Persediaan Pksk Tingkatan 1


Dalam entri sebelum ni Diah ada kongsi tentang Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk Ikhwan memandangkan tahun depan dah masuk Tingkatan Satu.


Dah tutup pun permohonan untuk sesi 2024, dan Ikhwan dah selamat jawab pentaksiran iaitu ujian untuk menilai layak atau tidak murid masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Anak yang nak menduduki pentaksiran PKSK tapi emak yang lebih tekun study. Ya ampun memang stress ya. Dah macam nak jawab final exam waktu belajar UiTM dulu.

Walaupun cuak dan macam tak cukup masa nak bersiap sedia tapi kena sentiasa berlagak cool supaya Ikhwan tak cuak.

Dia bukan boleh nampak mama kelam kabut. Dia pernah cakap, “mama jangan panik, nanti abang lebik panik”.

Alahai kelakar ye anak.





 

Persediaan PKSK Tingkatan 1

Ok memandangkan ini pengalaman pertama ada anak yang berusia 12 tahun yang nak memohon sekolah Asrama Penuh jadi nak kongsi dekat blog.

Banyak perkara atau pun persediaan perlu ibu bapa tahu sebelum membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus.

Tujuan utama untuk para ibu yang ada anak dan merancang nak masukkan anak ke Sekolah Khusus. Awal masa cikgu beri taklimat asyik lah terfikir apa sekolah khusus.

Masa zaman sekolah dulu, Diah hanya tahu tentang sekolah berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

Zaman pun berubah, ada beberapa terma pendidikan di ubah dan dinaik taraf. Nak cari perkataan sesuai macam tersekat dekat otak pula.





 

Minta Pendapat Anak Tentang PKSK

Perkara paling utama bila nak buat permohonan ialah pastikan ibu bapa tahu kehendak anak-anak. Adakah anak bersetuju nak masuk sekolah asrama?

Paling banyak kes Diah jumpa adalah ibu bapa sangka anak nak masuk sekolah asrama. Ada yang berani nak luahkan pendapat menolak cadangan ibu bapa.

Tapi ada juga kes, ibu bapa yang buat keputusan untuk anak-anak. Faham sangat bila ada ibu bapa yang teruja dan merasakan itu adalah pilihan terbaik untuk anak.

Walhal kesan dia nanti anak-anak yang akan tanggung. Sebab itu penting sangat untuk bertanya dan berbincang dengan anak.

Cara Diah sendiri, Diah akan senaraikan baik buruk kalau ke asrama. Tak lupa juga minta pendapat Ikhwan dan tanya perancangan dia.

Apa pun sekolah asrama atau sekolah harian, pucuk pangkal adalah pada diri sendiri.






 

Alert Dan Mohon Ikut Tarikh PKSK

Kebiasaan permohonan dibuka secara dalam talian pada bulan Ogos sehingga bulan September. Cikgu dekat sekolah akan beri peringatan terutama Guru Kelas Darjah 6.

Kalau bernasib baik pihak sekolah akan jemput ibu bapa untuk hadiri taklimat di sekolah. Macam kes Ikhwan, sekolah panggil kami dan alang-alang tu ambil laporan pentaksiran juga.

Isi borang dan buat pilihan ikut aliran yang anak suka. Ada tiga pilihan; Sekolah Berasrama Penuh (STEM), Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab) dan Sekolah Berasrama Penuh (Agama).

Murid juga wajib pilih lokasi untuk menduduki PKSK. Pilihan lokasi berdasarkan pilihan Sekolah. Dia akan beri lokasi yang berdekatan dengan alamat rumah.

Selepas tarikh ditutup ibu bapa kena tunggu pula email dari pihak Kementerian Pendidikan, slip menduduki PKSK akan diberikan.

 

Persediaan Menduduki PKSK Tingkatan Satu

Maklumat lanjut tentang ujian pentaksiran boleh baca dalam email. Maklumat termasuklah tarikh, tempat ujian, tentatif ujian dan segala maklumat penting.

Penting kena bawa MyKad dan juga slip menduduki PKSK. Wajib ya. Jadi jangan lupa. Kalkulator adalah pilihan.

Penting bawa kertas conteng dan kalkulator sebab memang Ikhwan guna. Soalan pula terbahagi kepada penulisan dan PKSK dalam talian.

Ujian penulisan diberi masa 45 minit untuk tulis karangan Bahasa Melayu. Tajuk berkaitan isu semasa dan juga karangan fakta.

Minimum jumlah perkataan ialah 100 patah. Jadi murid kena la jawab lebih dari tu. tak silap mewakili 10% dari markah keseluruhan.






PKSK dalam talian pula diberi masa 90 minit. Soalan campuran Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, isu semasa dan pengetahuan Am.

Antara soalan paling Ikhwan ingat ialah mengenai penutup air botol mineral. Kan ada warna putih, biru dan hijau.

Dia beria hafal tag pembungkus roti tak keluar pula soalan tu. Jadi boleh bayangkan ya jenis soalan dia macamana.

Beberapa hari sebelum tu Diah dah beli set soalan ramalan, macam soalan spot untuk PKSK. Berdarah otak ya bila baca soalan.

Macam langsung tiada satu soalan yang masuk. Itu kelakar ya. Tapi memang sangat membantu sebab Ikhwan tak terperanjat dan boleh agak soalan memang mencabar.

Ikhwan kata setiap murid dapat set soalan yang berbeza jadi tiada isu meniru. Bayangkan soalan penulisan ada tiga tajuk kena pilih satu sahaja.

Antara tajuk, cara-cara menjaga kesihatan, risiko perniagaan, dan kepentingan mempelajari sejarah. Ha kau memang banyak goreng la dia.

 

Penutup

Apa paling penting persediaan perlu tahu sebelum buat Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah sediakan mental dan kesungguhan. Kita cuba saja, kalau ada rezeki Alhamdulillah.

Tapi kalau tak berjaya anggap saja itu adalah pengalaman dan pendedahan. Selamat berjaya untuk anak-anak yang mohon PKSK.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/10/persediaan-pksk-tingkatan-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Bagi Tingkatan Satu 2024

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 351 hits
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan sekolah menengah imtiaz Yayasan Terengganu ke tingkatan satu kini dibuka untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Sekolah Menengah Imtiaz ini ditubuhkan pada tahun 1999 di bawah inspirasi Dato Ser...
Kembalikan Upsr Untuk Nilai Pelajar Ke Tingkatan 1 Kata Wakil Pembangkang

Kembalikan Upsr Untuk Nilai Pelajar Ke Tingkatan 1 Kata Wakil Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 216 hits
Peperiksaan UPSR boleh menjadi satu ukuran standard lebih sistematik untuk murid PETALING JAYA Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dimansuhkan dua tahun ...
Contoh Soalan Ukkm Tingkatan 1 Dan 4

Contoh Soalan Ukkm Tingkatan 1 Dan 4

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 380 hits
Pada masa kini setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke MRSM perlu menduduki satu peperiksaan yang dikenali sebagai Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau singkatannya UKKM dan teruskan bacaan untuk melihat Contoh Soalan UKKM Pep...
Jelajah Akhir Bengkel Bersemuka Pksk Ukkm 2023 Bersama Fly High Education Centre

Jelajah Akhir Bengkel Bersemuka Pksk Ukkm 2023 Bersama Fly High Education Centre

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 374 hits
Jelajah Akhir Bengkel Bersemuka PKSK UKKM 2023 Bersama Fly High Education Centre Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dan Ujian Kecenderungan Ke MRSM bakal menyusul tidak berapa lama jer lagi Adakah anak anak pelajar sudah bersedia Sepertim...
Pengalaman Anak Exam Pksk

Pengalaman Anak Exam Pksk

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 511 hits
UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2022 dan digantikan dengan secara menyeluruh Sebelum ini UPSR dan PT3 juga tidak dilaksanakan bermula tahun 2020 disebabkan pandemik covid 19 PKSK pula dilaksanakan bukan sebagai pengganti U...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India