Persatuan Perubatan Tak Benarkan Doktor Mogok


AGENDA DAILY
Doktor kontrak akan mengadakan tunjuk perasaan mulai jam 11 pagi esok dan tidak akan masuk bertugas sepanjang hari. - Gambar hiasan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengulangi pendiriannya, tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan dianjurkan membabitkan pertugas kesihatan, terutama pada saat negara sedang memerangi wabak Covid-19.
Presidennya, Datuk Dr Subramaniam Muniandy mengingatkan pengamal perubatan supaya bertenang dan memberi keutamaan terhadap tanggungjawab merawat pesakit.
“Kami telah menjelaskan pendirian kami. MMA tidak membenarkan mogok. Kes baru Covid-19 harian negara (hampir) mencapai 16,000 dan kami telah memberi amaran, ia (kes) mungkin terus meningkat.
“Sistem penjagaan kesihatan sangat tegang dan memerlukan sokongan kakitangan. Rakan sekerja kami di sektor kesihatan awam telah memberitahu masyarakat bahawa sistem penjagaan kesihatan sangat tegang dan memerlukan sokongan kakitangan.
“Sebagai profesional perubatan, rawatan pesakit harus menjadi keutamaan,” katanya mengulas mengenai ‘Hartal Doktor Kontrak’ yang dijadualkan di seluruh negara esok.
Tunjuk perasaan itu antara lain mendesak supaya doktor kontrak diserapkan ke jawatan tetap. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘hartal’ yang kedua ialah pemogokan umum sebagai bantahan terhadap sesuatu.
Wakil Hartal Doktor Kontrak, Dr Umar Baraka berkata, sekurang-kurangnya 5,000 doktor kontrak akan mengadakan protes pada Isnin bermula jam 11 pagi dan tidak akan kembali bertugas sepanjang hari .
Menurut laporan, semua doktor kontrak akan bergerak keluar secara beramai-ramai dari pusat kesihatan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan di seluruh negara, mengikut kesepakatan yang telah dipersetujui secara bersama.
Kenyataan Hartal Doktor Kontrak menjelaskan pergerakan itu dilakukan berdasarkan tiga keadaan iaitu kategori tidak kritikal yang menuntut doktor kontrak berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di lobi hospital masing-masing dan bergerak keluar secara besar-besaran melalui pintu utama.
Sebelum keluar, diminta (doktor kontrak) untuk passover perkara penting kepada pegawai perubatan yang masih ada di dalam wad untuk memastikan tiada pesakit yang terjejas rawatam. Digalakkan untuk membawa bersama plakad dan merakam video perarakan untuk dimuat naik ke media sosial.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/persatuan-perubatan-tak-benarkan-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 411 hits
AGENDA DAILY Beberapa doktor dan pegawai kesihatan kontrak mengadakan mogok di seluruh negara semalam tetapi kurang mendapat sambutan Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana mana doktor atau pegawai ke...
Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok Tapi Sebab Media Ceroboh Maeps Laa

Polis Bukan Siasat Doktor Sebab Mogok Tapi Sebab Media Ceroboh Maeps Laa

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 299 hits
SHAH ALAM Polis akan melakukan siasatan terperinci mengenai pencerobohan enam petugas media daripada pelbagai agensi memasuki ke kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang tanpa kebenaran pada Isn...
Umum Keputusan Jemaah Menteri Segera Untuk Elak Doktor Mogok

Umum Keputusan Jemaah Menteri Segera Untuk Elak Doktor Mogok

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 351 hits
Umum keputusan Jemaah Menteri segera untuk elak doktor mogok kerajaan diberitahu Persatuan Perubatan Malaysia menggesa kerajaan agar segera mengumumkan hasil mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu berhubung tuntutan doktor kontrak bagi kenaik...
Mogok Dr Rafidah Kesal Doktor Kontrak Diugut Dan Ditindas

Mogok Dr Rafidah Kesal Doktor Kontrak Diugut Dan Ditindas

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 370 hits
July 26 2021 Dah mula dah orang atasan mengingatkan peraturan mencemarkan perkhidmatan awam ingkar perintah tidak boleh membuat pertanyaan awamSekali lagi Doktor Doktor muda ditakutkan dengan tindakan tatatertib Di UK mogok Doktor Doktor DI...
Doktor Kontrak Mogok Keluar Dari Hospital

Doktor Kontrak Mogok Keluar Dari Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 357 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sekumpulan doktor kontrak di beberapa hospital utama hari ini menunaikan janji mereka untuk melaksanakan walk out sebagai sebahagian daripada mogok Gerakan Hartal Doktor Kontrak Mogok yang antara lainnya dibuat ba...
Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital

Perarakan Mogok Aman Disertai Oleh Doktor Kontrak Di Beberapa Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 353 hits
Sebelum ini tular satu video yang memaparkan seorang individu dipercayai mempertikaikan skim pelantikan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam
Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 394 hits
Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan Gambar ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Semalam sektor perubatan negara menjadi tumpuan s...
Pengambilan Doktor Kontrak Ketika Najib Jadi Pm

Pengambilan Doktor Kontrak Ketika Najib Jadi Pm

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 365 hits
Pengambilan doktor kontrak ketika Najib jadi PMSource https malaysiagazette com 2021 07 26 pengambilan doktor kontrak ketika najib jadi pm comments Pengambilan doktor kontrak ketikaNajib jadiPM
Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

Polis Akan Ambil Keterangan Doktor Kontrak Sertai Hartal

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 435 hits
Polis akan ambil keterangan doktor kontrak sertai hartal Beberapa doktor kontrak yang mengambil bahagian dalam mogok hari ini dimaklumkan bahawa mereka akan dipanggil oleh polis untuk merakam kenyataan tidak lama lagi Jurucakap Gerakan Hart...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

Kpai Ambon Kebijakan Kontribusi Dalam Melindungi Anak Di Kota Ambon Dan Maluku