Persiapan Awal Sebelum Mengerjakan Umrah Part 4
Persiapan Awal Sebelum Mengerjakan Umrah. Part 4بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيمAsalamualaikum & Salam Sejahtera
Etuza teringat nak memberi infor dalam blog Etuza ini, hal perlunya persediaan rapi sebelum mengerjakan Umrah ke Mekah. Sangat penting sebenarnya bagi yang bakal menjadi tetamu Allah sama ada mengerjakan Umrah dan Haji.
Sebaik sahaja Etuza mendaftar, malah sebelum mendaftar Etuza banyak kan mencari maklumat tentang Umrah menerusi Google Internet, melalui pembacaan buku-buku yang menceritakan hal Umrah sebagai panduan dan mendapatkan informasi mengerjakan Umrah. Individu yang tidak melakukan tindakan awal seperti membuat pembacaan atau tidak mendapatkan ilmu pengetahuan hal Umrah pasti akan mengalami kesukaran dan ujian saat mengerjakan Umrah di Tanah Suci. Etuza katakan seperti ini, kerana telah mengalami sendiri semasa mengerjakan Umrah baru-baru ini.
Etuza sarankan andai nanti tersenarai untuk mengerjakan Umrah, tidak perlu takut, risau dan bimbang sebagaimana awal perasaan yang Etuza alami. Etuza ada perasaan bimbang dan macam-macam sebelum ke Mekah kerana terus terang Etuza katakan Etuza tidak berapa mendalami ilmu pengetahuan hal Umrah melainkan Etuza lebih mendalami setelah betul-betul berniat dan nekad bertindak handak mengerjakan Umrah. Etuza juga mengalami rasa segan untuk bertanya banyak perkara hal Umrah kepada teman-teman sekampung yang terdahulu menunaikan Umrah. Kerana mereka kelihatan tidak banyak cakap dan tak semua memberitahu pengalaman mereka di tanah Suci. Mereka lebih banyak menyimpan apa yang mereka alami, dan mereka kelihatan selesa berbuat begitu.
Lawatan atau Ziarah di Ladang Unta di Thoif..Saujana batu pasir, bukit berbatu yang sangat hebat..Subahanallah
Persiapan awal yang perlu di lakukan ialah:-
1. Menjaga kesihatan diri, kesihatan merangkum emosi , fizikal dan mental.2. Membuat pembacaan yang banyak dan kerap tentang Ibadah Umrah, dari segi syarat dan pantang larang semasa mengerjakan Umrah.3. Mengenal diri sendiri, kelemahan diri, membetulkan pemikiran dan memusatkan niat untuk beribadan dan mengharap kasih sayang dan keampunan dari Allah.4. Solat wajib dan solat sunat kena tertib yakni tepat waktu, kerana di Mekah nanti sebelum azan waktu solat wajib kena berada depan kaabah iktikaf dan melakukan apa juga ibadah yang menjurus membesarkan Allah.5. Rajin bangun awal pagi , datang ke masjid di tempat sendiri untuk berjemaah, bagi yang memang rajin jemaah di masjid ikut waktu sudah terbaik dan mantapkan lagi.6. Ambil masa bertanya kepada yang sudah pernah mengerjakan Umrah, ambil kata nasihat mereka sebagai panduan agar Umrah nanti lebih sempurna.7. Sediakan pakaian secukupnya, jangan lupa bawa jekat tebal untuk di pakai ketika waktu subuh, agar membaluti tubuh dan tidak terkena cuaca sejuk.8. Produk kesihatan juga kena ambil berat, kena sediakan dan pastikan produk yang HALAL.9. Beli selipar dua pasang, untuk mengelak dari selipar hilang, kerana memang berlaku kehilangan selipar yang tak disangkakan.10. Catatkan doa yang di minta oleh ahli keluarga, kawan atau saudara mara yang lain. Ini menjadikan kita tidak lupa membacakan doa yang mereka minta.
Sekian sahaja tips atau panduan awal yang perlu di lakukan sebelum flight mengerjakan Umrah di Tanah Suci, semoga memberi panduan dan bermanfaat kepada yang memerlukan panduan hal Umrah. Terima kasih kerana membaca informasi ini. Tips yang Etuza berikan itu pasti akan lebih memudahkan anda semasa mengerjakan Umrah anda. Mohon buat dan fahami ibadah Umrah itu sedalam-dalamnya. Moga membantu.
Keadaan atau situasi ibadah di hadapan Kaabah di Mekah di Tanah Suci. Subahanallah, segala puji hanya untuk Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/12/persiapan-awal-sebelum-menegrjakan.html