Persekutuan Pekilang Kecewa Dengan Kenaikan Gaji Minimum


malaysiakini.com

Diterbitkan: Mar 21, 2022 12:05 PM
Susulan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,500 mulai 1 Mei, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) melahirkan rasa kecewa kerana gesaannya untuk kenaikan gaji secara beransur-ansur tidak diendahkan

"Kami amat kecewa kerana pemintaan untuk pelarasan progresif bagi gaji minimum semasa keadaan perniagaan sekarang tidak dipertimbangkan.

“Kenaikan kadar gaji minimum semasa daripada RM1,200 kepada RM1,500 adalah peningkatan serta-merta sebanyak 25 peratus ke atas gaji pokok yang akan memberi kesan ke atas kos keseluruhan gaji dan memberi kesan kepada kos perniagaan dan berpotensi menjejaskan perniagaan dan pemulihan ekonomi," kata presiden FMM, Soh Thian Lai dalam satu kenyataan.

Dia berkata berdasarkan dapatan Kajian Keadaan Perniagaan FMM-MIER 2H2021 baru-baru ini yang dijalankan dari 5 Januari hingga 10 Februari lalu, majoriti responden berpendapat kenaikan RM100 dalam gaji minimum adalah kadar yang boleh diterima.

“Sehubungan itu, FMM mencadangkan kepada kerajaan agar pelarasan gaji minimum dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan kenaikan RM100 pada suku ketiga 2022 dan pelarasan seterusnya pada 2023/2024 sehingga mencecah RM1,500,” katanya.

Pada perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, Ismail Sabri mengumumkan kenaikan itu dengan berkata, ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) manakala pengecualian mungkin diberikan kepada syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang lima pekerja dan kurang pendapatan.

Gaji minimum kali terakhir disemak pada 1 Feb 2020, dengan kenaikkan sebanyak RM100 iaitu daripada RM1,100 kepada RM1,200 semasa pembentangan Bajet 2020.

Bantahan oleh FMM dan kumpulan lain seperti Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dicemuh oleh badan pekerja yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dengan setiausaha cawangan Sarawak Andrew Lo memetik laporan Bank Dunia bahawa kenaikan gaji Malaysia jatuh secara drastik di sebalik peningkatan produktiviti.

Soh seterusnya mendakwa bahawa peningkatan kos menjalankan perniagaan akan memberi kesan yang mendalam kepada pemulihan perniagaan dan kemampanan disebabkan oleh risiko berterusan yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19 dan varian Omicron semasa yang terus memberi kesan kepada rantaian bekalan global dan logistik.

"Kenaikan harga bahan mentah termasuk kesan caj pengangkutan laut yang lebih tinggi telah memberi kesan kepada industri sejak Julai 2021 dan masih berterusan berikutan kekurangan kontena global," katanya merujuk kenaikan harga komoditi dan tenaga sebagai faktor lain.

"Walaupun kita perhatikan bahawa perusahaan mikro yang membentuk 78.6 peratus daripada 97.4 peratus daripada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana mikro di negara ini akan dikecualikan daripada gaji minimum baru ini, perusahaan kecil dan sederhana dengan pekerja sehingga 200 tidak terkecuali dan peningkatan mendadak itu akan memberi kesan yang tidak diingini kepada pemulihan perniagaan mereka." katanya.

Menurut Soh, di kalangan ahli FMM sendiri, kurang 2 peratus ahlinya akan menikmati pengecualian itu yang sekali gus memberi kesan kepada majoriti ahli.

“Tambahan pula, memandangkan pekerja asing juga akan menikmati kenaikan gaji, ia akan membawa kepada aliran keluar tambahan hampir RM2 bilion setahun (berdasarkan 1.6 juta pekerja asing yang sah) yang akhirnya akan meningkat kepada hampir RM6 bilion setiap tahun apabila gaji minimum mencecah RM1500," dakwanya.

FMM seterusnya merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk menaikkan serta-merta gaji minimum kepada RM1,500 pada Mei ini dan sebaliknya mengambil pendekatan kenaikan progresif seperti yang dicadangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/persekutuan-pekilang-kecewa-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 134 hits
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 dalam masa terdekat...
Hiburan Mesti Naik Kaw Kaw Umum Gaji Minimum Rm1500 Tapi Ramai Risau Harga Barang Pula Naik

Hiburan Mesti Naik Kaw Kaw Umum Gaji Minimum Rm1500 Tapi Ramai Risau Harga Barang Pula Naik

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 138 hits
Semalam setelah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum mengenai kenaikan gaji minimum sebanyak RM1500 ianya diterima baik dari orang ramai Bagaimanapun ada segelintir netizen yang merasakan dengan kenaikan gaji m...
Domino Effect Apabila Gaji Minimum Rm1 500 Diluluskan Buat Pekerja Majikan

Domino Effect Apabila Gaji Minimum Rm1 500 Diluluskan Buat Pekerja Majikan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 156 hits
DOMINO EFFECT GAJI MINIMUM RM1 500 Untuk rekod kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet Tahun 2020 Kelmarin PM umum gaji minimum RM1...
Mungkin Ramai Hilang Kerja Jika Laksana Gaji Minimum Baharu

Mungkin Ramai Hilang Kerja Jika Laksana Gaji Minimum Baharu

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 157 hits
ismaweb netWajar dilaksana selepas ekonomi negara pulih PenganalisisOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 18 Syaaban 1443H Isnin Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1 500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara mendapat pelbagai reaksi...
Mca Wants 3 5 Year Delay For Smes To Hike Minimum Wage

Mca Wants 3 5 Year Delay For Smes To Hike Minimum Wage

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 239 hits
MCA spokesperson Saw Yee Fung has lauded the new RM1 500 minimum wage starting May 1 but reminded that many businesses are still struggling to adapt in this post pandemic era She welcomed the caveat by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob tha...
Mtuc Gesa Wajibkan Gaji Minimum Rm1 500 Kepada Sektor Swasta

Mtuc Gesa Wajibkan Gaji Minimum Rm1 500 Kepada Sektor Swasta

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 131 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu mewajibkan gaji minimum RM1 500 kepada syarikat swasta melalui perintah gaji minimum Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Kamarul Baharin Mansor berkata kerajaan seharusnya memahami keperluan mendesak ...
Segini Besaran Gaji Guru Honorer Untuk Berbagai Jenjang

Segini Besaran Gaji Guru Honorer Untuk Berbagai Jenjang

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 98 hits
Kamu mau jadi guru honorer Sebaiknya pertimbangkan dulu gaji guru honorer yang ditawarkan berikut ini Pekerjaan ini membutuhkan keikhlasan yang super lho
Rm1 500 Minimum Wage Starting May 1 Pm Tells Umno Agm

Rm1 500 Minimum Wage Starting May 1 Pm Tells Umno Agm

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 148 hits
A national minimum wage of RM1 500 will be enforced starting May 1 Prime Minister Ismail Sabri Yaakob announced at the Umno general assembly today However the rule will only be enforced on companies with five employees or more and there mig...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024