskan butiran dalam borang lain pulak. Iman dah give up. Jadi, Sk sambung isi maklumat dalam laman web, dah siap, oh, baru faham.. begituuuuu rupanya. Jadi, bawa bertenang dan bersabarlah


Dah siap masukkan semua maklumat dalam laman web dan borang, kena beratur semula untuk ambil nombor. Kemudian, tunggulah nombor dipanggil. Ramai sangat orang dan Sk perhatikan kebanyakannya mungkin mempunyai urusan yang sama dengan kami. Borang Hasil dan dokumen/ sijil hendaklah dibuat dua salinan dan disahkan oleh pegawai yang berkelayakan. Ini termasuklah sijil kelahiran ibubapa ya. Jika sijil kelahiran ibubapa dah hilang, kena buat cabutan semula di Jabatan Pendaftaran Negara. 

Untuk sahkan dokumen, kami pilih ke Pejabat Daerah Johor Bahru. Bawalah dokumen asal bersama supaya senang untuk dirujuk. Diingatkan juga, pengesahan di Pejabat Daerah ni adalah mengikut alamat kita ya. Jika alamat pelajar di Kota Tinggi, kena pergi Pejabat Daerah Kota Tinggi. Jika alamatnya di Kuala Selangor, kena pergi Pejabat Daerah Kuala Selangor. Selain pejabat daerah, boleh juga minta pengesahan dari Ketua Kampung, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pengetua atau Pegawai Kerajaan yang berkelayakan


Dah laparrrr.. Iman ajak makan di Restoran Nasi Blauk yang baru sahaja dibuka di bangunan baharu berhadapan Larkin Sentral atau Perhentian Bas Larkin. Bangunan baharu ni mengadap tempat menurunkan penumpang PBL


Makanan dipesan secara layan diri. Walaupun tengahari tengah panas, tekak nak minum Nescafe O panas, hehehe

     
Sk pilih Nasi Kerabu Ayam. Ayamnya, ayam goreng kunyit ala-ala jer. Tapi, nasi, ulam dan sambal, tidak mengecewakan



Iman nak makan Nasi Daging Harimau Menangis, tapi rimaunya tak mengaum. Jadi, pesan nasi dengan tomyam ayam. Dah lebih separuh Sk makan, baru makanannya sampai. Tomyam sedap tapi wangi. Wangi datang dari mana tataw.. hihihi

Sk ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa sama ada tertulis atau tidak untuk arwah abah Sk ya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/persiapan-dokumen-nasi-blauk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Sayur Bayam Merah Membuat Nasi Bertambah Tambah

Masak Lemak Sayur Bayam Merah Membuat Nasi Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 339 hits
Sekarang ni banyak konten dalam media social terutama tiktok yang menyebut saya berpendidikan nampak jer saya ni cokia cokia Hahaha tersenyum jer saya mendengarnya Ada kedengaran seperti sedikit macam tak nak kalah lah Apa yang dimaksudkan ...
Foodpanda Malaysia Kongsi Kegemaran Nasi Lemak Terbaik Dari Sekitar Lembah Klang

Foodpanda Malaysia Kongsi Kegemaran Nasi Lemak Terbaik Dari Sekitar Lembah Klang

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 285 hits
Malaysia menawarkan pelbagai sajian tempatan menarik yang diraikan dan digemari oleh rakyat Malaysia Bagaimanapun satu pilihan yang pastinya menyerlah semestinya makanan ruji Malaysia Nasi Lemak Sebagai sebuah syarikat teknologi yang sangat...
Sambal Tumbuk Cili Hijau Lagi Sedap Ikut Kaedah Ni Tak Cukup Nasi Sepinggan

Sambal Tumbuk Cili Hijau Lagi Sedap Ikut Kaedah Ni Tak Cukup Nasi Sepinggan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 261 hits
Jika sambal belacan hanya ditumbuk lumat sahaja tanpa ditumis lain pula dengan sambal tumbuk ini yang ditumis terlebih dahulu Seakan sambal tumis lain namun digantikan dengan cili padi hijau yang turut mempunyai kepedasannya tersendiri Mema...
Nasi Kandar Jalil Bagan Dalam Butterworth Pulau Pinang

Nasi Kandar Jalil Bagan Dalam Butterworth Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 221 hits
Nasi Kandar JalilNasi Kandar JalilNasi Kandar Jalil ni terletakn di Bagan Dalam Butterworth Pulau Pinang Rare sikit nasi kandar ni sebab duduk dalam kawasan rumah flat Macam restoran dalam kawasan rumah flat jugak Aku pun tak tahu menahu pa...
Nasi Goreng Stail Cina

Nasi Goreng Stail Cina

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 216 hits
Hah kalau suruh Kjee buat nasi goreng cara ini sahaja terlintas di fikiran Nasi goreng lain itu bidang tugas my asben Dia terer buat Nasi goreng ini Kjee buat lepas Subuh tadi Kami nak balik kampung so perut mesti kenyang sebab perjalanan l...
Nasi Goreng Petai

Nasi Goreng Petai

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 439 hits
saya tukang masak jer sebab saya tak makan petai dan ini request dari en asben yang beli petai dah siap2 buang kulit tu dah lah sebungkus tu punyalah banyak entah berapa lama lah nak abes agaknya tu nanti nak buatkan sambal bilis petai pula...
Nasi Lemak Pak Zain Sambal Kerang Menyambut Kehadiran Orang Jauh

Nasi Lemak Pak Zain Sambal Kerang Menyambut Kehadiran Orang Jauh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum Hi korang Sabtu lepas SA meraikan tetamu yang datang bertandang ke rumah Tetamu jauh dari Johor Bharu datang berdua je memandangkan ada tetamu yang datang dan sarapan pun atas permintaan tetamu makanya kita jamu la seadanya ...
Resepi Nasi Ayam Sedap Bak Hang

Resepi Nasi Ayam Sedap Bak Hang

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 295 hits
RESEPI NASI AYAM SEDAP BAK HANGBAHAN REBUS AYAM1 ekor ayam dipotong 82 ulas bawang putih ditumbuk halus2 cm halia ditumbuk halus1 kiub ayamAir secukupnyaBAHAN PERAP AYAM1 sudu besar kicap pekat1 sudu besar sos tiram1 cm halia ditumbuk halus...
Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

Mak Kongsi Resipi Sambal Ikan Gonjeng Masin Sedap Gaul Nasi Panas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 267 hits
Sambal Ikan Gonjeng Masin perkongsian saudari Nuriani Buang ini sangat istimewa Mana tidaknya ia adalah resipi yang dikongsi dari ibunya Sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan ternyata sambal ini sangat sedap dan membuka...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism