Persepsi Terhadap Mahkamah Syariah



WALAUPUN bergelar negara Islam, masyarakat Malaysia masih mempunyai persepsi bahawa mahkamah syariah berada pada kedudukan kelas kedua berbanding mahkamah sivil.

Ada juga yang secara sinis mengatakan mahkamah syariah hanya membicarakan kes-kes khalwat dengan penglibatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan pendekatan mengintip dan mengintai bagi membuat pendakwaan di mahkamah.

Itulah imej mahkamah syariah bagi pihak-pihak tertentu. Walaupun mahkamah syariah telah melalui pelbagai perubahan dari segi pentadbiran, bidang kuasa, personel dan juga taraf, ia masih menerima kritikan pelbagai pihak. Kritikan yang dibuat sudah pasti menekankan kelemahan-kelemahan institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Antara teguran utama yang sering dipaparkan atau dikongsi di media sosial adalah terlalu banyak kes tertangguh dan prosedur mahupun keputusan yang dilihat sebagai menindas plaintif yang kebiasaannya golongan wanita.

Perkongsian sebegitu menyebabkan masyarakat yang tidak terlibat secara langsung dengan mahkamah turut marah sehingga terikut-ikut mengkritik mahkamah syariah.

Sebagai contoh, beban pembuktian adalah ke atas plaintif yang mungkin seorang isteri yang teraniaya. Jika mendakwa dipukul, plaintif perlu mendapatkan laporan hospital. Penderaan mental pula sukar dibuktikan tanpa rawatan psikiatri di hospital. Jika ada bukti sekalipun apabila difailkan perceraian, defendan (suami) masih boleh melengahkan perbicaraan.

Ketidakhadiran defendan adalah sesuatu yang biasa atau kerap berlaku walaupun saman telah diserahkan dengan tangan dan diterima. Alasan biasa adalah tidak ada masa, sibuk, ada kerja dan sebagainya. Mahkamah akan memberikan tarikh lain yang sudah semestinya bukan sehari dua dari tarikh asal. Mungkin sebulan dua atau lebih lama.

Tarikh yang kedua juga begitu. Defendan tetap culas untuk menghadirkan diri dengan alasan yang dibuat-buat sehingga waran tangkap pula dikeluarkan. Adakah mereka tidak takut dengan waran tangkap? Adakah waran tangkap kes syariah tidak sekuat waran tangkap untuk jenayah sivil?

Sebenarnya tidak. Pelaksanaan waran tangkap kes syariah melalui penguat kuasa agama sama sahaja dengan waran tangkap kes jenayah sivil. Cuma sebelum ini, pihak jabatan agama banyak bertoleransi dan berlembut dalam isu kekeluargaan. Namun, akibat sikap sambil lewa pihak defendan yang semakin menjadi-jadi, mahkamah telah mula mengubah pendekatan kepada terus tangkap tanpa amaran.

Proses perbicaraan yang mengambil masa yang lama disebabkan penangguhan kes dan kelewatan menyelesaikan kes seperti perceraian serta tuntutan nafkah mengakibatkan tekanan perasaan, menyebabkan wanita yang teraniaya menjadi marah, beremosi dan kecewa. Lebih teruk lagi, penangguhan kes biasanya akan meningkatkan kos guaman yang sedia tinggi.

Kes-kes tertangguh di mahkamah bukanlah asing dan ia juga merupakan masalah di mahkamah sivil. Penangguhan kes adalah suatu tindakan yang dibenarkan dan diperuntukkan dalam undang-undang.

Tujuan penangguhan sesuatu kes ke tarikh yang lain dalam beberapa keadaan bertujuan memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding. Umpamanya, untuk mendapatkan keterangan daripada pihak-pihak yang terlibat, saksi-saksi atau untuk mengeluarkan perintah penghakiman.

Tidak kira plaintif atau defendan mahupun peguam dan mahkamah, tegakkanlah keadilan kerana apa juga tindakan kita, semuanya akan ditanya dan diadili ALLAH SWT. Semoga persepsi negatif terhadap mahkamah syariah boleh diubah dengan usaha penambahbaikan secara berterusan melalui pelaksanaan audit yang telus. Ia penting demi menjaga integriti institusi kehakiman syariah dan imej Islam itu sendiri.

Dr Johari Yap
Naib Presiden Macma Malaysia
Pengerusi Macma Kelantan.

#Sumber :  SH  

MR :   Kerana ada Melayu Islam bodoh dalam agama dan politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/persepsi-terhadap-mahkamah-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Pemimpin Ngo Melayu

Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Pemimpin Ngo Melayu

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 235 hits
Teresa Kok dan Azwanddin Hamzah bersetuju untuk menyelesaikan saman pada Julai bulan lepas tetapi Azwanddin gagal mematuhi penyelesaian luar mahkamah itu KUALA LUMPUR Bekas menteri industri utama Teresa Kok hari ini menarik balik permohonan...
Pm Gesa Mahkamah Syariah Guna Teknologi Baharu

Pm Gesa Mahkamah Syariah Guna Teknologi Baharu

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 297 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara Tahun 2020 di Movenpick Hotel dan Convention Centre Sepang Selangor foto SYAFIQ AMBAK SEPANG Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Cabaran Mahkamah Terhadap Pengampunan Sabitan Anwar Ibrahim Oleh Ydpa Melalui Nasihat Lembaga Pengampunan

Cabaran Mahkamah Terhadap Pengampunan Sabitan Anwar Ibrahim Oleh Ydpa Melalui Nasihat Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 310 hits
Haniff Khatri Abdulla Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera 1 Pada 26 02 2020 MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ seorang Peguam dan Rakyat Malaysia telah mencabar di MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR melalui Peguamca...
Mahkamah Batal Saman Najib Terhadap Ambank Bekas Pengurus

Mahkamah Batal Saman Najib Terhadap Ambank Bekas Pengurus

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 373 hits
Hakim Khadijah Idris memutuskan saman difailkan Najib sebagai suatu yang melampau menyakitkan hati remeh temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah
Tiktok Rayu Mahkamah Persekutuan Sekat Tindakan Trump Haramkan Aplikasi Mereka

Tiktok Rayu Mahkamah Persekutuan Sekat Tindakan Trump Haramkan Aplikasi Mereka

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 172 hits
Lagi tentang aplikasi TikTok Aplikasi TikTok ni semakin popular di dunia dan Malaysia juga tidak ketinggalan apabila semakin ramai anak muda yang telah mula terjebak dengan melakukan video kreatif menggunakan aplikasi ini Bagaimanapun sebel...
Mahkamah Pekebun Durian Berdepan Dengan Hukuman Gantung Sampai Mati

Mahkamah Pekebun Durian Berdepan Dengan Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 442 hits
MELAKA Seorang pekebun durian berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita awal bulan ini Tertuduh Lo Kui Khiong 54 hanya mengangguk faham selepas per...
Selepas Didenda Mahkamah Liana Rosli Jamin Produk Jamunya Selamat

Selepas Didenda Mahkamah Liana Rosli Jamin Produk Jamunya Selamat

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 343 hits
Peniaga jamu kontroversi Liana Rosli memberi jaminan produknya Sweet Dara khusus merawat masalah dalaman wanita selamat dimakan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia Anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu membuat kenyataa...
Trump Akan Melantik Amy Barrett Sebagai Calonnya Untuk Mahkamah Agung

Trump Akan Melantik Amy Barrett Sebagai Calonnya Untuk Mahkamah Agung

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 225 hits
Donald Trump merancang untuk melantik Hakim Mahkamah Rayuan Persekutuan Amy Coney Barrett sebagai calonnya untuk Mahkamah Agung Sekiranya diluluskan oleh Senat Barrett akan menggantikan Hakim Ruth Bader Ginsburg yang meninggal pada 18 Septe...
Mahkamah As Menangguhkan Keputusan Untuk Membuang Wechat Di Kedai Aplikasi Apple Dan Google Di Amerika Syarikat

Mahkamah As Menangguhkan Keputusan Untuk Membuang Wechat Di Kedai Aplikasi Apple Dan Google Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 251 hits
WeChat sebuah perkhidmatan pesanan milik orang Cina yang terkenal telah dilabel sebagai ancaman bagi keamanan negara meletakkannya di bawah senarai aplikasi yang akan dilarang di Amerika Syarikat Walau bagaimanapun WeChat adalah platform ko...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone