Persatuan Dakwa Hampir Separuh Pengusaha Bas Sekolah Gulung Tikar


 

October 3, 2021 Kira-kira 50% pengusaha bas sekolah di negara ini didakwa gulung tikar dengan ada pengusaha melupuskan bas sekolah masing-masing di premis besi buruk pada harga RM4,000 hingga RM8,000 bergantung pada saiz.
Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R Thiagarajan, berkata penularan Covid-19 menyebabkan sekolah di negara ini ditutup sejak tahun lalu, sekaligus menjejaskan pendapatan pengusaha bas sekolah.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor berkata, pembukaan sekolah di beberapa negeri bermula esok dijangka tidak banyak membantu pengusaha bas sekolah di seluruh negara.
Katanya, ia berikutan hanya murid di kelas dan tingkatan tertentu dibenarkan kembali ke sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di setiap negeri.
“Kira-kira 50% pengusaha bas sekolah di negara kita sudah gulung tikar dengan kebanyakannya sama ada sudah menjual bas atau van mereka, atau ditarik syarikat kewangan, berikutan hilang punca pendapatan akibat Covid-19, sekali gus tidak mampu membayar ansuran bulanan.
“Kebanyakan pengusaha bas sekolah yang masih bertahan juga belum bersedia untuk beroperasi semula berikutan kekangan kewangan serta modal bagi menyiapkan bas sekolah untuk kembali beroperasi terutama penyelenggaraan bas dan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
“Permintaan perkhidmatan bas sekolah dari ibu bapa juga tidak menggalakkan berikutan bukan semua murid kembali bersekolah bermula esok dan Isnin, malah isu utama adalah tambang sama ada ia mampu membiayai kos operasi pengusaha berikutan tidak ramai murid kembali bersekolah serta menggunakan khidmat bas sekolah.
“Persatuan juga mendapat banyak aduan daripada pengusaha yang bas atau van sekolah mereka kini sudah ditarik syarikat kewangan kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan akibat kehilangan pendapatan sejak tahun lalu,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Sementara itu, pengusaha bas sekolah di Johor Bahru, Hussin Karamdin, 49, berkata beliau sudah menjual semua bas sekolahnya bagi menampung kos hidup yang terjejas akibat Covid-19.
Katanya, terdapat juga pengusaha bas sekolah kecil yang melupuskan bas sekolah masing-masing di premis besi buruk dengan harga antara RM4,000 hingga RM8,000 bergantung pada saiz.
“Saya kehilangan pendapatan sejak tahun lalu dan terpaksa menjual ais krim dan kuih-muih bagi menampung hidup dan membayar hutang.
“Sebelum ini saya ada empat bas sekolah dan dua van namun sekarang hanya tinggal dua, yang lain sudah dijual bagi menampung keluarga,” katanya.
Seorang lagi pengusaha bas, Paul Raj, 33, sedang menimbangkan untuk menjual sebuah bas sekolah dan dua van yang dimilikinya.
“Saya kini hanya mengharapkan pendapatan sebagai penghantar makanan dan sudah tidak mampu membayar ansuran pinjaman bulanan, apatah lagi moratorium pinjaman sudah tamat dan perlu mula membuat bayaran ansuran.
“Walaupun esok sekolah di Johor akan mula dibuka, bukan semua murid dan pelajar dibenarkan kembali ke sekolah malah, saya seperti pengusaha lain, tidak mampu dan tiada modal untuk memulakan kembali operasi bas sekolah berikutan tiada permintaan dari ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/persatuan-dakwa-hampir-separuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
37 415 Perniagaan Gulung Tikar Akibat Covid 19

37 415 Perniagaan Gulung Tikar Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 182 hits
37 415 perniagaan gulung tikar akibat COVId 19 Sebanyak 37 415 perniagaan gulung tikar berikutan terkesan akibat pandemik COVID 19 Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar Beliau berkata sebanyak 26 007 daripada jumlah itu...
Wee Ka Siong Nafi Dakwaan Peraturan Cat Biru Bahagian Bumper Bas Sekolah

Wee Ka Siong Nafi Dakwaan Peraturan Cat Biru Bahagian Bumper Bas Sekolah

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 216 hits
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan dakwaan kementerian itu mengenakan peraturan cat biru pada bahagian bampar bas sekolah semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Malah Ka Siong memaklumkan peratu...
10 317 Individu Jatuh Muflis Semasa Tempoh Pkp 1 246 Perniagaan Gulung Tikar Pm

10 317 Individu Jatuh Muflis Semasa Tempoh Pkp 1 246 Perniagaan Gulung Tikar Pm

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 204 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam tempoh PKP kira kira 1 246 perniagaan ditutup sepenuhnya Gambar fail The Malaysian Insight 27 September 2021 10 317 diisytiharkan muflis sejak Covid 19 melanda kata Ismail Sabri SERAMAI 10 3...
Wanita Koma Dua Bulan Masih Bernyawa Dakwa Hampir Ditolak Masuk Bilik Mayat

Wanita Koma Dua Bulan Masih Bernyawa Dakwa Hampir Ditolak Masuk Bilik Mayat

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 212 hits
Apabila menghampiri tarikh 16 Jun setiap tahun seorang wanita terpaksa mengimbau kembali sejarah hitam akibat dirempuh lori ais yang terjadi pada 13 tahun lalu dengan penuh rasa keinsafan Menerusi perkongsian video di akaun TikTok pipi pau8...
9 000 Kedai Kahwin Gulung Tikar

9 000 Kedai Kahwin Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 181 hits
9 000 kedai kahwin gulung tikar Kira kira 9 000 pengusaha majlis perkahwinan berisiko gulung tikar peng hujung tahun ini sekiranya tiada sebarang ketetapan daripada kerajaan bagi membenarkan industri tersebut beroperasi dalam masa terdekat ...
5 Tipe Bocah Saat Menyambut Sekolah Tatap Muka Orang Tua Dan Guru Persiapkan Dirimu

5 Tipe Bocah Saat Menyambut Sekolah Tatap Muka Orang Tua Dan Guru Persiapkan Dirimu

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 305 hits
Para guru dan orang tua harap bersiap diri menyambut kemunculan kembali bocah bocah ini
Pembukaan Sekolah Selamat Ibu Bapa Tidak Perlu Bimbang

Pembukaan Sekolah Selamat Ibu Bapa Tidak Perlu Bimbang

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 307 hits
BH ONLINE Foto hiasan KUALA LUMPUR Pembukaan semula sekolah di seluruh negara mulai esok selepas ia ditutup bagi tempoh yang agak lama akan mewujudkan persekitaran yang selamat sekali gus mampu mengembalikan semangat murid Setiausaha Agung ...
Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

Kerajaan Mengarut Lulus Rm15 Juta Untuk 63 Sekolah Persendirian Cina Kata Pembela

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 270 hits
Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam Aminuddin Yahaya berkata seorang pemimpin dalam kerajaan sewaktu menjadi pembangkang pernah berikrar mahu mengharamkan Dong Zong namun sebaliknya yang berlaku PETALING JAYA Tindakan kerajaan menyalurkan pe...
Sesi Persekolahan Sekolah Di Terengganu Dibuka Semula Hari Ini

Sesi Persekolahan Sekolah Di Terengganu Dibuka Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 334 hits
Dua negeri kumpulan A iaitu Terengganu dan Kelantan manakala di Kedah hanya melibatkan Pulau Langkawi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini Pembukaan sekolah di setiap negeri berkenaan adalah secara berperingkat dan tidak me...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas