Persempadanan Terpilih Dap Dominasi Parlimen Ini


 
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 23 NOVEMBER 2023.
Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya, DAP jadi parti amat berkuasa – Muhyiddin
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keyakinannya bahawa Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan.
Katanya, ahli Parlimen DAP telah bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru- baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutamanya untuk menambah kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar.
Malah, menurut beliau, Timbalan Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya telah dimulakan bagi negeri Sarawak pada tahun ini, Sabah pada tahun 2025 dan Semenanjung Malaysia pada tahun 2026.
Rentetan daripada itu, Muhyddin menjangkakan kerusi DAP akan bertambah sekali ganda jika proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.


Katanya, Daripada 40 kerusi yang dimiliki oleh DAP sekarang mungkin akan bertambah menjadi 80 kerusi tidak termasuk “gerrymandering” yang akan dibuat di kawasan-kawasan Parlimen sedia ada untuk memberi kelebihan kepadaparti DAP dan rakan-rakan sekutunya di dalam PH.
“Jika ini berlaku, DAP akan menjadi sebuah parti yang amat berkuasa di dalam kerajaan. Saya percaya, pada masa itulah cita-cita utama DAP yang memperjuangkan kesamarataan hak dan penghapusan dasar-dasar pro-Bumiputera seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Setapak 1967 dan Perlembagaan DAP akan dilaksanakan.
“Adakah kita sanggup biarkan perkara ini berlaku saudara- saudara?? Adakah kita sanggup biarkan ia berlaku?? Adakah kita sanggup biarkan ia berlaku?” soal Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam.
Sehubungan dengan itu, Muhyiddin mahu usaha mesti digerakkan segera untuk menyatu padu parti-parti Melayu.
“Janganlah sengketa sesama kita menyebabkan bumi yang kita pijak ini menjadi milik orang. Masa tidak menyebelahi kita lagi kerana kuasa pun sudah tiada di tangan kita.
“Usaha juga mesti dilakukan segera untuk Perikatan Nasional kembali ke Putrajaya sebelum nasi menjadi bubur. Hanya dengan cara inilah, cita-cita songsang mereka itu boleh kita halang,” katanya. – MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Persempadanan terpilih', DAP dominasi Parlimen.
Lihat komen ini..
(i) Awas, DAP akan menang 63 kerusi PRU16, jika berlaku dominasi Parlimen.



Di KL, DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih, demikian kata Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.
Menurutnya, idea daripada DAP itu disebut ‘terpilih’ kerana akan melibatkan kawasan-kawasan bandar yang padat penduduk di mana terdapat 29 kawasan Parlimen seperti itu di seluruh negara.
Jelas beliau, sekiranya persempadanan semula secara terpilih tersebut dilaksanakan di 29 kawasan Parlimen itu, akan timbul 30 kawasan Parlimen baharu hasil pecahan kepada 70,000 pengundi bagi setiap Parlimen.
Beritahunya, pada ketika ini iaitu hasil keputusan pada PRU15 lalu, daripada 29 kerusi Parlimen tersebut, terdapat 11 kawasan seperti itu sudahpun dikuasai DAP, 14 lagi daripada PKR dan empat lagi oleh PAN.
(Selanjutnya sila rujuk 'DAP akan menang 63 kerusi PRU16, dominasi Parlimen' – HARAKAHDAILY 7/12/2023)

(ii) Oo, tidak perlu patah semangat satukan parti Melayu.. Menurut ADUN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Di KL, semua pemimpin parti-parti teras Melayu Islam harus berlapang dada membina kekuatan bersama demi menjaga negara Malaysia daripada dijajah oleh kuasa asing.

ADUN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata demikian, susulan kenyataan media yang dikeluarkan semalam oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa ‘Umno tidak perlu lagi memikirkan kerjasama parti itu dengan PAS’. 
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustaffa mengatakan bahawa seruan kepada penyatuan dan perpaduan ummah sangat dititikberatkan untuk memperkuatkan umat Islam bagi menghadapi pelbagai cabaran terhadap ajaran Islam. 
Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin Islam dan parti-parti Melayu Islam di negara ini duduk di meja perundingan bagi membincangkan kekuatan bersama bagi mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra di Malaysia.
(Sila rujuk 'Tidak perlu patah semangat satukan parti Melayu' -HARAKAHDAILY 7/12/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.





Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Ikutilah siri keganasan Israel di Palestin, tanda hayatnya sudah dekat..1.Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..2.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++3. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..4. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?5. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...6. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..7. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...8. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/12/persempadanan-terpilih-dap-dominasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 170 hits
harakahdaily comDecember 7 2023Umno mesti berperanan halang persempadanan semula secara terpilihKUALA LUMPUR DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih de...
Prk Parlimen Kemaman Dan Umno Jilat Dap

Prk Parlimen Kemaman Dan Umno Jilat Dap

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 198 hits
PRK Parlimen Kemaman dan Umno jilat DAP https youtu be FmMtVaX7ivw
Pmx Angkuh Tapi Lebih Angkuh Lagi Dap

Pmx Angkuh Tapi Lebih Angkuh Lagi Dap

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 196 hits
PMX angkuh ke mana hilang akal budi PERDANA Menteri ke 10 kata PAS sombong dan angkuh Di pentas yang sama PMX dengan angkuhnya memaklumkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tidak akan memberi peruntukan serta projek kepada wakil rakyat ...
Unease In Dap Over Strained Ties Between Chow Guan Eng

Unease In Dap Over Strained Ties Between Chow Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 264 hits
Penang chief minister Chow Kon Yeow and his predecessor Lim Guan Eng who appear to have been at odds recently PETALING JAYA Unease is said to be swirling in DAP over strained ties between Penang chief minister Chow Kon Yeow and his predeces...
Barua Dap Fuad Terasa Ke Ni

Barua Dap Fuad Terasa Ke Ni

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi menjelaskan Umno bersama dalam kerajaan perpaduan atas dasar tanggungjawab selepas dititahkan Yang di Pertuan Agong Adun Rengit itu menegaskan Umno masih berjuang bersama parti kompone...
Umno Dah Jadi Barua Dap Isham Kata

Umno Dah Jadi Barua Dap Isham Kata

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA Umno terus menerima penolakan orang Melayu kerana parti yang seharusnya memperjuangkan Melayu dan Islam sudah tersasar dan rela menjadi barua DAP dakwa Isham Jalil Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno mendakwa ada segelintir pemim...
Barua Dap

Barua Dap

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 142 hits
BEBERAPA KERAT ORANG UMNO JADI BARUA DAP YANG AKTIFISHAM PERLU UJUDKAN SATU KUMPULAN PEJUANGIsham Barua DAP bukan dituju pada Umno tapi beberapa pemimpinBARUA DAP MELENTENG TERHADAP ISHAM BARUA DAP MENGGELABAH MEREKA KATAISHAM MEMBARUAKAN U...
Terus Jilat Dap Pas Beritahu Umno

Terus Jilat Dap Pas Beritahu Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 148 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS sudah membuka jalan untuk penyatuan ummah bersama Umno namun terpulang jika parti itu enggan menyertainya dan terus menjilat DAP kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan presiden PAS yang sebelum ini tidak menolak ...
Umno Sebau Dengan Dap

Umno Sebau Dengan Dap

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 302 hits
BANGSA DAN AGAMA TAK SAMA BAUTidak perlu difikirkan lagi kerjasama Umno PAS kata PuadKENAPA Sebab UMNO dan DAP sudah satu baubanyak sangat makan bawang putih jadi hancing PAKAI AKAL YE JIKA ADA YANG MAHU BERSATU MAKA YANG PENTING BETULKAN D...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco