Persediaan Sebelum Travel Atau Melancong Dalam Dan Luar Negara
Sudah beberapa hari atau mungkin sudah seminggu aku tak update entry di blog ni. Sebab aku baru sahaja balik daripada bercuti di negara Kangaroo.
Alhamdulillah, aku berkesempatan bersama keluarga berpeluang untuk melancong atau travel di sebuah negara yang satu-satunya wujud binatang Kangaroo dan Koala iaitu negara Australia.
Aku travel ke salah satu tempat terkenal di Australia iaitu dibahagian barat atau Western Australian, WA iaitu di Perth.
BACA : Itinerari Ke Perth, Australia
Sebelum lebih pergi jauh, perkongsian atau entry ini merupakan adalah pengalaman aku sendiri dan mungkin berbeza dan mungkin sama dengan pengalaman orang lain. Harap ianya juga membantu kepada yang ingin pergi bercuti atau travel ke mana sahaja dan entry ini khusus di Perth, Australian.
Secara amnya, apa yang perlu dibuat atau apa persedian yang perlu dibuat sebelum bercuti, travel atau melancong?
Semua persediaan ini, aku sendiri guna sebelum aku pergi ke Perth baru-baru ini. Pelancongan ini tidak menggunakan mana-mana pakej dan semuanya disediakan sendiri kami sekeluarga.
Persedian Sebelum Travel
Persediaan ini aku mulakan selepas aku beli tiket penerbangan. Ingatlah selagi tiada 'pemangkin' yang digunakan, selagi itu percutian atau perlancongan itu tidak berhasil.
Iainya juga berlaku kali ini, katanya mahu travel bersama keluarga sudah lama tetapi masih tidak berhasil. Akhirnya buat keputusan, cari 1 tempat percutian dan terus beli tiket penerbangan dan destinasi tersebut adalah Perth, Australia.
Tiket penerbangan dibeli lebih kurang sebulan lebih sebelum penerbangan. Jadi dalam tempoh tersebut pelbagai persediaan yang dibuat. Jom kita tengok persediaan sebelum travel atau melancong.
1. Aturcara Perjalanan Atau Itinerary
Sebelum itinerary disiapkan, aku senaraikan dahulu tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi selama di Perth tidak kira la berbayar atau secara percuma. Tidak kira juga sama ada jauh atau hanya di dalam bandar Perth itu sendiri.
Jadi selepas membuat beberapa bacaan daripada blog rakan-rakan terdapat beberapa tempat yang disenaraikan dan dikunjungi selama berada di Perth.
Antara tempat-tempat tersebut adalah Caversham Wildlife Park, The Esplanade, Elizabeth Quay, Lincelin Sand Dunes, The Pinnacles, Junduloop, Fremantle dan beberapa tempat lagi.
Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik di Perth ni yang boleh dikunjungi. Ini antara tempat-tempat yang sempat aku dan keluarga sempat kunjungi selamat bercuti di sana.
Dengan tersenarainya tempat-tempat menarik, baru aturcara perjalanan atau itinerary boleh dibuat bersesuaian dengan tempoh selama mana kita di tempat tersebut.
Antara ciri-ciri yang ada seperti tempoh masa berada disesuatu tempat, cara untuk pergi ke tempat tersebut, adakah ianya tempat berbayar atau percuma dan sebagainya.
2. Tempat PenginapanJika dalam ciri-ciri sebuah itinerary tersebut ada tempoh perjalan untuk sampai ke destinasi, sudah pastinya ianya perlu disiapkan dimana untuk kita tinggal atau menginap selama kita travel atau bercuti.
Di Perth, kami menginap di dalam bandar Perth itu sendiri dan betul-betul berhadapan sebuah Outlet iaitu Watertown Brand Outlet. Sebelum itu, terdapat banyak pilihan untuk kami menginap seperti sewa rumah di tepi laut pun ada, sewa di dalam taman perumahan yang hidup seperti local dan sebagainya.
Jadi kami ambil keputusan untuk sewa apartment di dalam bandar Perth yang pastinya banyak kelebihan seperti mudah untuk bergerak ke tempat-tempat menarik. Ianya juga terletak ditengah-tengah antara tempat-tempat yang disenaraikan di atas, jadi tempoh perjalanan tidak lah terlalu lama atau jauh.
3. Pengangkutan Untuk Bergerak
Kebiasaanya, persediaan sebelum travel ni kita mesti kene tahu, di sana nanti kita nak bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain nak guna pengangkutan apa.
Yang utama adalah pengangkutan awam seperti bas, keretapi, teksi, grab dan sebagainya. Ataupun menggunakan sewaan motor atau kereta. Mungkin juga menaiki feri, bot, kapal terbang jika tiada jalan darat disediakan.
Selama di Perth, kami menggunakan pengangkutan awam, bas dan keretapi dan sewa kereta untuk pergi ke tempat yang lebih jauh dimana pengangkutan awam tidak mampu sampai.
Dengan tempat strategik penginapan kami di dalam bandar, kami juga berjalan kaki untuk pergi ke tempat berdekatan. Sudah pastinya iainya menjimatkan bukan. Pengangkutan semuanya bergantung kepada di mana anda menginap. Jadi buat persediaan sebelum travel dengan baik.
4. Makanan
Jika kita berada di negara orang yang kita pasti bukan negara Islam, sudah pastinya kita bayangkan semua makanan di negara tersebut adalah tidak mesra Muslim atau haram dimakan oleh orang Islam.
Perth, Australia juga bukan antara negara Islam jadi makanan di sana banyak yang tidak mesra Muslim tetapi sudah pasti ada orang Islam di sana yang menyediakan makanan halal.
Di Perth sebenarnya banyak tempat-tempat makanan halal yang boleh dicuba selama berada di sana dan pastinya ianya sedap sangat. Selain itu, mungkin kita boleh bawa makanan daripada Malaysia dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan.
5. Perbelanjaan Selama MelancongMungkin ini adalah yang terpenting di antara di atas. Tiada wang, semuanya tak jadi bukan. Tapi dengan persediaan mungkin kita dapat menjimatkan perbelanjaan di tempat percutian kita.
Sebelum aku bercuti di Perth ini, aku sempat untuk keluarkan atau cashout mana-mana tempat yang aku buat duit sampingan seperti di Cashzine, Shopback, JAG Malaysia, YouGov, Shopee Affiliate dan sebagainya. Dapatlah duit tambahan bukan.
Jadi inilah serba sedikit persediaan yang boleh diaplikasikan jika kita ingin pergi travel atau melancong ke mana-mana tempat yang ingin kita lawati.
Yang dalam konteks ini, aku jadikan Perth, Austrlia sebagai contoh. Jadi kepada pembaca lain yang ingin ikuti cerita penuh selama aku di Perth, anda boleh ikuti link di bawah atau dengan carian di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dengan #pengalamanperth dan #syokperth
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2019/07/persediaan-sebelum-travel-atau-melancong.html